Suami Isteri Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas Sekolah, 5 Kereta Dan 2 Motorsikal Di AU3 Keramat

Awal pagi ini , saya menerima 4 keping gambar kemalangan bas sekolah yang menyebabkan kematian sepasang suami isteri dari BBM Group Ondscene.

Saya update secara ringkas di ondscene.my memandangkan En. Sham masih ditempat kejadian dan perlu mengemaskini berita untuk Buletin 1.30  TV3.    Malangnya kira-kira jam 2 petang ini, blog ondscene.my tidak dapat diakses kerana account blog telah disuspended oleh pihak server dengan alasan kebanjiran pelawat yang melampau ( server overload )

Atas sebab itu, saya upload semula entri tersebut di blog ini.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 7 pagi di Jalan 15/56, AU3 Keramat membabitkan 2 buah bas sekolah , 5 kereta dan 2 motorsikal sehingga menyebabkan sepasang suami isteri maut dan 2 mangsa lagi parah.

( Saya telah remove gambar yang mengandungi jenazah untuk menghormati keluarga mangsa )

 

gambar kemalangan bas sekolah au3 keramat

Mangsa yang maut dikenali sebagai Hafeeze Mohd Hanafi, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, yang hamil tujuh bulan.

kemalangan bas sekolah au3 keramat

Kegagalan sistem break dipercayai menjadi punga pemandu bas tidak dapat mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah ke dua.

kemalangan 1 ogos au3 keramat bas sekolah

Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali… Alfatihah dan semoga roh keduanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman… Takziah untuk keluarga . Semoga keluarga keduanya lebih tabah menghadapi dugaan di bulan Ramadan ini.

tempat kejadian kemalangan bas sekolah au3

Gambar lokasi kejadian kemalangan tersebut di AU3 , Keramat ikhsan dari member group bbm – En Zul Itis

 

Sepupu saya pernah terlibat di dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuantan – Segamat, Muadzam Shah di bulan Ramadan tahun 2008 yang meragut 3 dari 4 orang anak mereka sekali gus. Entri di Perjalananku Terhenti Di Lebuh Raya Ini

Al- Fatihah untuk mereka

@kujie – doakan juga blog ondscene kembali pulih

Edit : Ondscene.my dah pulih – Suami Isteri Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas, 5 Kereta dan 2 Motosikal

Gambar Empire Shopping Gallery Yang Meletup

Saya dapat berita Empire Shopping Gallery ini  seawal 4 pagi tetapi jam 7.30 pagi baharu mendapat panggilan dari Encik Sham yang berada di lokasi kejadian.

Saya update ringkas mengenai kejadian tersebut di blog ondscene.my dan menunggu berita terkini dari masa ke semasa.  Memandangkan  kesibukan beliau yang perlu menghantar semua bahan ke TV3 untuk siaran berita, lewat petang tadi baharu gambar² ini diterima melalui email.

Senandung Langkawi Bukan Dari Pulau

Saya selamat tiba selepas 8 jam perjalanan dengan keretapi Senandung Langkawi Hatyai – Kl Sentral.

Alhamdulillah koc tempat tidur selesa dengan tilam dan bantal yang empuk walaupun mendapat katil di tingkat atas. Saya tempah tiket 3 minggu sebelum perjalanan dan semua katil tingkat bawah dah habis ditempah.

Sampai di rumah, jengok blog dengan beratus komen termasuk sebahagiannya di dalam ‘spam box’ . Terimakasih untuk kawan² yang tetap datang bertandang walau tuan rumah berjimba² cuti² Malaysia di utara tanahair.

Sekejap tadi baca blog Ondscene mengenai Lokomotif Senandung Langkawi Terbakar- 600 Penumpang Selamat. Alhamdulillah tren saya naiki tidak terlibat dalam sebarang kemalangan.   Waktu kejadian, saya dalam perjalanan arah utara ke selatan dan tren ini dari selatan ke utara.  Rasa lebih tenang kerana saya tidak membaca berita tersebut sebelum perjalanan, kalau tidak mesti tak tenang dan tidur lena.

Perlu rehat dan masukkan baju dalam mesin basuh!:lol:

©kujie – beg yang sarat itu – dua biji yang besar adalah kepunyaan Angah. Dia selamat mendaftar masuk Tingkatan 5 di MRSM Merbok.  Kami balik bercuti di kampung, kemudian terus ke Merbok.

Andai Ketika Itu Adalah Orang Yang Tersayang….

Ada waktu²  kes yang penting, saya akan menerima sms dari En Sham Ondscene untuk update blog beliau.

Selalunya info lokasi, jenis kemalangan dan bilangan kematian atau kecederaan.  Macam wartawan tak bertauliah, saya akan catit secara ringkas info yang disampaikan dan mengupdate berita terbaru secara ringkas. En. Sham akan mengemaskini dengan berita dan gambar apabila beliau pulang dari lokasi kejadian.

Hari ini seperti biasa saya mencatit info dan maklumat ringkas.

Tiba-tiba ayat yang saya dengar ‘ penumpang dari Mukim Siong, Baling Kedah’

Mengigil untuk menulis . Itu kampung saya.