Perlukan Maklumat Mengenai Aircraft Maintenance Engineering

Hasil dari beberapa berbincangan mengenai hala tuju selepas SPM dengan Angah, dia beritahu minat dan kerjaya impiannya adalah di dalam bidang Penyenggaraan Pesawat.

Sayalah Mak Yang Paling Kepoh Di Dunia.

Seperti dua tahun lepas sewaktu Along melepasi SPM dan menyatakan bidang pilihannya Geomatic Engineering, saya sebagai mak yang paling kepoh di dunia mulalah menjelajah mencari berbagai info yang mungkin berguna sebagai panduan untuk anakĀ².

Apa yang saya temui , IPTA yang menawarkan kursus di bidang ini hanya Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program ini dibangunkan dengan kerjasama Malaysia Airlines System Berhad (MAS) mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Penerbangan Awam (DCA).

Sindrom Lulus SPM Cukup Makan

Diploma In Aircraft Maintenance Engineering mengambil masa 6 semester dan memerlukan syarat seperti dibawah: