Menu Berbuka Puasa : Cara Simple Buat Roti Jala

Dari minggu lepas Angah ajak buat roti jala, tetapi belum ada hari yang ‘kosong’ untuk isi slot roti jala.
Bila dia cakap nak buat sendiri, cepat-cepatlah saya cakap OK.  Dia tengah cuti , baru habis Asasi .  Bulan September nanti baru nak daftar UNIKL BMI .  Dok rumah mengadap laptop saja, baik tolong mak memasak.  Pagi sebelumnya dia mesin rumput, dia jemur kain, dia angkat kain kat ampaian.  Anak lelaki pun kena ajar buat kerja rumah.  Tapi kena suruhlah, kalau tak suruh tak bergerak juga.

Akan datang dia dah berkahwin, dapat pula isteri yang berkerja, senang untuk sama-sama buat kerja rumah.  Jangan sampai isteri meroyan luah perasaan kat facebook mengata suami sendiri. ( jauh sangat mama dia dok fikir )

Bukan susah pun cara nak masak roti jala, dia cakap dia tengok video youtube Khairul Abdullah – Cara Mudah Membuat Roti Jala Tanpa Acuan .  Budak sekarang, semua benda belajar kat internet, sebab tu mak dia ni pun kena catch- up dengan generasi anak-anak.

Menu berbuka puasa Puding Roti Karamel sebelum ini pun dia yang buat..senang mak naaaakkkk!

Kalau nak mula belajar buat biskut raya , bole klik di sini – Keunikan Biskut Raya

 

Cara Buat Acuan Roti Jala

cara buat acuan roti jala
Cari botol air minumam, tebuk lubang halus pada penutupnya.  Tool baru ni… dah habis semester baru dapat! Kalau tak ada benda ni, guna paku yang dipanaskan dan cucuk je kat penutup botol.

cara buat roti jala
Tuang bancuhan adunan roti jala ke dalam botol.
acuan roti jala
Mulalah beraksi  MasterChef untuk membuat roti jala menggunakan acuan buatan sendiri.

Senang saja kan, anak bujang yang baru-baru belajar memasak pun boleh buat roti jala.  Nak menyediakan resepi dan bahan untuk memasak roti jala pun tak remeh.  Tak bersepah rumah.

 

Resepi Roti Jala

  • 1 cawan tepung gandum
  • 150ml susu
  • 150ml air
  • 1 biji telur
  • 3 sudu butter yang dicairkan
  • secubit garam
  • secubit kunyit

Cara Masak Roti Jala

  • Blend susu, air, telur.  Kemudian masukkan butter yang telah dicarikan. Blend lagi.
  • Masukkan tepung, garam dan kunyit.  Blend
  • Tapis dan masukkan ke dalam botol acuan.

Senangkan nak buat roti jala ni.  Bahan yang digunakan pun mudah dapat.  Tapiiiiiiiiiiiiiii…….. kalau beli kat Pasar Ramadan, 5 ketul harganya RM2.00.  Kalau seorang makan , cukuplah.  Kalau sekeluarga ada seorang istei atau beberapa orang isteri , bengkok juga nak membeli.

Bentuk roti jala Angah buat ni tak cantik macam tangan mak-mak yang dah biasa pegang senduk , maklumlah budak tak ada pengalaman.  Tetapi rasa dah cukup sedap.

Roti jala sedap bergantung kepada adunan dan kuah.  Saya buat kari ayam sebagai kuah roti jala.  Semua orang tau buat kari ayam, kan.  Bezanya kentang dan ayam dipotong dadu kecil-kecil.

Anaknya memasak, mak buat apa?

Ha ha ha… bergossip kat WhatsApp!

sembang Kiah Propa

Yanmie pun buat roti jala.  Menu berbuka puasa yang sama.

Kemudian sesambil dok bersembang online, anak saudara saya datang hantar satu bekas roti jala.

Semalam adalah Hari Roti Jala Sedunia!

Menu Berbuka Puasa : Puding Roti Karamel

Menu Berbuka Puasa

Puding Karamel adalah puding yang paling digemari pada bulan Ramadan tetapi harganya agak mahal kerana menggunakan telur yang banyak dan susu cair. Puding Karamel adalah menu mudah dan simple untuk berbuka puasa.   Bagi sayalah sebab saya tak berapa suka jenis menumis.  Renyah di daput.  Kalau boleh memang nak buat  menu berbuka puasa yang simple saja.  Sejenis lauk, sejenis sayur dan sejenis kuih yang simple.

Saya tak berapa suka dengan puding karamel yang biasanya menggunakan telur yang banyak, agak muak.   Puding Roti Karamel ini menggunakan 3 biji telur sahaja dan teksturnya lebih keras dan mudah dipotong.

Ada dua cara membuat Puding Karamel – dibakar di dalam ketuhar atau dikukus. Resepi Puding Roti Karamal ini menggunakan cara kukus.  Boleh baca   Tips Memasak dan Resepi Puding Karamel

puding roti karamelBahan dan Cara Membuat Gula Hangus.

  • 3 sudu besar gula dimasak di dalam kuali sehingga perang.
  • Masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga gula larut.
  • Tuang ke dalam loyang dan diketepikan.  Saiz loyang 8 inci.

Panduan Membuat Gula Hangus

  1. Guna periuk yang bertangkai, sebab kita akan sentiasa mengacau gula
  2. Jangan biarkan gula terlalu perang, nanti rasa pahit
  3. Guna api yang perlahan
  4. Selepas menuang air, gula akan mengeras serta merta. Terus mengacau sehingga gula cair semula

Sebelum kita meneruskan bahagian yang lain, didihkan dahulu air dalam pengukus.

Bahan-bahan Puding Roti Karamel

  • 4 keping roti gardenia dicarik-carik
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur dipukul sedikit
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara Memasak Puding Roti Karamel

  • Kisar roti , air suam, susu pekat dan susu cair hingga sebati
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi hingga sebati.
  • Tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  • Kusus lebih kurang 40 minit.
  • Sejukkan sebelum dihidangkan.

Menu Puding Roti Karamel ni memang senang untuk dibuat.   Sesuai untuk anak-anak kerana lembut dan manis.  Kalau boleh cuba elakkan makanan pedas untuk anak-anak, takut perut dia tak tahan sepanjang bulan puasa ni.

Menu Berbuka Puasa Yang Simple