Saya bukan buta politik
©Kujie – Blog saya bukan blog politik, tak perlu datang komen mencaci mencarut…Jari yang menaip akan menjadi saksi di akhirat atas apa yang ditulis. Jadi baca saja info ini tak perlu komen. Sebagai pemilik blog ini, saya tidak mahu diseret sebagai saksi anda diakhirat kelak..
Untuk kawan2 saya – maaf , komen di tutup.
Inilah akibatnya… Selepas Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Manik Urai dikeluarkan, entri saya terus diterjah ( Visited 2,851 times – 14/7/2009). Kebanjiran pelawat yang mencari maklumat ini memang sudah dijangka tetapi yang saya tidak gemar adalah pengomen-pengomen yang celupar dan kurang ajar.
Entri itu bukanlah ulasan, hanya maklumat terkini.
Saya pelik kenapa orang boleh mencarut memaki hamum, menulis komen yang tidak beradap hanya kerana politik seolah-olah kalau bercakap hal politik kita bebas keluarkan apa saja perkataan kotor . Seolah-olah dosa bercakap buruk mendapat diskaun seperti mega-sale kerana berpolitik.
Continue reading 'Saya bukan buta politik'»



