Offline Board
Walaupun entri sebelum ini penuh dengan gambar riang ria , itu adalah kehidupan saya bersama keluarga. Tetapi sebenarnya saya agak tertekan selepas balik dari bercuti. Banyak gossip dan tuduhan berlegar² di ruang maya. Saya mencuba untuk mengabaikan segalanya kerana memang sikap saya dari dulu… saya akan mengelak dari sesuatu yang akan melukakan hati saya. Saya bukan jenis ingin bertelagah ” fight for right”.
Dari 19-22hb April 2008 saya tidak langsung menyentuh komputer, tidak langsung berada di dalam dunia internet tetapi saya tidak faham kenapa diri saya dikaitkan dengan perkara tersebut.
Sekarang bila difikirkan semula, saya jadi fed up dengan keadaan tersebut. Saya diam dan melihat seseorang sedang menyalak ke hulu ke hilir dengan berbagai cerita. Saya ingin menjauhkan diri tetapi saya sudah terlalu lama terikat.
” mama, R kat KB ni, ada kursus. kena check out hotel petang sabtu tapi flight hari ahad. Patut janji dgn D tidur kat rumah dia, tetapi x dpt hubungi D dari semlm…nk merempat kat mana ,ma..?”
” mama, ada x kenal sesiapa Teratakian’s kat Kelantan…. R nak tumpg tido semlm”
Dalam saat macam ni, dalam saat² saya putus hati dengan TS saya perlu selesaikan masalah mereka dulu. Saya tak sampai hati mengelak dan buat tak tahu. Berpuluh² kali menyelesaikan masalah yang dicipta orang lain.
Bila seperti ini, keseorangan mengadap Admin Panel, gatal saja tangan saya untuk Offline Board. Tutup dan teruskan hidup saya tanya hiraukan orang lain. Kenapa saya perlu bazirkan airmata untuk mereka yang tidak pernah menghargai. Saya punya keluarga yang bahagia di luar sana dan saya punya kawan² blogger yang setia.
Tetapi saya terikat…terikat dengan 2057 registered members!
Atau pilihan ke-2, saya serahkan TS kepada orang lain. Saya telah temui seseorang dan mungkin proses hand over ini bukan sesuatu yang mustahil.
…. in progress




Salam my dear k.jie..lama x dtg jenguk tratak k.jie ni..semoga k.jie n family sihat2 slalu..
mcm tu la k.jie asam garam kehidupan, apa yg kita lakukan n buat, x semestinya dpt memuaskan hati smua org…redha n bykkan brsabar…, Hiduo mesti diteruskan…, jom mkn aiskrim dl..Hidup Biar Sedap :p
salam mama..
knpe mama putus hati dengan TS..? tak kan sampai nak serah kan TS pada orang lain..
Itulah kehidupan penuh dengan warna. Hanya mereka yang kuat akan memperolh warna-warna yang berbeza. Tentu Kak Jie adalah mereka itu. Teruskan perjuangan krn ianya belum selesai.
Wassalam.
Salam k’jie…
kalau bab bercuti atau pegi mana-mana, su mmg sama dgn prinsip combi.
Bulan lepas dan bulan ni su ada join 2 training ttg leadership and personality. Erm.. nak try skil menganalisa personality jap ya…
Su agak kak jie dalam katagori ‘resposive’ person, combination charecter antara expressive and amiable. Like to be or tend to be popular wherever you are but at the same time, wanna be a peaceful person but it’s not easy for those who have a popular charecter. Su ada sorang kawan baik yang charecternya macam kak jie.
I know you can overcome this problem… sbb popular charecter berkait rapat dengan decicive charecter…
Anyway, semua ni tak de kaitan pun dgn entry k’jie… saja je cuba nak alihkan tumpuan kak jie dari terlalu memikirkan masalah kak jie tu…
sorry kak jie kalau bahasa su tunggang langgang sikit… dan maaf juga kalau penilaian su salah. Su ni baru belajar ttg bab-bab penilaian personaliti ni… patutnya kena jawab soalan tertentu baru boleh nilai personaliti secara lebih berkesan, lebih teliti dan lebih tepat, tapi su cuba gak berdasarkan entry k’jie yang su ikuti selama ni… hehe
Terimakasih kerana komen … apa yg saya tulis di sini hanyalah 5% dr apa kisah sepenuhnya..dan komen yg diberikan sy ucapkan terimakasih…
huhuhu…papa mafia…jarang benar nk komen..bab mcm ni suker erk..:p
terimakasih Lan..sy akui sy mmg bukan pelakon yg hebat utk membawa watak seberat ini…
mat…lesung tu tak leh bawa ke dapo..:p
cik eja..> tak perlu ckp ape2..tgok je…:D
intan > masalahnya keputusan semua bukan utk diri sendiri….huwaaa……
mz & wanderlust > telan sajalah walau tak der harga lagi…hehehe
cikmika >> huhuhu…. testing..testing… jgn mengamuk mika…. kadang2 diri sendiri saja yg faham..
lily > tadi abg blk keje..beli minyak wangi..rasanya kakjie dah wangi ni..:D
Jie…. adakala setiap yg kita sangka bagus buat kita tapi tak bagus untuk org lain. dan sekiranya keputusan dibuat dengan keyakinan tak perlu diragui lagi.. tanyalah hati yg tak pernah berbohong pada tuannya….
tak seperti mulut yg hanya mampu menabur janji umpama kata pepatah ” menanam tebu di tepi bibir”
tidak seperti fikiran yg sentiasa keliru dan terlalu banyak persoalan…
Tidak seperti telinga yang mendengar segalanya tapi sukar untuk mentafsirkannya….
Ikhlas dari Papa Mafia
salam kak jie…
Uikk ada masalah ke, adusss!!, baru balik cuti dan tenang2kan fikiran, ada jee kan masalah, apa nak buat kak jie, kehidupan kita ni kerap kali berdepan dgn masalah yg tidak boleh dijangka….dan ada juga yg boleh dijangka….harap tabah yeaa….eh comeyy lah “lesung batu” yg ada kat kiri kanan pp kak jie tu…ahakss…
Jie,
kita hidup didunia ni..ibarat satu pentas derama..adakala watak yg kita bawa terlalu berat utk dilakunkan.
erm….dah tak tau nak kata ape….:(…duk dendiam je la kat pulau sepi nie….
Sabar K.Jie…
Intan pasti K.Jie dapat decide yg terbaik buat diri K.Jie.
Take Care!
sabar ye kak jie …
setiap org punya masalah tersendiri kan ..
harap kak jie tabah dan makin sihat …
ngape R tak tido hotel jer..
combi kalo gi mane2 mmg tak suke tido umah org walopun sedara sendiri..
biasa dah plan booking hotel..leceh kalo terpaksa susahkan org lain..
jgn ade yg terasa hati pulak sbb ni prinsip combi
alamak… kenapa ni Kak Jie? sedih pulak neeza rasa.. siapa yang zalim sangat buat kak Jie macam ni?
Neeza tak faham sangat apa yang Kak Jie cakap tapi Neeza tahu Kak Jie agak stress..
tenangkan hati ye Kak Jie.. dan fikirkan, bukan seorang saja kawan Kak Jie di dunia ni..
Kalau ada kawan yang cuma nak menyakitkan hati, lebih baik takde daripada ada…
agreed with mz. there is always a price for anything that u had started with.
the decision is yours.
mama
naper nak pas kat TS kat org lain plak..ada prob kerr..
apsal ada kes dengki nie..ermm saper plak kali nak buat taik plak..
ermmm rasa mcm kenal jerr saper yg kat kelantan tue..huuuuiii..
mama ada prob dlm dunia ni kerrrr..
there is a price for something. when u feel the price has gone up or the benefits for what you paid has relatively soured away, perhaps it is time to halt.
there is so much other alternative available. if only we could see. if only we could plan according to our priority. and sometimes we just got to forfeit what we want in favour of what we need …