Awal malam tadi saya baca berita online mengenai penemuan 2 mayat reput di Lebuhraya Plus susur keluar Bukit Tagar. suami saya juga pernah alami kemalangan misteri hingga hilang ingatan – link Saya berkongsi berita kemalangan misteri ini di twitter dan seperti biasa ada ‘hantu’ yang akan menyakat
Hari ini penat sangat, semalam hari minggu tetamu datang bersilih ganti. Adik saya datang sekeluarga, memancing , bakar ikan dan balik selepas minum petang. Lepas maghrib adik ipar saya suami isteri sampai. Lepas perlawanan Arsenal dengan Middlesbrough baru balik. Saya upgrade 2 blog , satu untuk adik ipar dan satu bloglist saya yang telah dinaiktaraf.

