Pengalaman Haid Pertama

Kata orang, remaja datang hanya sekali. Ia sungguh mengujakan, tetapi juga boleh mengelirukan. Selain mengalami satu macam perasaan yang serba baru, perubahan ketara yang dialami fasa ini adalah pada bentuk badan atau fizikal.

Jika anda seorang gadis, payudara mula timbul dan anda mengalami datang bulan pertama. Bagi lelaki pula – suara ‘pecah’ atau garau atau mimpi basah.

Keseksualan merupakan satu fitrah semula jadi manusia. Ia boleh memberikan kesan terhadap perasaan, tindak tanduk dan cara kita memandang ‘dunia’. Memahami perubahan² ini dapat membantu kita melaluinya dengan lebih mudah.

Ramai ibu bapa yang berasa malu dan tidak tahu bagaimana mahu membuka mulut bagi membincangkan isu ini dengan anak² mereka yang meniti alam keremajaan. Saya percaya ramai pengunjung blog saya cukup dewasa untuk membincangkan topik ini secara ilmiah. Read more “Pengalaman Haid Pertama”

Dah akil baligh

Korang jangan mengamuk sebab tajuk ini pula ye.. he he he.

Saya pernah menulis peristiwa pengalaman haid pertama anak saudara saya dan artikel persediaan diri ketika haid . Saya dapati banyak keywords mengenainya membawa pengunjung ke blog ini. Saya harap apa yang dicari ditemui. Saya cuma berkongsi sebagai seorang ibu kepada anak² yang baru meningkat remaja.

Sejak 2 minggu ini saya semakin sukar memahami percakapan Angah. Sengau semacam. Puas saya suruh dia ulang berkali² apa yang hendak dicakapkan.

” itulah… dulu gelakkan Along , sekarang kena kat diri sendiri”

Ha ha ha … kami berdua gelak kerana saya pasti Angah faham apa yang saya maksudkan. Masa Along baru pecah suara, Angah ada merungut kerana dia tak faham apa yang Along cuba cakapkan. Sekarang dah kena pada diri sendiri…ha ha ha.

Anak saya dah akil baligh. Saya sedar beberapa perubahan fizikal dan emosi dia. Dalam 2 minggu ini asyik bergaduh dengan Intan. Saya suruh suami bercakap hal lelaki’ dengan Angah. Rasanya di zaman saya dulu ibubapa dan anak remaja tidak berbincang secara terbuka hal ini, apa lagi dengan ibu. Tetapi saya sering berbincang secara terbuka dengan anak lelaki saya tentang semua hal .

Terukkan saya… hal anak pecah suara pun nak kecoh.

Saya mengikuti setiap detik proses pembesaran dan proses peralihan anak² saya. Kalau korang nak anggap saya mama yang terlebih ‘sudu’ saya tak kisah. Saya gembira berkongsi detik perubahan hidup anak² saya. ( tulis ayat mcm ni pun dah meleleh airmata… entah, bercakap ttg anak² rasa menyentuh jauh ke lubuk hati ).

Kadang² perkara yang remah pada anggapan orang tetapi tetap memberi satu impak yang besar bagi saya. Kesan emosi dan rasa semakin dekat dengan mereka. Contoh seperti pagi tadi, saya masak bekal char kuew teow untuk Intan( Intan bawa bekal setiap pagi dan saya hantar bekal sekali lagi setiap tengahari – dia balik 3.30 ptg ) dan suami bertanya, sedap ke? Saya jawap… entah…selagi Intan cakap sedap , saya tak kisah apa yang orang nak kata .

Mudah, kan?

Lelaki akan memasuki tempoh akil baligh lebih lewat berbanding perempuan iaitu antara usia 13 hingga 15 tahun. Memandangkan lelaki tidak menunjukkan petanda ketara seperti kedatangan haid apabila mereka mencecah peringkat akil baligh, satu kombinasi karakteristik boleh menyedarkan anda tentang bermulanya peringkat akil baligh anak anda.

Yang dramatiknya ialah pertumbuhan mendadak dalam kebanyakan lelaki. Mereka akan menjadi lebih tinggi manakala bahu bertambah luas. Inilah masa yang sesuai untuk anda membeli pakaian baru bagi anak lelaki anda dengan lebih kerap.

Suara seseorang anak remaja lelaki mulai bertukar menjadi garau. Bahagian zakar, skrotum dan testis akan berkembang sekali gus mengubah penampilan mereka biarpun pada peringkat ini, kebanyakan remaja lelaki sudah tidak selesa untuk membiarkan ibu bapa mereka melihat perubahan tersebut.

Akil baligh adalah masa di mana lelaki dan anak gadis menjadi lebih rimas terhadap penampilan mereka khasnya pada bahagian-bahagian sulit.

Remaja lelaki akan mulai mengalami ‘mimpi basah’ dan ini adalah perkara biasa yang tidak perlu dibangkitkan oleh ibu bapa di hadapan adik-beradik yang lain.

Seboleh-bolehnya, ibu bapa perlu menyakinkan anak bahawa ini adalah sebahagian daripada proses menjadi matang.

Sebaik sahaja anak lelaki mencapai peringkat akil baligh, mereka perlu menyedari ‘keupayaan’ mereka untuk menyebabkan seseorang gadis mengandung. Jadi, ini adalah masanya untuk mengingatkan anak tentang erti bertanggungjawab dalam segala tingkah lakunya.

Perubahan emosi sewaktu mencecah peringkat akil baligh adalah sama di antara remaja lelaki dan perempuan. Keengganan mendengar nasihat, merungut atau menangis tanpa sebab adalah antara kerenah anak remaja anda pada peringkat kehidupan awal akil baligh ini.

Perubahan hormon yang dihasilkan oleh tubuh anak gadis mencetuskan emosi yang tidak stabil dan anda hanya boleh bersabar dengan perangainya.

Meskipun ia satu proses semula jadi dan tidak dapat dielakkan, anda sebenarnya mampu mendidik anak remaja tentang apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan mereka.

Ketidakstabilan mood mungkin sebahagian daripada proses akil baligh tetapi ini tidak bermakna anak gadis anda boleh melawan kata-kata anda. Begitu juga dengan anak lelaki anda. Apabila dia mulai merasakan diri telah dewasa dan lebih daripada sekadar lelaki, kemungkinan nasihat anda sudah tidak diendahkan lagi.

Buatlah keputusan terhadap apa yang dibenarkan dan dianggap munasabah untuk diri anda dan anak. Pastikan keputusan yang dibuat adalah konsisten.

Sekiranya anda membiarkan anak remaja ‘memijak kepala’ anda, tentulah sukar untuk mendidiknya kelak. Lebih-lebih lagi selepas mereka melangkah ke alam persekolahan di peringkat menengah.

Peringkat akil baligh mungkin sesuatu yang baru untuk anak anda tetapi ia sudah tentunya bukan satu pengalaman unik. Anda sendiri telah pun melaluinya dan sekarang masanya anda mengharunginya bersama anak remaja anda pula.

Petikan laman web www.parentingteens.com.

Persediaan diri ketika haid

Badan akan berubah semasa proses kematangan umur iaitu ke arah akil baligh. Perubahan ini terjadi di dalam badan dan juga di luar badan dan kadang² ketara dan ada juga yang mengalaminya tanpa disedari. Perubahan ini tidak datang kesemuanya sekali gus dan juga berbeza di antara diri kita dengan kawan².

Purata haid pertama berlaku pada umur 12 tahun. Kitaran pertama selalunya tidak banyak, hanya selama 3-7 hari dan akan berlangsung sekali setiap bulan. MUngkin untuk 2 tahun pertama, haid kita tidak teratur seperti sekali setiap 2 bulan. Jangan risau kerana badan kita mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

Kehadiran haid akan berlaku secara normalnya setiap 28 hari, ada juga mereka yang datang bulan di antara 21 hingga 45 hari untuk beberapa bulan pertama.

Bersedialah membawa tuala wanita di dalam beg sekolah. Kita mungkin berasa kekejangan di bahagian abdomen bawah dan juga di bahagian belakang semasa datang haid terutamanya bila darah banyak keluar. Mungkin juga pengalaman baru seperti sakit kepala, pening, loya-loya dan juga cirit- birit boleh berlaku.

Jerawat?

Jerawat terhasil akibat dari proses kedewasaan di mana sebum iaitu bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum dihasilkan secara berlebihan, lambat-laun menyekat aliran keluar dari lubang-lubang halus di kulit.

Sebum ini merupakan minyak semula jadi kulit, jadi bersihkan muka dengan air bersih beberapa kali sehari supaya cecair atau bendalir sebum di muka dibersihkan supaya mengurangkan kehadiran jerawat dan ruam-ruam di muka.

Janganlah berasa takut dan malu kerana ia merupakan sesuatu yang normal di mana semua wanita melaluinya dengan pengalaman yang berbeza.