Bila Anak Bujang Jatuh Motorsikal

seluar koyak
Angah balik dari majlis open house kawan dan tunjukkan seluar jeans yang terkoyak di lutut.

“Jatuh? ”
“Langgar orang?”
“Kena Langgar?”
“Teruk?”

Mak-mak…ok. Semua dia nak tanya dalam satu nafas.

Dia hilang kawalan dan tergelinncir kerana pasir-pasir di tepi jalan.  Sesiapa yang kerapa melalui Jalan Batu Arang ke Rawang akan faham keadaan jalan di kawasan ini.

Syukurlah dia tak apa-apa.  Jeans saja terkoyak dan dia pakai jaket tebal.

Selepas terjatuh, dia cepat-cepat gulingkan diri ke arah tepi jalan.  Nasib baik tak ada kenderaan rapat di belakang.

Kebetulan juga dia jatuh berdekatan bengkel motor, terus baiki kerosakan di situ.  Tak rosak teruk, cuma cermin pandang belakang dan pemegang brek.  Kos kerosakan berjumlah RM 33.00 tetapi dapat harga diskaun RM 29 sebab itu saja duit yang ada dalam dompet dia.

“Mama nak suruh abah beli kereta”
“Sikit saja ma… relex lah..”
“Semua mak-mak akan risau macam mama juga tau… kalau Angah jadi mak pun akan rasa macam mana mama rasa…”
“Tak mungkinlah Angah nak jadi mak…”

Ha ha ha… terbabas! Berleter pun boleh tergelincir.

Tahun pertama Along di universiti dan berulang alik dari Kajang setiap minggu pun pernah sekali terlibat dengan kemalangan di MRR2. Tak sanggup melihat setiap hujung minggu saya berdebar tidur tak lena tunggu anak baluk dari kolej, suami belikan kereta. Bukan kereta baru pun, kereta terpakai keluaran negara.

Dulu anak-anak di bawah ketiak, dari tadika sampailah ke sekolah menengah hari-hari saya hantar dan ambil Sekarang bila anak-anak mula keluar untuk tempuh kehidupan dan pengalaman hidup mereka sendiri, suka tak suka kita kenalah lepaskan.

Semua mak akan selalu rasa macam ni… tak kiralah anak tu tapak kaki sebesar dua jari maupun anak dah dewasa dan berkerluarga sendiri.

Jadi anak-anak yang di luar sana janganlah rasa terkongkong atau rimas apabila mak jadi busy body nak tau apa yang anak buat atau di mana anaknya berada sekarang.  Mak ada deria ke-6 , detik hatinya dapat kesan sesuatu yang menimpa anak-anak.

Nota : Ustaz Azhar Idrus pun katanya kemalangan juga pagi tadi.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. zaidi aziz says:

    saya baru eksiden semalam 30/12/13.salah sy jg sbb tak bagi lampu signal ke kiri apa lagi kena langgar dari bahagian kiri.nasib yang putus dia punya kabel meter,klu urat putus mmg inalillah la jawabnye nasib badan,motor baru beli lak tu tp syukur sbb tak apa2 nasib la jatuh kiri jalan klu tgh jalan dah arwah kot.gara2 mengidam nak makan keropok lekor terus kena langgar terus hilang semangat

  2. mak-mak mana pun memang akan risau…

    sebagai rider kental itu dah makan pakai…hehehe…jangan marah mak
    Jom terjah post menarik dari daddydee ..Blogger Sebagai KerjayaMy Profile

  3. syukur takde apa2, mmg anak cenggitu takmo mak2 risau lebih 😉
    Jom terjah post menarik dari ajumohit ..Majlis rumah terbuka serba sederhanaMy Profile

  4. mak gua dulu..bawa moto pun tak bagi. Lagi sedih..waa..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Ejam Othman – Blogger yang kacak lagi penyayang.My Profile

  5. saya pon pernah jatuh motosikal, teruk juga
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Resepi Spaghetti Bolognese Maggi SedapMy Profile

  6. dulu masa bujang PM ada juga jatuh motor kerana pasir di tepi jalan juga, masa tuh nak ambik cornar…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Cerita Raya Ke-11My Profile

  7. Sejak ada anak ni memang faham sangat apa di dalam hari sorang ibu/ayah.Kalau ayah,luar nampak cool tapi dalam tuhan saja tahu betapa risau nyer 🙂

    *pernah eksiden tapi berjaya suruk dari mak,sebab tak nak dia susah hati dan risau.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Kisah Raya – Buat LemangMy Profile

  8. alamak,banyak nya soalan angah nak kena jawab..hehe
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..KELEBIHAN PUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN SYAWALMy Profile

  9. jatuh motor ye. takpe.. baru la anak jantan jatuh moto kan
    Jom terjah post menarik dari zool ..Kahwin – Benarkah kos menyebabkan ramai lelaki lambat kahwin ?My Profile

  10. Betul tu Kak Jie, mak2 dengan kerisauan pada anak2 tak dapat nak lari. Kadang2 saya jadi stress dek kerana terlalu memikirkan anak2 sebab saya selalu sahaj fikir benda2 buruk.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Salam Aidilfitri Kad Raya Pengganti DiriMy Profile

  11. nice post and great blog,nice to meet you
    Jom terjah post menarik dari Nami Chan ..Pengertian Tenaga KerjaMy Profile

  12. Myparent pun sama jugak…hingga sekarang SA dah x berani bawak kereta dah..asyik jadik mem duk kat belakang
    Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Aidilfitri 2013 -Raya PertamaMy Profile

  13. Alhamdulillah anak akak tak pape..seorang ibu memang camtu..pantang dengar anak ade luka sket risaunya macam dah teruk sangat..dulu saya pun selalu gelakkan mak saya sebab panik tak tentu pasal..tapi sekarang bila dah jadi seorang ibu saya pulak yang jadi macam mak saya dulu..hehe

    Jom terjah post menarik dari erni dinasyahmi ..Masalah Penyusuan – Saluran Susu TersumbatMy Profile

  14. Kalau kes jatuh motor biasanya anak lelaki tidak mengdu nanti jatuh ego. Simpan esok baru beritahu ibu apabila mula kesakitan’ bongkar’.

    Masih teringatkan tergelincir disebabkan minyak lori bocor diatas jalan raya di depan lampu isyarat.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Membidik Silvery Lutung di Bukit MelawatiMy Profile

  15. kita….mak-mak nie memang risau kalau anak accident, macam anak lelaki saya banyak kali accident, paling teruk kena hentam dengan keter melambung then peronda POLIS bawa gi hospital, x-ray, nasib baik luka sikit….takut call maknya pesan dgn kawan jer…..now my son dah masuk army…nasib baik accident tu tak teruk kalau tak army tak lepas kalau ada patah-patah………huhu
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.comMy Profile

  16. Isk, risau seorang ibu ni memang lain kan kak. Macam kecut aje perut kalau dengar apa-apa berlaku dekat anak. Tapi anak akak bijak sebab dia cepat2 ke tepi jalan. Bahaya bila dah terjatuh motor di tengah jalan ni.
    Jom terjah post menarik dari Nia ..Set Budget Shaklee : Set Kesuburan ShakleeMy Profile

  17. Alhamdulillah dia tak cedera teruk. Memang kerisauan ibu tiada batasnya…bebelan seorang ibu kerana prihatin. Anak saya pun ada cakap “nasib baik” tak berlanggar…perkataan “nasib baik” tu pun dah buat kita susah hati..
    Jom terjah post menarik dari Hannyabdullah ..RUMAH TERBUKA ADZA IRDAWATI DAN MARTIAS ( BICARAMAKDARA.COM)My Profile

  18. Syukurlah anak Kak Jie tk apa2 nie, semoga bisa menjadi pelajaran yang berharga baginya..
    Jom terjah post menarik dari Rina ..Best List of Free Download Responsive Themes for Blog, Business, Magazine WordPressMy Profile

  19. memang begitu lah yg namanya mak … faham apa yg kak jie rasa bcoz saya juga mak yg ada anak bakal tempuh jalannnya sendiri 2,3 tahun lg. Heii risau Tuhan yg tahu
    Jom terjah post menarik dari Dja@SisHaza ..CERITA SOYA, CINCAU DAN TEMPEMy Profile

  20. nasib baik takde pape..beli je kereta, sekurang2xnya selamat. naik motor kat bandar2x ni risiko bahaya tu tinggi..
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Percy Jackson Sea Of Monster Sebuah Filem RinganMy Profile

  21. Sekarang nie macam dah kurang selamat kalau naik motor,,,naik kancil lebih selamat sikit. Mujurlah tak ada kecederaan teruk.
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Nuffnang CPUV(Cost Per Unique Visit) Campaigns 7 Dan 8My Profile

  22. jatuh bangun dalam kehidupan, memang ibu dengan bebelan tidak dapat dipisahkan.
    jangan rindu pada bebelan itu saat ianya sudah tidak lagi boleh didengari..
    apa susah mak bebel kita dengar, kalau rasa tak tahan kita peluk jer mak tu tanda kasih dan sayang kompom senyap kejap…kejap jer pun…haha
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Beraya Dengan Hot Wheels Wall TracksMy Profile

  23. Alhamdulillah tidak teruk..naik motor ni memang mencabar lagi2 jalan atau cuaca tak elok
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Selamat Hari Raya dan Selamat Hari UlangtahunMy Profile

  24. tengok gambar teruk juga kemalangan Ustaz Azhar Idrus
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Mari belajar buat blog dengan WordPressMy Profile

  25. Alaaaa siannya anak Kak Jie
    Jom terjah post menarik dari aNgRiAni ..Salah masjid!My Profile

  26. nasib baik semuanya selamat kan..kalau sy mesti dah panik mase tu >.<
    Jom terjah post menarik dari akmal ..cerita ryokou: 草津街あかりMy Profile

  27. Nasib si Angah tak cepat panik, masih ingat nak gulingkan badannya ke tepi jalan..Alhamdulillah. Kalau saya memang jenis cpt panik..
    Jom terjah post menarik dari Ayu Jamal ..Riang Raya 2013 di Gua MusangMy Profile

  28. mula-mula: takziah pada si angah

    lepas tu: saya dah cakap pada penghulu rawang hari tu, rawang ni jalan tak cantik. lampu jalan pun banyak tak de. tak tahu la kalau ada budjet lepas raya ni.
    Jom terjah post menarik dari Syafiq Лomoтехн ..Raya Di Rumah AmanMy Profile