5 Sebab Blog Tidak Berkembang Dan Cara Mengatasinya

pemandangan kemboja

Mengapa hanya beberapa blogger yang berjaya? Mengapa tidak semua blogger?

Ada orang cakap, senang saja jadi blogger. Tulis dan tulis. Tetapi kenapa kita boleh nampak dalam komuniti blogger ada yang begitu menonjol dan ada yang tidak. Bagaimana mereka boleh berada dikedudukan tersebut. Apa cara yang mereka lakukan.

Kita teringin nak tahu, kan.

Kebanyakan blogger gagal kerana beberapa sebab.

  1. Pertama, mereka berfikir bahawa blog adalah cara yang mudah untuk membuat duit dengan cara mudah, tetapi sebenarya  ia memerlukan  komitmen yang tinggi.
  2. Kedua, mereka tidak mempunyai apa-apa matlamat yang jelas. Tidak ada semangat untuk menulis dan akhirnya kehilangan minat.

Kenapa saya masih menjadi blogger sehingga ke hari ini? Hampir 7 tahun. Kalau beranak waktu tu, anak dah nak masuk sekolah tahun ni.

Antara sebab utama saya masih aktif berblog adalah kerana saya suka membantu orang jadi saya tidak bosan dengan blog saya.  Setiap hari sentiasa ada sesuatu yang baru untuk belajar dan berkongsi. Pembaca yang sentiasa memberi feedback setiap yang saya tulis walaupun hanya perkara remeh menjadi satu semangat untuk terus berkembang.

Untuk menjadi seorang yang bersemangat, jadilah diri sendiri yang bersederhana. Orang sekeliling akan  mudah tertarik kepada  kita  apabila mereka melihat diri kita yang semulajadi bukan terlalu menonjol.  Ini adalah apa yang dimaksudkan dengan perkataan “organik”.  Hebahan dari mulut ke mulut. Kita tidak perlu menjerit dari puncak gunung.

Ok, sekarang kita kembali fokus kepada topik hari ini.

pemandangan cantik

Mengapa blog tidak berkembang?

  • Tidak Berkomuniti

Aktiviti blogging bukanlah  aktiviti solo.  Seorang blogger mesti keluar dan memperkenalkan jenama diri sebagai seorang blogger. Jika tidak, bagaimana orang lain boleh tahu tentang blog kita?

Melabur masa yang berkualiti untuk berhubung dengan blogger lain. Komen di blog mereka ( maaf , saya pun kurang buat yang ni ) , berbual secara peribadi dengan mereka dalam media sosial  seperti Twitter atau Facebook.

  • Menulis Semua Perkara

Blog yang tidak mempunyai fokus. Apabila kita menulis tentang setiap topik, kita tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada apa -apa pun.

Jika mahu berjaya dalam bidang yang sesak seperti blogging, pilih niche yang lebih kecil dan fokus secara mendalam. Dengan cara ini kita boleh menjadi seseorang yang sangat berbeza dalam masa yang singkat!

Sebagai contoh, jika  mahu membina sebuah blog pemasaran, bukannya menulis tentang semua perkara tentang pemasaran.  Kecilkan skop,  contoh –  pemasaran digital, media sosial atau jualan affiliate.

  • Tidak Peduli Tentang SEO

Buat  beberapa kajian mengenai apa yang ingin ditulis. Tanpa analisis kata kunci, kita tidak boleh membawa trafik enjin carian untuk sampai ke blog. Ramai yang tak  berapa suka ambil tahu mengenai SEO  , tetapi ia adalah perkara penting yang boleh menukar  momentum blog dengan lebih cepat.

Belajar sekurang-kurangnya asas-asas SEO untuk membawa trafik berkualiti dari enjin carian. Tidak perlu  mengoptimumkan kandungan keterlaluana semata-mata untuk SEO , tetapi pastikan kita jangan mengabaikan beberapa  cara SEO untuk  pengoptimuman enjin carian.

  • Target hanya nak update

Kandungan blog  perlu menonjol daripada orang lain, kenapa orang perlu membaca blog kita sedangkan tiada apa-apa yang unik dalam kandungan  blog?

Ambil masa untuk menerbitkan kandungan baru, buat  penyelidikan dengan baik sebelum menulis sesuatu. Jangan sekali-kali  menulis tanpa penyelidikan yang betul, yang boleh membawa kepada info yang disampaikan itu tidak lengkap atau tergantung.

  •  Kekerapan posting  yang tidak menentu

Saya tidak akan membincangkan mengenai sama ada blogger perlu  menulis setiap hari atau tidak.  Apa yang saya cadangkan  adalah untuk mengekalkan konsisten menulis blog.

Jika biasa menulis 3 entri seminggu, teruskan

Jika kerap menulis 3 entri  sebulan, teruskan secara konsisten.

Bilangan tidak penting, yang penting adalah usaha berterusan secara konsisten.

  •  Entri tidak mempunyai sentuhan peribadi

Bagaimana pembaca  perlu mengenali penulis blog?

Cara terbaik untuk melakukannya adalah: mempunyai gaya penulisan tersendiri. Ia tidak mustahil jika kita mempunyai amalan menulis dan membaca yang baik.

Ia mengambil masa, tetapi ia bernilai sekirannya diamalkan!

  •  Kurang Motivasi

Sebagai seorang blogger, semua orang memerlukan motivasi yang betul untuk berjaya. Baca wawancara penulis blog yang berjaya, menonton cerita-cerita kejayaan mereka untuk dijadikan motivasi kepada diri sendiri untuk berjaya.

Bandingkan diri dengan diri sendiri. Bukan dengan orang lain.

 

Eh…. bukan 5 tetapi 6 sebab.  Ada bonus Tahun Baru Cina!

Panduan ini hanya untuk blogger yang serius , bukan untuk blogger yang akan cakap “saja suka-suka”.  Tiap orangkan berbeza kehendak dan impian.  Orang lain nak berjaya, kita kena doakan mereka berjaya.

Nota : entri ini terlalu lama di dalam draft.

Event Berbayar Atau Tidak, Tentukan Sendiri

gambar tiada kaitan dengan entri- cuma rindu
gambar tiada kaitan dengan entri- cuma rindu

Seminggu dua lepas, kecoh jugalah dunia blogging tentang isu event free event berbayar.  Saya pun tak tau nak cakap apa.  Dalah hidup kita bukannya hanya ada hitam dan putih, ada pelbagai warna yang menyebabkan tiada satu keputusan jelas betul atau salah.  Semua tu saling berkait.

Ada blogger tanya saya panduan atau apa yang sepatutnya kita ambil tahu apabila membabitkan urusan pengiklanan atau event blogger. Saya ni kurang pergi event, bukan sebab bayar atau tidak tetapi kriteria utama saya adalah kesesuaian atau tidak dengan diri sendiri.  Saya tak akan mengukur kemampuan dari ‘kasut orang lain’, saya sering merujuk kepada kesesuaian sendiri.

Blogger berumur macam saya ni, tak semua majlis sesuai untuk saya.  Ada banyak yang saya perlu tapis sebelum terima.

Untuk adik-adik blogger,  ini adalah sedikit panduan yang boleh diambil kira sebelum menerima sesuatu job melalui blogging.

Pastikan menerima email secara rasmi, jangan berurusan ‘cakap mulut’ kerana kalau apa-apa terjadi, awak yang akan terbelit sendiri.

contoh email pengiklanan

Ini contoh email rasmi mengesahkan sesuatu projek.  PR yang bagus akan sediakan semua detail untuk blogger ‘jagaan’nya.  Bukan jenis lepas diri sendiri.

Beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan dan diambil berat adalah:

  • Tarikh dan waktu – baca email terbaru sekiranya ada perubahan waktu
  • Keperluan – baca dengan jelas apa yang dikehendaki oleh pelanggan.  Setiap event berbeza kehendak dan format sasaran.
  • Draft entri – ada pelanggan perlu dikirimkan draft sebelum diluluskan untuk disiarkan.  Ada pelanggan tidak memerlukan draft.
  • Bayaran :  Tak semua dibayar.  Lihat secara jelas email tersebut.

Kalau dah setuju dengan penawaran tersebut, barulah buat job tersebut.  Kalau dah setuju buat, jangan merungut.  Kalau tak puas hati, tolak dari awal. Senang hidup dunia akhirat.

Kalau berurusan dengan blogger yang merangkap PR, sila pastikan secara jelas bab bayaran tersebut.  Jangan salah faham kalau beliau menerima bayaran kerana itu atas kapasiti seorang PR bukan sebagai blogger.  Sama ada dia berurusan dengan kita menggunakan term “free” atau “bayar”, kena diputuskan secara jelas.

Ada blogger menjadi PR, dia menerima bayaran tetapi menawarkan job kepada blogger tanpa bayaran.  Itu adalah bentuk perniagaan dia, kita tak boleh komen atau komplain.  Keji tak keji , itu adalah jalan hidup dia. Apa yang kita boleh buat adalah, terima atau tidak.  Kalau tak setuju, jangan terima.  Tak akan ada kes berbangkit.

Ada juga kes yang saya dengar, PR gunakan cara kotor.  Biasanya PR berstatus Blogger.  Dia setuju untuk jadi wakil walau blogger tersebut belum menyatakan persetujuan dan dia sediakan bahan.  Siap bagi dateline lagi suruh up entri di blog. Blogger yang terpaksa terima itu tersepit untuk menjaga reputasi sendiri dengan pihak pengiklan atau job yang menjerat diri sendiri tidak mengikut piawaian dan term sendiri.

Saya kurang ada masalah dengan pengiklan sebab saya jarang terima job.  Saya ada banyak sekatan untuk menerima job yang betul-betul saya nak buat.

Saya ada sekali saja pergi event dengan satu syarikat pengiklan yang top sebab tak bayar blogger…  Selepas tidak dibayar , saya dah turunkan entri tersebut dari blog.  Ini mungkin cara saya mendapatkan pengalaman.

Kepada adik-adik blogger junior, network blogger memang penting tetapi yang lebih utama adalah contents blog itu sendiri.  Jadi kalau setakat nak menempek di majlis orang sedangkan dikira dicampur ditolak tak berbaloi pun, tukar strategi.  Kerja keras untuk memantapkan blog sendiri.  Bila blog dah cukup stabil, ada UV yang stabil , InsyaAllah awak akan senang untuk mendapatkan advertorial.

Baca juga

Jangan lupa, peribadi juga dinilai.  Diri kita yang mudah berususan, yang tak cerewek dan tak mudah berkira akan senang didekali untuk projek seterusnya.

sambar
Kalau betul rezeki… sambar saja!

Saya nak bagi nasihat panjang lebar pun payah , anggap saja ini sebagai ‘manual book’ ringkas.  Keputusan akhir terletak di tangan sendiri.  Sambar saja mana yang berkenan.