Kopitiam Di Selangor Tak Halal?

Tiada kopitiam halal di Selangor

Tidak ada satu pun daripada kira-kira 180 buah premis kopitiam di Selangor mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah, daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus atau 18 premis kopitiam sahaja dari negeri itu yang memohon pensijilan halal daripada JAIS dan Jakim.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana premis kopitiam di Selangor.

Sumber : Kosmo 13 Julai 2011

Baca pula entri terdahulu petikan Kosmo Rabu 24/2/2010 – Sijil Halal Kopitiam

Lagi Kisah Sijil Halal Kopitiam

Berita muka depan Mingguan Malaysia hari ini mengenai banyak kopitiam diragui sijil halal.

Ini keratan akhbar Kosmo Rabu 24/2/2010 mukasurat 3 mengenai Sijil halal kopitiam yang diragui. Jelas terang dan nyata – cuma kita saja yang suka mengambil mudah.

Namun sedar atau tidak, daripada beratus-ratus kopitiam yang terdapat di negara ini, hanya dua buah sahaja mendapat pengesahan sijil halal dan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim ).

Kopitiam tersebut ialah Pak Hailam Kopitiam yang mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara dan Jonker Walk Kopitiam di Melaka.

Dah terang di tulis hanya dua, jadi yang lain-lain tu boleh fikir sendirilah statusnya.  Dah banyak sebenarnya