Angah Tak Malu Ke Macam Bangla Tesco?

gambar  dari dalam kereta….kotornya cermin

Selepas dia pindahkan barang² ke dalam kereta – Angah hantar troli pada tempat yang disediakan. Agak jauh…

Dalam perjalanan ke tempat khas …dia kutip 4-5 troli pengunjung lain yang ditinggalkan bersepah² di belakang kenderaan lain. Pentingkan diri sendiri, kereta dia lepas…dia block kereta orang.

Bila dia balik semula ke kereta saya tanya

” Angah tak malu ke……….macam Bangla pekerja Tesco je … dahlah baju merah macam uniform ”

” Jadi orang Malaysia pakai kereta mahal² , sekolah tinggi² tapi kesedaran sivik tak ada lagi malu”

Itu pandangan anak berumur 16 tahun.

Hinakah Bangla ?
Tinggi sangatkah darjat kita yang malu untuk buat baik?

©kujie – tak perlu salahkan internet, tak perlu salahkan pihak sana pihak sini kalau kita orang dewasa pun gagal memberi contoh yang baik pada anak muda.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Anonymous says:

    Saya adalah leader di salah satu tempat membeli belah terkemuka di ibu negara.saya juga tak segan untuk mengetuai team2 “trolly colector /pusher”yang kebanyakkan pekerja saya adalah rakyat asing bangla atau nepal ….walaupu customer nampak lekeh kerja saya…tapi saya bangga kerana saya bekerja dengan ikhlas utk rezeki halal.

  2. hoho..selalu nampak bersepah kat ruang parking. Tapi bila masuk pasaraya, mulalah bising, mana troli ni. Tak ada ker..
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..3 Kereta Proton yang Kacak dan HandsomeMy Profile

  3. kuku-ku says:

    tu ler… anak-anak yang dididik di sekolah ngan siviks tapi kalu tak dipanjangkan ngan teladan dan penegasan dari rumah, tak berguna le didikan sekolah tu.tahniah kujie berjaya memanjangkan n menegaskan ajaran di sekolah dengan praktikal di luar sekolah, harap ibu bapa lain ambil perhatian ini. 😆

  4. Allah . Bagusnya Angah !

  5. mmg benar kata2 angah tu.. selalu gak kena.. lau tak nak hantar balik pun jgnla block kete org lain..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Deposit CekMy Profile

  6. terbaek la Angah!

    kadang-kadang, buat baik pun susah.
    orang mengata.

    tapi lagi oke dari kena mengata sebab buat jahat.
    Jom terjah post menarik dari Hanis ..6 Almost Beautiful WordPress ThemeMy Profile

  7. tumpang banggadengan angah!hasil didikan kak jie 😆

  8. bagusnya kak jie ade anak macam angah. suka dengan jawapan dia. bangganya jadi ibu kepada anak tuh kan.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Menteri Tegur Artis Berpakaian SeksiMy Profile

  9. bangge ade anak macam ni 🙂
    Jom terjah post menarik dari NoktahHitam ..Step 20- Preparing the Base of HantaranMy Profile

  10. hahaha…hambik ko kena selepuk..hehehe

    kebiasaannya isteri maza yg menolak troli itu, dan maza relaks dalam kereta gitew.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s BlogshopMy Profile

  11. Tahniah K.Jie sbb berjaya mendidik anak seperti angah.

  12. selalu alami mcm ni, tadi lepas gi tesco puchong pun tangan ni gatal je nak letak kat tepi keter, tapi bila nak letak terasa bersalah, lantas pergi hantar semula ke tempat letak troli, huhu
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Video kebakaran kedai spare part kereta di tepi lebuhraya damansara puchong maxis10My Profile

  13. hahah angah memang terbaik la..
    Orang kita memang sering memandang benda Muli ni hina dan hina tu mulia..
    Jom terjah post menarik dari dnoBiz ..Gejala Sosial – Ibu terkedu 2 anak dan kekasih dalam bilik tidurMy Profile

  14. orang malaysia ramai yang malu nak tolak troli ke tempat yang disediakan..
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..Niquitin mampu jinakkan perokok tegarMy Profile

  15. Anak-anak ini kena didik dari kecil supaya ia menjadi tabiat
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Pulang ke kampungMy Profile

  16. Tentu sejuk hati ibunya melihat gelagat anak yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Dulu semasa troli kena bayar deposit rajin juga tolak dapatlah duit sikit bagi setengah-setengah orang tidak kisah untuk memulangkan semula ke tempat troli

    Tak buat belanja pun duit guna semula untuk kegunaan deposit troli 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Persiapan persekolahan abang NgahMy Profile

  17. Saya cemburu dengan ibubapa yang ada anak-anak bersivik tinggi. Masih mencari-cari ramuan terbaik dalam mendidik anak-anak saya kak.

    Sivik yang tinggi bukan datang dari Ijazah atau mana-mana sijil bertaraf tinggi, tapi dari kesedaran dan keterbukaan ‘minda’ – bukan pakaian 😛
    Jom terjah post menarik dari zzeffa ..Semak Projek 200My Profile

  18. respek kat angah…susah nak jumpa orang macam angah sekarang.

  19. princeduyong says:

    pandangan yang sangat bernas…hasil didikan hebat…
    Jom terjah post menarik dari princeduyong ..NUFFNANG OH NUFFNANGMy Profile

  20. Dulu saya pun berpikiran mcm tu. Pandang slek sikit kat rakyat asing ni. Tapi bila dah kenal secara peribadi…diorg pun manusia jugak. Dtg msia unt cari rezeki…duit dkt 10ribu hbs semata2 nak dtg kerja sini. keje takdela seberapa sgt…tp itulah..sekurg2nya mereka berusaha..dari kita ni yg dah lahir2 je sng lenang..haih!
    Jom terjah post menarik dari fazemy ..Tempat-tempat Menarik Di Penang 2My Profile

  21. kalau semua org ada kesedaran mcm angah kan bagus.
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Semoga Kita Berjaya Dunia AkhiratMy Profile

  22. Bangga dengan pemikiran anak muda seperti angah! Didikan perlu datangnya daripada semua aspek, semua pihak dan semua tempat 🙂
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Bila tahi lalat banyak di kakiMy Profile

  23. princeduyong says:

    waaah…pandangan yang sangat bernas…hasil didik yang baik tu.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari princeduyong ..NUFFNANG OH NUFFNANGMy Profile

  24. me-layu masih bangga comolot di tempat awam dan buat blog meracau (juga, segelintir ye) 😆
    Jom terjah post menarik dari Affuan ..STOP!My Profile

  25. Bangla datang ke Malaysia mencari duit halal sdgkan Melayu belum tentu sumber pendapatannya halal (segelintir ye). Kadang2 org selalu pandang rendah kat org Pakistan jgk,tp bila tgok latar blkg,rmai yg lepasan universiti.huhu
    Jom terjah post menarik dari adele ..Islam Melayu Paling Tidak Sensitif Perayaan Agama LainMy Profile