Puasa dan anak-anak
Tazkirah September 6th, 2008Angah deman hari ini, dari semalam lagi. Bersahur tadi masih lembik di meja makan. Dia jarang sakit dan kali ini agak teruk. Saya bagitahu kalau Angah tak sihat, tak perlulah puasa. Dia tak mahu. Dia mula berpuasa waktu berumur 5 tahun dan terus genap sebulan.
Saya cadangkan dia untuk puasa setakat yang dia mampu. Kalau Angah tak tahan , tengahari nanti berbukalah.
” mama, kalau kita buka puasa tengahari, kena baca doa berbuka tak?”
Oh…saya sendiri terkial² mencari jawapan yang tepat. Saya beritahu itu bukan berbuka puasa tetapi membatalkan puasa. Ada ke ‘niat membatalkan puasa’?
Berbuka puasa dan membatalkan puasa, 2 perkara yang berbezakan?
Itu kisah Angah. Intan pula semalam balik dari sekolah bagitahu kawan dia tanya Intan puasa berapa lama. Dia jawap sebulan.
” Intan..awak puasa sebulan tak mati ke…tak makan sebulan?”
* Intan bersekolah di Sek.Jenis Kebangsaan Cina. Kawan² dia 95% berbangsa cina.
” Apa Intan jawap?” duga saya.
“Puasa siang saja, malam boleh makan…. ”
Itu jawapan Intan, kira bolehlah bagi seorang anak berumur 9 tahun menerangkan tentang puasa kepada seorang kawan bukan Muslim berbangsa Cina berumur 9 tahun. Sekurang² dia telah memberi satu info permulaan kepada seorang non-muslim.
Bukan seorang sebenarnya. Satu kelas. Tiap kali bulan Ramadhan, cikgu kelas akan memberi peringatan kepada murid² sekelasnya supaya jangan makan atau minum di depan murid² Melayu ( Islam ). Wong Laoshe ( Cikgu Wong ) mengajar murid² non muslim untuk menghormati kawan² muslim mereka berpuasa.
Bagi orang lain mungkin melihat hal ini kecil atau sebesar sawi tetapi saya memandangnya sebagai satu permulaan yang baik untuk non muslim mengenali Islam dari peringkat anak².
Di sekolah ini, meja di kantin diasingkan untuk pelajar Muslin dan Non Muslim, jadi mereka telah didedahkan hal² asas tentang kawan² yang beragama Islam.
Perkara-perkara yang membatalkan puasa
1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.( makan atau minum )
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
4. Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
5. Kedatangan haid , nifas atau wiladah (melahirkan anak
6. Gila sekalipun hanya sekejap.
7. Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
8. Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.
Walau bagaimana pun, kita seboleh² perlu berusaha untuk mejaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.
Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

September 6th, 2008 at 10:27 am
September 6th, 2008 at 10:43 am
Puasa dan anak-anak | Hidup Biar Sedap…
” Intan..awak puasa sebulan tak mati ke…tak makan sebulan?”…
September 6th, 2008 at 11:52 am
September 6th, 2008 at 12:35 pm
selamat posa kakjie
September 6th, 2008 at 12:44 pm
September 6th, 2008 at 1:48 pm
setuju walaupun ianya hanya kisah terpencil dan perkara kecil tetapi ianya suatu permulaan yang amat baik untuk pembesaran kanak-kanak secara normal.
dapat juga mengajar mereka berfikir dan berusaha untuk mendapatkan jawapan pada perkara yang tak pasti dan ianya manjadi tugas ibu bapa untuk menjawab dengan bijak dalam lingkungan usia mereka.
September 6th, 2008 at 1:50 pm
Saya faham sangat keadaan Intan bab saya juga dulu bersekolah SRJK (C) dulu… semua cikgu slalu beritahu semua murid cina yang lain untuk hormat kami yang beragama Islam…
Banyak perkara yang boleh membatalkan puasa… kalau akak tonton al Kuliyah TV3 Jumaat lepas, banyak penerangan dari Ustaz Wan Sohor Bani Leman… harap ada lagi sambungannya, bab banyak soalan yang tak pernah kita terfikir akan hukumnya bila ianya terjadi…
September 6th, 2008 at 2:47 pm
September 6th, 2008 at 3:29 pm
sebesar sawi ke sekecik bijik sawi??
hehehe…
wong laoshe tu baik hati laa…sib baik dier terapkan nilai2 murni pade org2 cine nih…
anak akak chong-cheng2 ke kalau kt umah??hehehe…
err…teknik akak tanye blik utk dptkan jwpan tu bagus,tu namenye probing question…tujuan utk create constructivism mind…bagus2…
September 6th, 2008 at 5:12 pm
September 6th, 2008 at 5:32 pm
September 6th, 2008 at 10:56 pm
tahniah K. Jie, sebab selalu bagi semangat kat anak2 tuk terus berpuasa..
September 7th, 2008 at 12:10 am
September 7th, 2008 at 12:41 am
sekolah aan & sekolah anak tumpang aku 95% org bkn islam.cabaran mmg hebat.alhamdulilah dorang tetap posa penuh
September 7th, 2008 at 1:19 am
moga anak kak jie cepat sembuh
eee…..saya lagi juniorlah kot ye, smkj, sp.
September 7th, 2008 at 3:42 am
nasib dia pandai nk menjawab kan hehe..
at least..bak kata mama.
non muslim boleh tahu istilah puasa dalam islam..
bukannya berpuasa 30 hari sampai x makan.
tu kompem masuk batu dua la
September 7th, 2008 at 1:42 pm
lumrah la.. nama pun anak2… yg baru mengenal aper tumpose… banyak persoklan yg kadang kita sendiri pun tak terfikir…. walau pun nur tak der anak.. tp kat rumah nie ader anak buah yg baru belajar berpuasa…
September 7th, 2008 at 4:01 pm
lagi kagum kak jie hantar anak kak jie sekolah cina. itu antara perancangan saya untuk bakal anak saya. hantar dia masuk sekolah cina
September 7th, 2008 at 11:11 pm
saya setuju tu kak Jie.. skrg orang cina pun dah faham tentang Amalan dari org Muslim..
bahkan boss sya orang Jepun pun tahhu pasal ramadhan.. dan mereka amat hormat tentang bulan ramadhan ni..
dan bukan hanya tentang puasa.. malah.. bila ada Annual Dinner.. pastinya dahulu kala..
mereka ni semua akan minum beer di meja vvip mereka.. namun setelah kami semua ajk memberitahu secara baik.. mereka menghormati kami semua.. dan Alhamdulillah dah 5 kali jamuan tahunan.. mereka tidak mabuk lagi..
itu lah.. kadang2.. saya pun terasa.. kaum lain lebih hormati ajaran agama Islam.. dari kaum kita sendiri..
September 8th, 2008 at 9:41 am
‘kerjaya’ sebagai ibu mmg mencabar. macam saya memberi pemahaman kenapa,mengapa dan akibatnya bagi mereka ..
October 30th, 2008 at 10:26 am