Saya Kenal Sayang Saya

manicure
sepanjang perkahwinan 21thn, suami yang sering memotong kuku kakiku

Selepas balik bercuti sakan seminggu, saya tak berapa sihat. Baru semalam pergi ke kelas semula dan ditegur oleh seorang kawan ( pelajar baru)

Kawan : ” hari tu.. suami ke?

Saya : ” A’aha…

Kawan : ” Romantiknya….” diiringi gelak kawan-kawan yang lain.

Bab romantik tu saya taklah terkejut sangat, kami biasa-biasa saja. Hubungan romantik atau perlakuan suami isteri yang kita anggap biasa sebagai satu perjalanan rutin atau cara hidup mungkin tidak bagi orang lain.

Mungkin seperti lirik lagu 150 Juta oleh Fynn Jamal

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Saya agak terkejut bila dia tanya ‘ suami ke? ‘ seolah-olah saya ni ‘berani nak mampos’ untuk keluar bersarapan berdua-duaan di gerai roti canai di taman perumahan kami sendiri dengan lelaki lain.

Bahaya betul soalan macam ni, maklumlah saya ni sedang jalani PJJ ( Perkahwinan Jarak Jauh ).

seorang bapa
Anak beranak ni main game terkekek² , dah 14 tahun masih dok bawah ketiak

Suami saya anak mak. Sangat rapat dengan mak dan sangat take care dengan mak mertua saya. Lelaki yang rapat dan menunjukkan tanggungjawap dan ambil berat terhadap ibunya biasanya seorang yang memanjakan dan menjaga isteri dan anak perempuannya.

 

Nota :  Saya tak pernah menulis tips rumahtangga secara formal, tetapi saya sering selitkan dalam entri secara tanpa sedar kerana saya yakin pembaca blog ini adalah orang dewasa yang ‘faham’ dan boleh menilai bukan hanya sekadar tulisan.

Merenyam Nak Salam Cium Tangan Tu Pasaipa?

Saya pernah baca tips rumahtangga – bersalam dan mencium tangan suami setiap kali bertemu atau berpisah.

Bagus tips ini – lagi bagus kalau dapat peluk pasangan masing² seketika di muka pinta. Kalau tak ada orang nampak , nak comolot pun boleh. Jangan mengatal nak tunjuk romantik comolot nak pilih KLCC pula. Kalau dah berstatus laki bini pun tak manis apalagi baru berpakwe makwe.

Masalahnya – kalau kau belum kahwin, janganlah nak beradap sopan santun tunjuk ayu nak salam dan cium tangan pakwe.  Entah apa yang nak dibuktikan.  Ajaran sesat mana yang diikutnya.

Malam Jumaat – Permintaan Seorang Isteri

“Pertama kali sayang pujuk abang sebab nak beli sesuatu”

Bila suami cakap macam tu, rasa ruginya dah kahwin lebih 19 tahun saya tak pernah meminta… he he he..jahat betul!:lol: Meminta tu bukan bermaksud tak pernah minta belikan cokelat atau coke.  Yang ni tiap bulan saya minta bila kena sindrom PMS.

Keperluan diri saya tak perlu minta – beli sendiri.  Suami dah bagi kad ATM dan kad kredit.  Pandai² sendirilah nak berbelanja.  Gaji dia di sana dibayar melalui bank di Malaysia – saya yang pegang kad ATMnya.  Saya boleh berjoli katak sakan kalau mahu tetapi untuk selain dari keperluan diri , saya memang meminta keizinan.

Barang yang saya minta cuma berharga RM 106.00 ( harga yang saya tengok di Mydin ) .