Emas Tempayan

Emas adalah salah satu lambang kekayaan di zaman dulu. Orang² kaya diukur dari banyaknya emas bertempayan. Sekarang kerajaan juga mengiktiraf emas sebagai satu lambang kebanggaan sehingga Malaysia masih tercari-cari emas Olimpik sehinggakan atlit yang membawa pulang pingat emas dijanjikan ganjaran 1 juta. Walau bagaimana pun saya tidak sesekali bersetuju dengan membudayakan nilai materialistik kepada atlet negara dengan mewah sebegitu di saat rakyat dalam kesempitan untuk ‘ mengubah cara hidup’.
Antara sebab kenapa saya amat bersetuju pengeluaran KWSP untuk pembelian emas adalah kerana greenback atau USD sebenarnya digunakan sebagai standard nilai untuk perdagangan antarabangsa sedang mengalami kejatuhan di pasaran kewangan antarabangsa . Jadi, kenaikan nilai ringgit sebenarnya bukanlah kerana kekukuhan nilai ringgit itu sendiri, tetapi kerana penurunan nilai USD.
Sebab kedua adalah kerana idea untuk menukar matawang USD kepada matawang lain juga belum tentu dapat menstabilkan pasaran matawang kerana ianya tidak jauh berbeza dengan ‘nilai kertas’ USD.
Sebab ke tiga kenapa saya menyokong cadangan ini adalah kerana matawang dalam Islam bukannya ‘wang fiat’ yang disandarkan kekuatannya kepada undang-undang (legal tender), tetapi Islam telah meletakkan satu ‘benda’ yang benar-benar bernilai untuk digunakan oleh manusia – emas dan perak.
Kumpulan Simpanan Wang Pekerja ( KWSP ) Patut membenarkan pencarum mengeluarkan caruman untuk membeli emas sebagai pelaburan kerana nilai emas lebih stabil berbanding risiko pelaburan amanah saham yang lain.
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli emas kerana harganya susut sedikit tetapi dipercayai akan mula meningkat semula minggu hadapan.

Sumber : www.bnm/gov.my
Antara emas yang sesuai untuk pelaburan dengan cara beli dan simpan PAMP Suisse gold bar dengan sijil ketulenan warna pink atau PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru.
Ada 2 cara untuk membuat pelaburan dalam pembelian emas iaitu dengan membeli secara fizikal syiling emas dan gold bar atau buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.
Rujukan :
p/s – entri ini sudah lama terperam dalam draf, malu nak publish, rasa tak cukup layak untuk pertandingan…tetapi atas desakan En. Sebol, saya siapkan juga
** cuti sekolah sekarang - saya jarang berada di depan pc, maaf dan harap maklum ![]()



