Betul Ke Tak Boleh Panggil Mama?

Ustaz kata tak boleh panggil mak dengan panggilan ‘mama’

Adik saya baru telefon, dia mengadu…. anak dia seusia Intan (12 tahun ) bagitahu ustaz di sekolah cakap tak boleh panggil dia dengan panggilan mama sebab mama untuk mamalia.

Pengsan!  Ajaran sesat dari planet entah mana.

Seumur hidup saya, belum pernah terjumpa mana-mana dalil yang mengklafikasikan panggilan emak.  Tinggi sangat silibus yang ustaz ajar untuk murid sekolah rendah.

Orang Ukrainian panggil mama, Mati .

Sesiapa ada  dalil atau sirah yang boleh dipercayai atau bukti  CSI , MythBusters atau Clever! tolonglah jelaskan hal ini.

Qalbu (hati )  atau kalbu (anjing)?

©kujie ~ tak sihat dari pagi – nak highlight isu ini  minta pendapat.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Fahmi Raazali says:

    betul tu… kadang2 benda mudah jadi susah… kesan bila internet disalah guna…
    Jom terjah post menarik dari Fahmi Raazali ..Kesan Apabila Hosting-Server DownMy Profile

  2. muhammad fakhruddin says:

    Sangka baik,ustaz tu bergurau je 😉
    Cuma macam tak kena dia nak bergurau dengan kanak-kanak yang belum faham gurauan dia tu.
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Penunggu Bernama BukuMy Profile

  3. Kak Leha says:

    Anak akak pun cakap mcm tu…lepas tu anak2 akak pun mula tukar panggilan mama kepada ummi. Tergagap-gagap ..ahh menyusahkan. Anak yg kecil plak kata, mama tak sesuai le ngan panggilan ummi! kenapa? sb ummi utk ustazah je.hahaha.

  4. Ntah pape la ustaz gitu. ustaz pn ramai yg pening zmn skrg ni, yg kesiannya anak murid la yg jd mangsanya.

  5. Abg ada kawan Ustaz. (huruf besar dipangkal tu) 😎

    ➡ Abg jugak ada musuh, pun ustaz…

    Yg ke dua ni memang tak boleh pakai (Lillahita’aala) ❗

    Agaknya yang buat fenin dan serabut ni termasuk dalam golongan yg ke dua tu la… 👿
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul ..Apa bezanya YOU shift DENGAN I -Shift My Profile

  6. princessmia says:

    macam2 ada sekarang ni… :mrgreen:

  7. Mungki Ustaz beranggapan Mama untuk panggila anak orang barat untuk penggilan ibu. Saya pun tak tahu nak komen apa kerana saya panggil ibu saya dengan panggilan emak sahaja

  8. heran, ustaz mana la tu ckp mama tu mamalia. cukup kujie pi cek kat sekolah dan sekolahkan ustaz tu.

    sy sekolah rendah dulu2 ada juga ustat bangang.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Pembaziran itu amalang setangMy Profile

  9. susah juga bila benda melibatkan anak kecil, panggilan itu hanya untuk menggambarkan seorang ibu, bukannya bermaksud ataupun mama itu mempunyai maksud yg tak elok, hish susah2

    anak sy panggil mak dia mama, dah susah2 nak latih dia sebut mama lepas ni nak kn latih balik? oh tidak
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Daftar Teman pili bomba di Website Rakan Pili Bomba JBPMMy Profile

  10. agenda freemason kot.. 😆
    Jom terjah post menarik dari Ezany-Kun ..Semak Saman Trafik Dengan MudahMy Profile

  11. Cik Norfa says:

    hahaha..lawkala rustaz ni. mamalia perginya…

    camtu taklh ler panggil ummi..itu singkatan untuk Sumi-jelly…kah3…
    emak pun tak boleh..tu untuk semak tu…issk3..suh ustaz tu rungkaikan skali semua ni…

    macam2 lah…cian kat anak kak jie

  12. sampaikan salam saya kat ustad tu. moga diperjelaskan agar tak jadi isu antara lawak atau pandangan ‘ilmiah’ 😉

    saya pun nak buat ‘fatwa’ la, tak boleh panggil umi kerana umi dalam bahasa jepun = laut. 😆
    Jom terjah post menarik dari syafiq.net ..PhotoMy Profile

  13. kalau umi dalam bahasa jepun jadi laut 😆

    lauttt ooo lauttt~ 🙄
    Jom terjah post menarik dari syafiq.net ..PhotoMy Profile

  14. ustaz tu melawak ja kot..budak2 biasalah…
    Jom terjah post menarik dari ieda ..KISAH KEMBARMy Profile

  15. adakah IBU membawa maksud IBUKAKI? mengarut!!!! pasni kalau kawen saya nak mintak anak2 panggil BONDA la…. he he…..

  16. dinsblog says:

    adakah disebabkan 4 perkataan awal dia mama…terus jadi mamalia? buat pe la nak complicatedkan keadaan.

  17. amma….. orang Kelantan panggil Mok kan?
    merepit2lah….kalau sembang kat kedai kopi tak apalah juga

    ini bagitau murid satu kelas
    apa lagi…dia dah rasa bersalah, nak ikut cakap ustaz yang sanggat dihormati atau mak dia yang dok rumah tak kerja apa2 😆

  18. *siram air sebaldi* 😆

  19. Kak Jie yg tengah sakit kepala semalam pun terus pengsan!

    ghehe

  20. eh…Umi Aida, Umi Hafilda Umi Nazeera 😆

    yang mana satu…..?

  21. Masa adik call bagitau tu.. Kak Jie dok baring baru telan panadol…memang sakit kepala satu hari semalam

    tapi dia minta highlight benda ni…cuba juga menaip ringkas

    rasa mcm…eh…ape ni…. benda remeh mcm ni nak cakap kat sekolah 😐 tapis2 lah sikit

  22. Betul…. tapi itu budak sekolah rendah, belum akil baligh
    terima bulat2 apa yang dicakap… lari balik rumah berpeluh2 nak bagi tau mama dia 😆

  23. Kak Jie pun dipanggil mama…. kalau ada pendapat janganlah dibincang dgn murid sekolah rendah

    dia balik sekolah je..teruslah cakap apa yang ustaz dia cakap

    tak ke pengsan mak bapa yang dah bertahun2 sejak lagi dipanggil “mama”

  24. LOL. lawak banget la ni kak.
    Jom terjah post menarik dari wawa ..Learning beyond schoolingMy Profile

  25. Si Wani tu yang mengadu…dia call mama dia cakap ‘adik dah tak leh panggil mama, mama lagi..ustaz cakap tak boleh’

    kang pengsan kita dibuatnya

    bab qalbu dan kalbu tu pun ada gak baca isunya – tentang huruf ‘kaf’ dan ‘qaf’
    tentang terjemahan hati, jantung dan anjing…tu letak isu saja nak suruh org p cari info
    tengok depa perasan ke tak
    besalah kak jie..hehehe..ada mcm2 dlm kepala nk tulis tapi malas…

    baguih cek ni….nampak benda kecik tu

  26. 😆 😆 😆 😆 😆 😆 😆

    aiseh ustaz ni pun.. mende mudah dah disusahkan…

    bukanke semuanya bergantung pada hati, pada niat…

    sepatutnya islam agama yang mudah, tapi diserabutkan dengan benda2 yang remeh.

    teringat lawak bapak saya dengan cucu dia
    anak buah saya panggil mak dia dengan panggilan ibu

    bapak saya melawak dengan dia,
    “isk, ibu tu kan utk ibu kambing…”

    melalakla budak tu!!! 😆
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..Coki meet alyMy Profile

  27. antudegil says:

    memang LULZ untuk pagi jumaat. Mana punya ilmu encik serbanis tu pakai? atau dia nak dogmakan untuk tukar dari mama ke ummi? Baru islamik. Baru la tak ada illuminati. Baru la takde masonic. LULZ!!
    Jom terjah post menarik dari antudegil ..Asal Usul Kelahiran Angry Bird Dibongkar!My Profile

  28. eyriqazz says:

    x boleh panggil mama?tak pernah terdengar pula..anak saya panggil wifey mama…i love that panggilan…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Dalam Hati Ada TamanMy Biggest Cheque from NuffnangMy Profile

  29. kadang2 ustaz2 ni suka buat tafsiran sendiri atas sebab diri dah bergelar ustaz.
    Jom terjah post menarik dari Amirez ..Antara Maxis Broadband dan StreamyxMy Profile

  30. terasa saya coz nama saya marlia..so kalau anak pgl mama..mama marlia@mama lia, dah deka ngan mamalia dh tu.. 😛
    Jom terjah post menarik dari marlia ..Kes buang bayi lagi!My Profile

  31. ish tak pernah dengar pun benda mcm ni sebelum ni..ng kata tgh peyed, tp ustaz..hmmmm 😆
    apa2 jer lah ustaz oi
    Jom terjah post menarik dari onie ..Diskaun saman trafik dilanjutkanMy Profile

  32. rasanya ustaz tu buat lawak kot.hehehe

    anak saya panggil wife saya mama.
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Tips Diet-mengapa tak boleh makan buah ketika diet sd2My Profile

  33. saya da baca kat internet pasal tak boleh guna perkataan salam tu. menyusahkan betul la orang camni.internet kalau disalahguna jadi camni la.
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Tips Diet-mengapa tak boleh makan buah ketika diet sd2My Profile

  34. Boleh. titik!

  35. deCrewz says:

    Lorrr… Berkurun2 penggunaan mama, baru sekarang kata x boleh.. Kalau ustaz ismail kamus kata xblh barulah caya, kalo ustaz lain kata tu, ermm.. ssh nak caye..he3
    Jom terjah post menarik dari deCrewz ..Undian Pencarian 10 Blog Tercantik 2011 Bermula Kumpulan 1My Profile

  36. saya panggil emak je…
    Jom terjah post menarik dari aRoL ..Wheelcha BaruQuickie NeonMy Profile

  37. Pelik la Cikgu ni..org Arab pun panggil mak dia mama.. Nak kata dia guna English, mamalia in English mammals. Hemm..
    Jom terjah post menarik dari Bb Hussain ..Rawatan gigiMy Profile

  38. Ish… terkejut kita !
    Mujur tak pengsan kat sini!
    Kalau anak kita panggil mummy atau ama, pun tak salah, asal niatnya bermaksud ibu. Anak-anak Tie tu panggil ikut mood. Kekadang panggil maaaa…. je, dan kalau nak bodek, panggil mummy.terutama Wanie tu.

  39. Mengapa nak panggil ummi?

    APa kata pggl amma?

    Minda kecil melihat benda kecil.

    Saya pakai baju melayu, seluar slack, t shirt, makan nasi lemak, dan cakap melayu. Absyar panggil emak dia ibu.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Cinta itu buta – tips cara-cara nak rampas suami orangMy Profile

  40. Pengsan juga!

  41. sabahbloggers says:

    Mamalia? Biar betul Ustaz tu? 😮 gila ka apa?
    Jom terjah post menarik dari sabahbloggers ..Facebook Crush NotifierMy Profile

  42. oh gitew…

    kenan tukar lah ni… kena panggil ummi.. heheheh

  43. HAHAHAHAHA lawak pulak 😆 😆 sampai xtau nk komen 😆
    gelak guling2…

  44. denaihati says:

    Pondok manalah ustaz tu belajar cuma kekadang ahli tasauf ada padangan yg lebih ketat lagi.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..iPad 2 MalaysiaMy Profile

  45. Tak de la nampak apa kesalahannya memanggil ‘mama’ tu. Mungkin itu pendapat peribadi yang boleh meracuni fikiran anak2. Semua itu bergantung pada niat kan.., kalau untuk memanggil ibu dengan panggilan manja.. apa salahnya

    Tapi my own, suka memanggil dengan perkataan berciri kemelayuan,
    macam ibu atau mak ke….

  46. sama lah macam hari tu kecoh kata tak boleh guna ‘salam’. padahal memang lafaz salam tu dari perkataan ‘salam’, in fact its one of the 99 nama Allah. kenapa lah orang suka nak menyusahkan benda mudah?

  47. Hah?? Mamalia 😆 memang lawak antarabangsa dari beliau.

    Senario lain: Dr Maza dlm artikel dia cakap BM telah tafsirkan qalbu dengan salah.. Kata dia Qalbu adalah jantung… BI translate dengan betul qalbu=heart. Wallahualam…tetiba teringat artikel ni hehe.
    Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Intai Khamis Yang Lalu My Profile