Nick Vujicic – tiada kata².
Biasanya, kalau berurusan secara formal seperti di kaunter pejabat kerajaan atau urusan bank saya akan terangkan tentang kekurangan diri yang tidak boleh mendengar di sebelah kanan. Rahsianya pernah saya tulis di entri - Email Dari Suami Yang Membuka Rahsia.
Saya tak dapat mencari telefon hanya berpandukan bunyi dering. Selalu berlaku, saya berpusing² mencari telefon yang berdering tetapi tiak dijumpai.
Dua hari lepas, saya hantar kereta untuk di service. Saya buat aduan ada bunyi yang meragui di bahagian belakang.
Mekanik buat test drive dan kemudiannya saya lihat dia membaiki sesuatu di bahagian depan kereta. Bila siap, dia suruh saya test drive.
Bila bawa – tak ada bunyi yang dikesan. Rupanya bunyi tersebut berpunca dari bahagian depan bukan belakang. Nasib baik mekanik bijak…kalau dia ikut saja apa yang saya cakap….tersilap repairlah pula. Sakit kaki kiri, kena potong kaki kanan…hehehe
Kerana sebab² ini, saya sering mengelak untuk berada di dalam majlis yang semua orang nak bercakap. Saya tak dapat fokus kepada satu arah sahaja. Semua bunyi datang dari semua arah.
Kalau kita terjumpa, please say hai di sebelah telinga kiri ye….
Saya OKU
Post Lain Yang Berkaitan:


Saya ada guna video klip beliau pada penghujung kursus kepada peserta sebagai pembakar semangat.
kehidupan dia memberikan saya inspirasi untuk terus berkarya
Jom terjah post menarik dari Juan ..Aku Saintis Kerdil
betul2…kami semua sayang kak jie

Jom terjah post menarik dari mamat ..Polis Sedia Meluluskan Permit Untuk Perhimpunan Bersih-Hishammuddin
be positif. ok noted. thank kak jie. =)
Jom terjah post menarik dari eiela ..Bomoh Penipu
mana ada OKU. terlebih upaya ada kot

Jom terjah post menarik dari syafiq ..Kucing Hutan
baru tahu ni.. feel sad.. tp takpe.. kuatkan semangat!! ramai org yg sayang kak jie.. and it will make u happy!!!
Jom terjah post menarik dari madammondoq ..Anak Hyperaktif=Ibu Darah Tinggi
Tak sangka ye kak jie..takpe..dlm kekurangan ada kelebihan..
Jom terjah post menarik dari Tungku moden ..Stok tungku moden @ Bantal Panas bulan Jun 2011 tiba
Saya takde masalah pendengaran cuma masalah penglihatan tapi masih boleh melihat tanpa bantuan. Rabun tu OKU ke?
Jom terjah post menarik dari azie ..Elianto
takpa kita orang semua sayang kan kak jie

Jom terjah post menarik dari mamat ..Beli Jersi Bola Di JersiBola.my
saya tengok video ni masa pergi satu course dulu..masa tu tengok memang nangis la..saya kagum dengan orang tu..juga ibubapa dia yang boleh didik dia sampai jadi manusia yang positif..
kalau kat malaysia ni..saya nangis masa tengok adik-adikku..yang ada seorang budak mata dia tak nampak..tapi suara dia mengaji sedap..boleh main alat muzik..saya dah tengok banyak kali tapi nangis jugak..dari peringkat saringan sampai final..
saya kagum dengan ibubapa dia yang berjaya didik anak macam tu..
Banyak muhasabah diri…

Jom terjah post menarik dari princessmia ..100% Authentic Coach Poppy
bini saya pun kena jerit2 ckp ngan saya, dia ckp saya pekak padahal saya baru 27thun..huhu dan juga sindrom letak brg, pastu lupa letak kt mana.
Jom terjah post menarik dari gobblogz ..Pondok Di Puncak Gunung (5 Gambar)
Salam kak jie,
Terharu saya tgk video tu..Aduhhhhh……..insaf2..makna nyer kita yang cukup sihat ni xboleh bg alasan langsung yer..
Jom terjah post menarik dari juanita ..“Kenapa aku perlu menjadi seorang pegawai kerajaan?”
speechless… rasanya kita yang dilahirkan sempurna ni pun tak sepositif dia
Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..Hina sangat ke kalau cuma ada SPM?
ketentuan Allah adalah yg terbaik utk kita. kak jie kan?
Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Misi Yang Gagal
Macam tu takde masalah ler. Ada kawan saya ni punya masalah yang sama, ramai yang tak tahu kata dia sombong plak.
Jom terjah post menarik dari Sabahan Bloggers Club ..auto-publish comment
Salam,
Oh sama dengan mak Yan jagak, ok noted pasnie say hi kt telinga kiri

Jom terjah post menarik dari yanmie ..3 Guru dan 30 Murid Tadika SeriKids Di Jadikan Tebusan Oleh Lelaki Bersenjata
Ralat: “sebelah kiri”
Jom terjah post menarik dari azieazah ..Mereka yang Kukenali (8): NIDA di Bumi Albany…
KAK KUJIE, saya tidak rasa itu kekurangan, tetapi suatu yang ditakdirkan dengan pelbagai hikmah tersembunyi. Takpa. Hidup Biar Sedap!
Saya juga ada masalah pendengaran, sebelah kini kurang dengar. Saya banyak guna telinga kanan. Sebab tu saya tak kisah orang panggil saya pekak. Pekak badak lak tuh..
Assalamualaikum.
T____________T
Baru tengok dah nangis-nangisssssssss! Sedihnya.
Bukan semua orang OKU yang ada semangat macam tu.
Tapi dia ni, Subhanallah, luar biasa betullllllllllll!
Errr .. husband saya pun OKU jugak sebab eksiden.

Tapi setakat ni, Alhamdulillah. Dia ok je. Hehehe.
Jom terjah post menarik dari NailahAzman ..Majlis Yang Tak Rupa Majlis Di Konsulat Malaysia, Jeddah
owh..ujian Allah kan..sebab tu Dia bagi kak jie kelebihan menulis(blog)…

Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Hari ini genap 27..
ish.. yeker. tak apa, masih ada nikmat yang perlu disyukuri. positif!
Jom terjah post menarik dari alex adriana ..to all who try to find L.O.V.E
Hidup ini sekejap aje kan. Bila kembali nanti, insyaAllah bila dah tak ada kekurangan, kita akan rindui kekurangan kita di bumi ini.
Rasa meremang bulu roma tengok video tu… fuhh… what a life.
Jom terjah post menarik dari Khairi ..KUBAKOMIK: Persediaan penting sebelum menaiki KTMB Komuter
Tak perlu lagi , masih boleh sesuaikan hidup dgn keadaan yang ada…cuma kalau berurusan secara rasmi, perlu dengar penerangan pegawai kerajaan atau soal jawap penting, kak jie akan beritahu dia keadaan yang sebenar.
Pergaulan harian….masih ok.
Antara nikmat yang diberi – kurang bercakap, lebih banyak mendengar. Sebab perlu lebih fokus untuk tahu apa yang dicakapkan oleh orang lain.
Kurang bercakap kerana kita tak mahu berkomunikasi yang tak perlu…
Kak Jie tak pakai alat pendengaran tu ke? Sekarang harga dah murah dah tu. Perlu pakai gak, nanti orang kata sombong plak tak jawab salam.
Jom terjah post menarik dari Sabahan Bloggers Club ..How to remove 404 error
Satu nikmat sudah ditarik,tapi diberi pula nikmat yg lain..isyallah kalau jumpa kak jie akan disapa sebelah kiri.
Kadang-kadang susah gak nak bezakan bunyi tayar kini dan kanan either depan belakang.Tension gak.
Jom terjah post menarik dari haiqal ..Kenapa aku tak pilih http://www.jiwagua.com?
cuma tak boleh fokus pada satu titik bunyi…bunyi datang dari semua arah

Jom terjah post menarik dari Kujie ..I Love Living Life. I Am Happy.
saya faham, ayah sy pun macam kak jie, masalah pendengaran sebelah telinga. setakat ni ok je, ada yg kurang sikit2 je la…
Jom terjah post menarik dari Azah ..Wordless Wednesday #2
doktor cakap,kekal
dah genap 2 tahun pun, saraf yang rosak
saraf tak baik semula…
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tentang Kamal Affendi (Di Kemaskini )
dah buat MRI, saraf yang rosak…kerosakan kekal.
rasa ok je macam ni, tak perlu kot sebab boleh dengar lagi, cuma ada kurang sikit
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tiket Liverpool Asia Tour 2011
itu bukan kekurangan yang kekal kak jie…masih boleh dirawat…insyaAllah…
ooohh kakjie. begitu ke? ni yang buat lagi ramai orang cayang kakjie nih. okeh, saya akan ingat
Jom terjah post menarik dari jemarioren ..Seterror-terror katak melompat
kak jie, doktor cakap apa pasal condition kak jie? takde penawar ke? hearing aid?
Jom terjah post menarik dari Azah ..Wordless Wednesday #2