22 Kali Ulangtahun Perkahwinan

ombak kehidupan rumahtangga

Setiap tahun pun, saya tak pernah sempat untuk menyusun kata melankolik sebab airmata lebih lancar dari ucapan lisan. “tak payah cakap apa-apa pun abang dah faham….” Tak payah nak sweet sweet sangatlah sayang … nanti diabetes! kata Kekasih Lewat Usia Couple Lebih Seminggu

Bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah

gambar kahwinku 18hb

18hb September 1991 - Persetujuan  ’bertukar geran’ – yang mengubah status dan kehidupan. dengan bertakhta dan bersendikan sunah rasul, izin berwali ijap bersaksi, memadu pertemuan dua hati, moga hidup dan mati diberkati Ilahi. sejarah terukir nilai permata, lembaran sejarah kini bermula.