Hotel De ART Berdekatan UiTM Shah Alam

BIla sebab nak bercuti kat Shah Alam, rasa pelik. Apalah yang nak dibuat kat Shah Alam tu. Tetapi bila Team Ai Media ajak saya bercuti bersama mereka ke Hotel De ART Shah Alam, tanpa fikir patplohpat kali, saya setuju. Terus susun jadual supaya suami juga dapat balik bercuti pada waktu tersebut dan kami dapat bercuti bersama-sama.

Biasanya kalau nak bercuti, urusan menempah bilik hotel adalah tugas saya. Perkara pertama adalah membuat carian online hotel di Shah Alam. Sangat teruja melihat laman web Hotel De Art. Korang mesti cuba klik dan lihat….ralit sungguh membelek setiap bilik yang terdapat di hotel ini kerana kesemua  58 bilik  dengan tema berbeza setiap satunya. Maksudnya kena klik 58 bilik untuk melihat kesemua hiasan tersendiri bilik tersebut.

Tak percaya, cuba korang klik sini – Hotel De ART Shah Alam.

Hotel-The-Art-Shah-Alam-33

Kami sampai ke Hotel De Art lebih kurang jam 7 malam. Senang saja nak cari hotel ini, lokasinya berdekatan pintu masuk kedua UITM Shah Alam ( Seksyen 7 )

Kalau dari Kuala Lumpur melalui Federal Highway, keluar di susur Padang Jawa dan ambil arah ke UiTM atau I-city. Selepas Hospital Shah Alam ( dalam pembinaan ), ambil simpang ke kiri dan dari situ dah boleh nampak bangunan hotel di sebelah kanan. Kalau terus kita akan sampai ke I-city.

Hotel-The-Art-Shah-Alam-49

Masuk saja ruang lobi hotel, terpampang hiasan cantik bak hotel 5 bintang.  Ruang lobi ini biarpun kecil tetapi sangat comel dan menepati keseluruhan pengaruh seni Eropah.  Cuma satu komen saya – tolong ganti bakul sampah plastik biru yang diletakkan di ruang lobi dengan bakul sampah yang menepati tema.  Benda kecil ini menganggu setiap kali saya mengambil gambar dari sudut luas arah pintu masuk.

Terpaksa crop supaya tak masuk dalam frame.

hotel de art shah alam

Ini bilik saya dengan tema Life is Like A Dream.  Sangat sesuai untuk gaya hidup dan umur veteran macam saya suami isteri.

Seluruh bilik tidaklah terlalu luas tetapi bersih dan lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan seperti WiFi percuma,  TV LCD 32″  dengan saluran Astro terpilih , Telefon Dial Terus, Sistem Kad Kunci Elektronik dan bilik mandi dengan pancuran air panas.

Hotel-The-Art-Shah-Alam-6

Yang paling paling best, pancuran air mandi tu besar. Puas nak mandi di musim air kena catu. Sekali air turun, basah keseluruhan badan yang saiz XXL.  Balik dari hotel, saya terus minta suami tukar pancuran bilik air kami  dengan jenis air pancuran macam ni.

Hotel-The-Art-Shah-Alam-22
Walaupun hotel bajet, pengering rambut juga disediakan.  Penting untuk wanita yang bertudung , perlu keringkan rambut sebelum bertudung untuk keluar semula.

Hotel-The-Art-Shah-Alam-16

Ini adalah ruang diluar bilik di tingkat 3.  Di ruang ini disediakan seterika.

ruang tangka hotel de art

Bukan saja bilik, ruang tangga pun menerima sentuhan yang memukau, kemas dan mempersona.

Hotel-The-Art-Shah-Alam-32

Terdapat sembilan jenis bilik untuk dipilih, sesuai untuk pelancong solo  atau untuk lawatan keluarga.

hotel hello kitty

Hotel de Art mempunyai 58 bilik dengan setiap satu dihiasi dalam gaya yang berbeza.  Biliknya mempunyai pengaruh estetika seperti  Mesir Purba, Eropah dan gaya 1950-an Amerika termasuk juga tema popular yang  diinspirasi dari bintang popular semasa seperti Elvis, Hello Kitty , Micheal Jackson, Hey Mickey atau Lady Gaga.

Untuk setiap penginapan di De Art Hotel, tetamu akan diberikan sarapan percuma di Hailam Kopitiam yang terletak bersebelahan dengan hotel. Sarapan pagi dengan pilihan dari roti bakar, telur separuh masak & set kopi , tuna & set kopi, nasi lemak & set kopi atau set sarapan barat.

Bagi penginap hotel, kita boleh dapat diskaun 10% setiap kali menjamu selera di Hailam Kopitiam sekiranya ditunjukkan kunci bilik sebagai pengesahan.

Lokasi Hotel De Art  ini sangat strategik kerana pelawat dengan mudah boleh mengatur percutian di beberapa tempat pelancongan seperti I-City, Masjid Biru ( Masjid Shah Alam ), Kompleks Sukan Shah Alam, Extreme Park, Taman Tema Sunway Lagoon, Taman Pertanian Bukit Cahaya.

Saya dan blogger lain menghabiskan cuti hujung minggu kami dengan berkonvoi ke Kuala Selangor.  Melawat Bukit Malawati, Taman Alam atau merasai keenakkan makanan laut yang segar dan melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan.

Kalau  mencari hotel berdekatan  UiTM Shah Alam, Hotel De Art ini memang pilihan yang sempurna.   Lokasi hanya beberapa meter dari pintu masuk ke dua ( Seksyen 7 ) dan harganya yang berpatutan.  Pada masa akan datang ,  Hospital Shah Alam akan dibuka berdekaran dengan hotel ini dan sudah tentu ianya boleh menjadi tempat persinggahan kepada keluarga pesakit.

Harga Hotel De ART

  • Standard – 1 Katil bujang ( tiada tingkap) RM 88.00 .  Ahli RM 78.00.
  • Superior – 1 Katil Queen ( tiada tingkap) RM 138.00.  Ahli RM 128.00.
  • Superior Deluxe/ Twin Superior – 1Katil Queen / 2 Katil Bujang (bertingkap) RM 158.00.  Ahli RM 148.00.
  • Superior Deluxe Partial Lake View – 1 Katil Queen Partial Lake View RM 168.00. Ahli RM 158.00.
  • Twin Superior Partial Lake View – 2 Katil Bujang (Partial Lake View) RM 168.00.  Ahli RM 158.00.
  • Triple Room – 1 Katil Queen + 1 katil bujang ( tiada tingkap) RM 188.00.  Ahli RM 178.00.
  • Family/ Vip – 2 Katil Queen ( bertingkap) RM 218.00 .  Ahli RM 208.00.

* Semua harga di atas termasuk cukai dan caj perhidmatan.
* Tambahan RM 10.00 ketika hujung minggu ( Jumaat & Sabtu) dan cuti sekolah.
* Tambahan RM 20.00 waktu sibuk ( malam perayaan dan cuti umum, UiTM Konvokesyen).
* Harga AHLI hanya diberikan kepada tetamu yang pernah menginap. (hari biasa sahaja).



View Hotel De Art Shah Alam in a larger map
Alamat Hotel De ART Shah Alam : 3, Jalan Kristal AS7/AS, Section 7 , 40000 Shah Alam, Malaysia
Telefon No : 03-5518 0975
Facebook – Hotel De ART, Msia’s Coolest Hotel
Laman Web – Hotel de ART Boutique Hotel

tasik seksyen 7 shah alam

Nota Pengunjung :  Bawa pakaian yang sesuai untuk bersukan.  Di hadapan Hotel De ART terletak Tasik Seksyen 7 yang sesuai untuk berjogging atau beriadah aktiviti sukan  di waktu pagi atau petang.  Atau sekadar merehatkan diri menikmati saat tak terduga seperti di dalam gambar di atas!

  1. Pernah menginap beberapa kali kat hotel ni. Tema pertama, tema Star Wars. Huhu. Memang menarik, sampai katil pun ikut tema alam semesta. Dan ada potret Star Wars.

    Hari lain dah lupa pilih tema apa. Tapi memang convenient. Lagi satu, hotel ni bawah tu ada dobi Clear Pro, sesuai untuk long distance traveller macam saya yang nak cepat basuh baju.

    Dan ada my media in case ada nak beli brg keperluan seperti berus gigi dan ubat gigi
    Jom terjah post menarik dari Khadeejah Hasmad ..Cara Nak Daftar & Jadi Ahli Shaklee Dengan Harga Hanya…My Profile

  2. Saya plan nak pergi I-City minggu depan. dah search lokasi hotel ni, memang dekat sangat!, terima kasih memperkenalkan hotel ni pada saya.

  3. alamak! Semenjak tahun lepas lagi aktiviti tidur hotel belum dibuat lagi.. hmmm
    tengah mencari dan merancang masa yang sesuai ni..

    kat mana pula holiday kali ini ek?
    hehhehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Sungai Jin Berpuaka?My Profile

  4. Pingback: Hotel De ART Berdekatan UiTM Shah Alam | kujie2.com

  5. Menarik sungguh penampilan hotel ini. Saya pertama kali dengar semasa tonton satu rancangan di TV3 … yang ada menyebut nama hotel ini. Ada potensi nampaknya walaupun dari luar tak nampak serupa sebuah hotel yang ada taste tersendiri.

    Terima kasih kak kujie .. lepas ni leh jadi pakar review hotel la pulak .. memang best entri ni.
    Jom terjah post menarik dari Hasrul Hassan ..Pakar SEO Blogspot MalaysiaMy Profile

    • Kalau dari luar memang kita akan nampak macam hotel bajet biasa
      cuba tengok lobi……………….WOW! tak sangka
      bilik pun luas mcm hotel bajet yang biasa kita pergi tetapi tema yang ditampilkan cukup membuatkan hotel ini lain daripada yang hotel lain.

      Kita ada banyak pilihan , sudah tentu kita cari yang berbaloi dengan wang yang dikeluarkan
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hotel De ART Berdekatan UiTM Shah AlamMy Profile

  6. menarik kak…

    tentang pancuran air tu kami beli yang lebih kurang sama..ada 2 pancuran..yg kecil di bawah dan besar di atas.. dan ada 3 option boleh guna.. sama ada guna yg kecil je (utk anak2), atau guna yg besar dan atau guna dua2 sekali..jenama alpha di senheng tengah ada promosi kak..
    harap membantu.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari rozita ..Menulis di Tanjung PiaiMy Profile

    • Betul betul..sebelum ini tak ada landmark hotel bajet yang ada di shah alam
      bila sebut Shah Alam, tak dapat nak masuk dalam map mana satu hotel yang sesuai
      harapnya Hotel De ART ini dapat menjadi icon yang sesuai..bila sebut hotel di Shah Alam orang dah boleh gambarkan hotel ini
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hotel De ART Berdekatan UiTM Shah AlamMy Profile