Posts tagged: pasar malam

Sebutir mutiara hati

By Kujie, 02/07/2008 8:12 am

dsc011643 300x225 Sebutir mutiara hati

Semalam, bila nak sidai baju terjumpa brooch mutiara sabah Pasar Filipin dalam mesin basuh. Tak pasti macam mana boleh tercampak dalam mesin sedangkan saya tak mencuci tudung dengan mesin.Sebutir mutiara hati saya tertanggal. Bolehkah  itu dijadikan alasan untuk memaksa mengajak suami bercuti ke Sabah lagi?

Pengsan patlima kali pun belum tentu dapat, kan. :wink: Dalam riuh rendah kos sara hidup melambung naik, ada hati lagi nak bersuka suki makan angin.

Semalam saya pergi pasar malam.  Macam biasa saya cari ikan, sayur, ayam dan buah²an.  Minggu lepas tak terasa sangat tapi minggu ini… udang yang lebih kecil dari jari kelingking saya tu  ( nampak tak dalam gambar…. kalau tak nampak, guna kanta  ) sekilo RM 15.  Dulu udang secomel itu boleh dapat sekilo antara RM 8-10.  Itu pun orang Terengganu boleh cakap mahal.


Sotong yang selebar 2 jari kontot saya , sekarang RM 16. Dulu paling mahal pun RM 12.  Janganlah cakap kalau mahal jangan beli kerana ikan yang paling murah pun sekilo RM 9.   Ayam sekilo RM6.  Ikan masin pun mahai.  Tak kan nak makan nasi dengan toyu .

dsc011701 300x225 Sebutir mutiara hati

Jadi suami², kalau bagi RM50 , jangalah berharap isteri akan balik dari pasar dengan  barang² sebakul penuh macam bulan lepas ye…

Tapikan….

Abang…. udang dengan sotong kat Sabah murah tau…. :lol:

Kujie ~Seperti biasa, Selasa hingga Khamis saya memang sibuk. Saya ada kelas tadika dari jam 9-11 pagi.  Hari ini giliran saya yang bawa makanan.  Saya masak makaroni goreng, kek cokelat dan karipap juga teh tarik.

Panorama Theme by Themocracy