Berprasangka Atau Berwaspada

Saya memandu, dia disebelah sedang bercerita. Tetiba dia cakap…

“ehhh…ehh…kejap kejap…Angah nampak orang curi dompet. Angah nampak dia campak beg duit…. tapi…..bukan dia curi kot. Mungkin tu beg duit dia sendiri. Dia beli yang baru kemudian dia buang /campak beg duit lama. Dia bukan buang atau campak tetapi dia lurutkan jatuh secara perlahan-lahan…. mama ….. dia curi beg orang ke dia buang dia punya?”

Apa saya nak jawap? Saya perlu mengajar anakΒ² untuk berprasangka baik tetapi dalam masa yang sama perlu juga mendedahkan diri mereka dengan beberapa perkara yang perlu untuk berwaspada.

Kalau saya cakap, jangan berprasangka buruk dengan orang kemungkinan dia akan membesar tanpa mengambil peduli persekitaran untuk menjadi warganegara yang perihatin. Boleh abaikan sesuatu yang dia nampak mencurigakan.

Kalau sebaliknya, kita tak ada bukti jelas dan nyata. Tuduhan dan prasangka buruk itu amalan tidak baik.

Mendidik anakΒ² tentang akhlak tidak sesenang mengajar mathematik atau fizik yang siap ada hukum kekalnya.

pemandangan tengah laut

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Berprasangka Atau Berwaspada”

  1. Setuju ngn Kak Jie. Mendidik anak2 tentang akhlak mmg begitu mencabar. Lebih2 lagi kalau macam saye yg hantar anak2 ke taska. Macam2 jenis perangai yg ada. Ada jugak yg tak baik terlepas di bawa balik. Jenuh juga nak kena neutralkannya.

    Prasangkan@waspada. Saye pilih 2-2. Biarlah prasangka baik sentiasa tp kena juga ada yg buruk (ikut suasana dan situasi). Waspada sudah tentu kena ada.
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Bila bersin tertutup mata, bila CINTA?My Profile

  2. saya sokong cikgu. Mungkin boleh ditafsirkan “bersangka baik dgn bijak” tu sbg bersangka baik mengikut keadaan. Jika nampak mencurigakan seperti org buang beg duit secara curiga, tak salah untuk periksa beg duit yg di buang tu.

  3. susah juga nih, takutnya.. selalu jugak tengok saudara mara mengajar anak masing-masing. besarnya tanggungjawab.

  4. selagi tidak mempunyai bukti yang concrete, bersangka baiklah tapi kekadang human behavior ni mudah nak baca.
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..MelayuMy Profile

  5. Assalamualaikum,
    bersangka baik jadi keutamaan, bersangka buruk juga kena ada untuk jadikan kita manusia yang lebih hati-hati serta waspada. Maksudnya: sebelum terkena perlu hati-hati, tapi kalau dah hati2pun masih lagi terkena, maknanya; itu memang dah takdir yang disuratkan πŸ˜‰
    Jom terjah post menarik dari anyss ..Taktik dan Cara Terbaru Buli Di JalanrayaMy Profile

  6. Saya berpendapat, biarkan dia berprasangka baik. Lambat laun dia boleh menilai sendiri yang mana baik dan buruk.

    Saya pernah buang dompet sendiri, tapi yang kosong dan uzur.

  7. Ketika dikolej pensyarah saya selalu berpesan kepada kami selalu bersangka baik walaupun kita tahu tabiat sahabat ini sejak azali memang sukar ubah.

    Benar sekali susah sekali kita hendak bersangka baik terhadap orang lain. Mungkin ada benar pepatah barat berbunyi,”Dont judge a book by its cover”.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Ada apa pada WordPress 3.3?My Profile

Comments are closed.