Hari Kelepasan Am Negeri Selangor 2014

Jadual Hari Cuti Am Negeri Selangor 2014

  1. Hari Tahun Baru (N) Rabu 1 Januari 2014
  2. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW ( Maulidur Rasul ) (P) Selasa 14 Januari 2014
  3. Hari Thaipusam (N) Jumaat 17 Januari 2014
  4. Tahun Baru Cina (P) Jumaat & Sabtu 31 Januari & 1 Februari 2014
  5. Hari Pekerja (P) Khamis 1 Mei 2014
  6. Hari Wesak (P) Selasa 13 Mei 2014
  7. Hari Keputeraan Agong (P) Sabtu 7 Jun 2014
  8. Hari Raya Puasa (P) Isnin & Selasa 28 & 29 Julai 2014
  9. Hari Kebangsaan (P) Ahad 31 Ogos 2014
  10. Hari Malaysia (P) Selasa 16 September
  11. Hari Raya Qurban (P) Ahad 5 Oktober
  12. Hari Deepavali (P) Rabu 22 Oktober 2014
  13. Awal Muharam ( Maal Hijrah (P) Sabtu 25 Oktober 2014
  14. Hari Keputeraan Sultan Selangor (N) Khamis 11 Disember 2014
  15. Hari Krismas (P) Khamis 25 Disember 2014

pemandangan cantik

Nota

  • Hari Deepavali bagi tahun 2014 telah dipinda dan ditetapkan pada 22 Oktober 2014 (Rabu) * rujuk Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan
  • P – Hari Pelepasan Am Bagi Persekutuan
  • N – Hari Pelepasan Am Bagi Negeri
  • Apabila Hari Kelepasan Am itu jatuh pada Hari Ahad atau hari Kelepasan Am yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya, dan jika yang kemudiannya itu pula sedia menjadi Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
  • Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari SABTU, ianya tidak diganti pada hari berikutnya.

11 Disember Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor

Esok Selangor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor yang ke 68.

sultan selangor

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001.

Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945.

Sumber : Portal Kerajaan Negeri Selangor