Buang yang keruh , ambil yang jernih
Lirik Lagu, Tazkirah September 22nd, 2008Pulanglah Perantau - Aishah
Aduhai ndak eh
Bersori dipandang mato
Tak kiro yang tuo
Yang mudo turut bersamo
Yang jauh dah tibo
Yang dokek menyusur langkah
Pagi syawal hari mulio
Berkumpul semuo
Ohhh…
Anak mudo di rantauan
Pulanglah kito bersamo
Berhari rayo
Lamo dah bonda merindu
Rindu tuan…
Di rantauan… di rantauan
(Merajuk) jangan dirajuk
(Tak sudi) orang tak sudi
Hari rayo hari mulio
Bak gombiro
(Yang rindu) jangan dirindu
(Yang Baru) carik yang baru
Bersyukur dan tonangkan hati
Di aidilfitri
Ohhh…
Lomang ketupek dan rondang
Aduhai sodap diraso
Sodap diraso
Kalau menjamah hidangan
Biar sopan…
Jago-jago… budayo kito
(Setahun) hanya sekali
(Bertanyo) hati ke hati
Berkumpullah kito semua
Sanak saudaro
(Mohon maaf) ampun dan maaf
(Kepado) ibu dan bapak
Moga berosih seluruh jiwo
Sepanjang maso
Ini bukan lagu raya tetapi lagu sebelum hari raya. Berzakat fitrah sudah, membeli belah sudah tetapi andai masih ragu dan masih berbelah bagi untuk pulang atau tidak, fikirlah semula.
Balik kampung penting dipertahankan kerana ia menemukan kita kepada akar kita yang membentuk nilai budaya hidup kita.
Semoga Syawal bakal menjelma ini memulihkan motivasi kita untuk mengeratkan persaudaraan yang sedia terjalin. Janganlah ungkapan kemaafan sekadar satu ucapan memenuhi syarat. Luahkan melalui hati yang tulus dengan harapan agar segala yang keruh dapat dijernihkan dan segala yang tersimpul dapat dileraikan. Sentiasa tanamkan dalam fikiran dan tindakan kita bahawa Aidilfitri kali ini mesti berlangsung dengan seribu kegembiraan yang menginsafkan.
Di suatu pagi, mentari tampak meredupkan cahayanya, tak seperti biasanya yang selalu tersenyum lebar dan menebarkan aroma cahaya kecerahan pada setiap insan di muka bumi.
Sementara di sebelah pula sang hujan mulai menggoda, mulai melambai-lambaikan godaan awan seolah mengejek sang mentari untuk mulai bersenda gurau,
“Pagi yang menyejukkan ..” guraunya.
Sang mentaripun tersenyum simpul mendengar ejekan sang hujan, dengan lirih pun berucap, “wangi aroma cahayaku tak sirna oleh lambaian godaan awanmu….”.
Sang hujan pun balas mengejek, “Bagaimana mungkin engkau tak kan terhalang, sedang aroma cahayamu tak sampai di muka bumi ?”.
Sang mentari dengan tegas menjawab, “Wangi aroma cahayaku akan selalu terpancar oleh hati² hamba yang beriman, walau mendung awan menyelemuti bumi mereka”.
Mendengar jawaban demikian sang hujan pun berkata, “Sungguh engkau memang benar !”.
Itulah kalimat yang barangkali menjadi sebuah bahan inspirasi, bahawa pada dasarnya sinar cahaya akan selalu benderang menghiasi ruangan² hati hamba yang beriman. Sang cahaya tak hilang walau diterjang berbagai awan yang melintang, kerana sesungguhnya awan itu hanyalah sebuah “dugaan ” untuk membolahkan kita melihat sang cahaya kembali.
Begitulah, kita hidup di dunia ini. Kadang² kerana berbagai masalah hidup seolah² menenggelamkan sumber cahaya abadi yang ada dalam hati , padahal kerana masalah hidup itulah “nilai” kita semakin teruji.
Bagaimana kita dapat dibezakan dengan makhluk Allah yang lain, bila kita tidak pernah diuji. Andai kerana ujian hiduplah, kita “dipaksa” untuk selalu mengasah akal dan fikiran kita.
Kerana ujian, kita selalu dan selalu melihat tanda² kekuasaan Allah, kerana sesungguhnya bagi seorang mukmin “segalanya merupakan kebaikan”.
Dalam sebuah hadits Rasulullah pernah bersabda, ” Sungguh unik perkara orang mukmin itu ! Semua perkaranya adalah baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itu juga menjadi sebuah kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin.”
Kadang² bila kita mengalami masalah ekonomi misalnya, begitu berat gundah gulana melanda fikiran kita, perasaan dan hati kita merasa kacau bilau. Namun sadarkah kita, bahawa seberat apapun masalah yang kita hadapi “pasti” sesuai ukuran yang Allah berikan kepada kita. Ini yang harus senantiasa menjadi sebuah “keyakinan mutlak” dalam diri kita.
Sikap kita terhadap sebuah permasalahan, ternyata lebih penting dibanding masalah itu sendiri. Kita sedar di dunia ini tidak ada satupun manusia yang tidak mempunyai masalah, kerana memang manusia terlahir ke muka bumi, untuk memahami masalah. Melalui sebuah masalah, nilai kita diuji oleh Allah.
Akankah kerana suatu masalah membawa kita semakin dekat kepada Allah ? atau malah mungkin semakin jauh dari bimbingan Allah ?
Tatkala kerana suatu masalah menimpa kita, lalu setahap demi setahap semakin kita memahami dan melihat “betapa besar kekuasaan Allah”, maka Insya Allah balasan dari Allah lebih besar dari masalah itu sendiri.
Wallahu ‘alam
Nota kasih sayang : Minta maaf semua, saya tidak berkemampuan untuk menjawap komen, menjejak blog kawan² seperti biasa. Saya akan double triple sibuk di akhir² Ramadhan ini seperti surirumah yang lain, ibu² yang lain juga - sambil belek ” Things - To - Do - List”

September 22nd, 2008 at 8:10 am
even mak bapak saya sudah tiada…
namun setiap kali hari raya, kami akan berkumpul di rumah arwah (di huni oleh abg saya)…sebab inilah satu
satunya masa di mana kami adik beradik dapat berkumpul…
Salam AidilFitri buat KakJie sekelaurga
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 8:34 am
September 22nd, 2008 at 8:21 am
Buang yang keruh , ambil yang jernih | Hidup Biar Sedap…
Ini bukan lagu raya tetapi lagu sebelum hari raya. Berzakat fitrah sudah, membeli belah sudah tetapi andai masih ragu dan masih berbelah bagi untuk pulang atau tidak, fikirlah semula.
Balik kampung penting dipertahankan kerana ia menemukan kita kepada…
September 22nd, 2008 at 8:26 am
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 8:38 am
Melaka tak jauh mana pun Arin..sekali pecut je…
September 22nd, 2008 at 10:37 am
Akak nak ambil kesempatan nie mengucapkan selalamt hari
raya aidil firtri buat Kujie sekeluarga, mohon maaf zahir & batin,
maafkan salah silap akak yea…
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 8:39 am
lum ade mood nk posting pasai raya…
September 22nd, 2008 at 10:38 am
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 8:40 am
September 22nd, 2008 at 12:51 pm
p/s:suke la dgn citer awan vs matahari tuh…betul ckp kak jie..cahaya tu memang sentiasa ada..cuma kadang2 kita lupa kehadirannya…
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 8:50 am
Kita manusia ini emosi mudah bergolak kerana 2 sebab, kegembiraan yg memuncak atau musibah yg berat. Fitrah kita bila ditimpa kesusahan mudah berkeluh kesah…
September 22nd, 2008 at 1:37 pm
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 8:55 am
mau nangis dua tiga baldi dengar
September 22nd, 2008 at 2:12 pm
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 9:06 am
tapi masih berbelah bagi..masih terasa hati
gunalah kesempatan Aidilfitri ini utk ‘menjernihkan’
September 22nd, 2008 at 2:19 pm
apa pun, selamat hari raya, jika ada tersilap, tersalah, kata, niat di hati mmg baik, tetapi nak buat mcm mana, iman dia otak kurang sikit, tapi at least boleh kawal la.. ahhahaha
ps:sedap ke lagu tu, letak le video youtube, baru leh nanyi sama lirik..
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 9:13 am
lagu tu tak jumpa kt youtube…tak berapa fofuler kot..tapi best ..sesuai utk ‘tarik’ hati supaya blk kg
September 22nd, 2008 at 2:33 pm
Hihi
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 9:15 am
September 22nd, 2008 at 2:41 pm
ah syahdu jerk layan lagu2 nak raya ni..
tahun ni balik belah mentua dulu huk huk
wife plak perli2 ajerkk, geram tol..
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 9:18 am
bila dengar rasa meresap je kt jiwa…
ait….main perli² pula…. kurangkan sepasang baju raya dia..hahahaha
September 22nd, 2008 at 3:33 pm
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 9:19 am
September 22nd, 2008 at 6:31 pm
Tahun ni tak balik kg… kesian ayah mertua yg kesorangan. ibu mertua baru je kembali ke rahmatullah 4 ramadan yg. lalu. W’pun tidak dpt balik, yg penting kita selalu ingatkan mereka….
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 9:20 am
ia…doa dari seorg anak yg soleh
September 22nd, 2008 at 8:13 pm
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 9:21 am
byk tul Thing-To-Do yg tertangguh..
September 23rd, 2008 at 6:14 am
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 9:23 am
Doa dari anak tak kan terputus
September 23rd, 2008 at 11:36 am
Baju Intan ngan Mak Intan dah siap tergantung ye? Opss..dah siap iron.
Sekolah pun tak cuti lagi. hehe
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 2:40 pm
September 23rd, 2008 at 11:36 am
aeropama dot coms last blog post..Jangan Jadi Hamba Pengiklan
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 2:42 pm
September 23rd, 2008 at 12:06 pm
baju kami sume precious beli kat sana (ready made) ..kuih aku order jek dgn kawan2 tp mesti yg sedap2 laa ekeke :p
aku mmg pemalas bab cookies ni..
tapi spnj syawal aku mmg penat giler sbb tamu tak putus-putus
raye ke 3 & 4 kami spend time ngn precious kat pine resort.dah booking & bayo pun
kalo kat umah kesian kat dia sbb aku ngn abe mmg bz giler
raye ke 5 dia dah balik s.alam.
combis last blog post..nak test korang bah…
Kujie Reply:
September 23rd, 2008 at 2:44 pm
udah ada anak2 kecik…teriak hari2 suruh buat pasai kawan dah buat
owhh..p bercuti gak ye….time raya…
kat sini jgn harap nk bercuti..mmg org tak putus2..
nak2 blk rumah mertua…rumah org tua2 ni…ramai org berkunjung
biasalah yg muda melawat yg lebih tua
September 24th, 2008 at 10:13 am
Dugaan yang mendekatkan. Alhamdulillah.
Dugaan yang menjauhkan diri dari Allah…. Nauzubillah. mohon dijauhkan keadaan begitu.
suaras last blog post..Antara Sedih Dan Syukur.
Kujie Reply:
September 24th, 2008 at 5:05 pm