Saya bukan buta politik

©Kujie – Blog saya bukan blog politik, tak perlu datang komen mencaci mencarut…Jari yang menaip akan menjadi saksi di akhirat atas apa yang ditulis. Jadi baca saja info ini tak perlu komen. Sebagai pemilik blog ini, saya tidak mahu diseret sebagai saksi anda diakhirat kelak..
Untuk kawan2 saya – maaf , komen di tutup.

Inilah akibatnya… Selepas Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Manik Urai dikeluarkan, entri saya terus diterjah ( Visited 2,851 times – 14/7/2009). Kebanjiran pelawat yang mencari maklumat ini memang sudah dijangka tetapi yang saya tidak gemar adalah pengomen-pengomen yang celupar dan kurang ajar.

Entri itu bukanlah ulasan, hanya maklumat terkini.

Saya pelik kenapa orang boleh mencarut memaki hamum, menulis komen yang tidak beradap hanya kerana politik seolah-olah kalau bercakap hal politik kita bebas keluarkan apa saja perkataan kotor . Seolah-olah dosa bercakap buruk mendapat diskaun seperti mega-sale kerana berpolitik.

Keputusan Pilihanraya Kecil Manik Urai

Keputusan tidak rasmi dari MalaysiaKini – 7.59pm PAS didakwa menang dengan majoriti 65 undi tetapi akibat majoriti terlalu tipis, pengiraan semula dijangka akan dijalankan.

Kemaskini 8.19pm Keputusan rasmi PAS mendapat 4,335 undi, sementara BN pula 4,299 undi. Majoriti setakat ini 36 undi.

kemaskini 8.22pm Menurut sumber parti itu, PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya tinggal 64

kemaskini 8.58pm Keputusan rasmi

1. Fauzi bin Haji Abdullah (PAS) – 5.348

2. Tuan Aziz Tuan Mat ( BN ) – 5,283

Majoriti – 65.

Pusat pembuangan undi dan jumlah pemilih yang layak seperti berikut:

D-Day Permatang Pauh

Apa dia D-Day yang selalu didengar-dengar dalam istilah politik?

D-Day ialah Dunkirk Day. Dunkirk ialah kota pantai di utara Peranchis yang berhampiran dengan negara Belgium.

Istilah ini timbul dalam Perang Dunia Kedua.

D-Day ialah nama ‘kod rahsia’ di mana tentera Amerika dan British akan menyerang tanah besar Eropah pada hari ‘rahsia’ yang ditetapkan

D-Day ialah satu strategi tentera untuk mendaratkan tentera darat ke pesisiran pantai Dunkirk. Pendaratan ini akan dibantu oleh tentera udara.

Hari D-Day ini terus diingati oleh orang Peranchis dan Eropah sebagai satu hari yang bersejarah.

D-Day ini telah di gambarkan dalam filem Peranchis yang bertajuk Dunkirk di mana Jean Paul Belmondo menjadi protagonist. Hollywood juga membuat filem The Longest Day dengan tema yang sama. The Longest Day menampilkan hampir seluruh pelakon jantan Amerika dan British.

Sumber : tukartiub.blogspot.com

* Entri ini adalah scheduled post, saya melawat kawasan hari ini :lol: