Pengakuan berani mati seorang suami

Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…

supermom

Cerita biasa-biasa saja…

aulia wrote:
salam mama .. lama tak tegur lia ekk dah lupa kot

Website: www.nuraura.blogdrive.com

Alahai anak-anak, merajuk tak ditegur :mrgreen:

Mama sibuk lah Lia, sebenarnya malu nak bagitahu sibuk seolah-olah tidak pandai menguruskan masa.  Mungkin ramai yang perasan saya agak kurang bertandang meninggalkan jejak di blog masing-masing, saaya minta maaf.

housewife

bawakan maafku pada sang angin yang kulewati dengan sombong

Bayangkan situasi ini….

Dalam satu perjumpaan berkumpulan, sesi memperkenalkan diri –  ice breaking kata Angah.

” Nama saya xxxxx, paggil saja Jie, Umur 40+ dan anak 3.  Suri di dalam rumah  Encik Ann”

” Hah! Awak dah 40+ jie, akak ingat akak lagi tua” – Terkejut badak surirumah anak 4 berumur 36 tahun.  Disokong tanpa berbelah bagi oleh seorang lagi jiran yang selama ini ‘berakak-akak’.

Abaikan jika anda masih geli tekak untuk terima kenyataan ini.

” Potong macam mana?”

” Pendek dan layer². “

Srupp…sruppp…  Dah nampak telinga.

” Sudah manyak uban lor…”

” Saya bukan muda lagi la ah so….sudah lebih 40 “

” Aiyaaaaa… saya ingat  30 lebih”

Hahahahaha… jangan muntah hijau baca ‘pengakuan berani mati’ ini pula .  Tadi saya buang 3/4 daripada rambut di kepala.  Jimat kos untuk shampoo.

Kata Angah, mama macam Zoela!:oops: Sebelum ini macam Ella