Saya baru balik dari Pejabat Pos, buat kiriman hadiah untuk pemenang “Pengunjung Pertama Ulangtahun Pertama “.   Pemilik IP 60.52.58.13 telah dikesan memasuki blog ini pada 01 May, Thu, 20:13:23 dan beliau adalah Encik Amin dari Pasir Mas , Kelantan.

Amin @ lebih popular dengan  Action Kameng adalah salah seorang anak² cyber dari  Teratak Santai yang telah mencipta satu laman web istimewa sempena hari jadi saya pada 18hb April 2008 lalu. Sebenarnya Amin pernah datang berkunjung ke rumah saya sewaktu Jamuan Hari Raya Teratak Santai 2005 dan sewaktu saya dan keluarga bercuti ke Kelantan pada tahun 2006 kami telah berkunjung ke rumah keluarganya di Pasir Mas.

Tahniah untuk Action Kameng…. :D tunggu incik posmen depan rumah tau…Untuk kawan² lain tunggu peraduan teka kacang seterusnya…