01-07-1941 – Selamat Ulangtahun Ayahandaku yang ke 69. Ya Allah… Hindarkan ayahku daripada segala kepayahan yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan dan pengalaman yang menyedihkan di sepanjang tahun² yang akan datang ini. Kurniakan kepadanya keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindungnya dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan
Ayah lahir pada 01 Julai 1941. Tahun penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Ayah menjadi anak yatim apabila datuk saya di bawa Jepun sebagai buruh paksa untuk membina landasan kereta api sepanjang 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayat tidak pernah kembali selepas itu. Dibesarkan tanpa bapa bukanlah sesuatu yang mudah di zaman

