Seperti biasa, saya memang sibuk hujung minggu . Ada kawan yang sms tanya mana hilang, sibuk macam wakil rakyat.

Huhuhu…sebut pasal wakil rakyat memang kita akan melihat satu lagi Pilihanraya Kecil tak lama lagi di Permatang Pauh. Sesiapa yang berminat, bolehlah bertanding.
Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:
* warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
* berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
* tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.
Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:
* telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
* didapati seorang bankrap; atau
* memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’; atau
* gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
* telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
* telah memperoleh kewarganegaraan asing
Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.
Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.
Kesibukan saya bermula dari petang Jumaat lagi. Bosan menunggu streamyx yang sengal macam siput saya masak kek. Malam selepas Isyak saya ada usrah. Rezeki kawan² dapat merasa kek kukus cokelat.
Pagi Sabtu saya temankan Angah dan Intan ke Padang Awam Serendah untuk program Jelajah Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) peringkat Daerah Hulu Selangor. Angah mewakili sekolahnya untuk brsenamrobik. Saya datang untuk melihat berbagai pameran dan mengutip infomasi. Saya beli sayur sawi yang di jual oleh pelatih pusat pemulihan.
Niat hati cuma menemankan anak² tetapi saya dipujuk oleh urusetia untuk mengambil bahagian dalam acaran Mengandam Pasangan. Syaratnya 2 perempuan dan seorang lelaki. Angah dan Intan beria-ia memujuk. Malu tau nak tayang muka depan orang ramai. Apa salahnya mengembirakan hati anak²….. .
Saya duduk di kerusi, Intan pegang bekas bedak, lisptik dan celak ( Makeup Kits) sementara Angah tenyeh muka saya. Model tak boleh bercakap bagi arahan…:
Pejam mata sementara anak² kerjakan muka saya. Tempek talkum powder yang putih macam tepung gomak tu . Lepas tu Angah letak celak kat kening dan time kat alis mata, punyalah seriau saya. Kemudian Angah ambil sikit lipstik letak kat pipi..buat blusher . Dalam pejam mata saya dengar Intan memgarahkan itu dan ini….hahahahaha….anak perempuan memang semulajadi tahu bersolek. Dia ambil lipstik dengan jari di letak kat mata jadi eyeshadow 
Inilah pertama kali anak² saya kerjakan muka saya dan tak sangka pandai pula boleh dapat tempat pertama atau memang model itu semulajadi cantik…kahkahkahh
Kami Juara tempat pertama – ok!
Tapi sayang, gambar tak de … SE saya Along pinjam. Dia ikut rombongan sekolah ke Terengganu.
p/s – Angah dapat MC 3 hari , sakit mata…hahahahah..tu lah…mama berdaulat!