Cerita rakyat 366 hari

“mama….epal ni ada racun tak?”

Tiba-tiba Intan bertanya selepas digigitnya sebiji epal petang semalam. Ini sah-sah terpengaruh dengan cerita dongeng fairy tale Sleeping Beauty. Muka mama dia ni dah macam ahli sihir kot.:evil:

Cerita-cerita dongeng zaman kanak-kanak dari barat sungguh berpengaruh kepada anak-anak.  Mereka lebih terdedah dengan cerita Beauty and the Beast , Cinderella , Alice’s Adventures in Wonderland , The Frog Prince, Jack and the Beanstalk , Peter Pan atau pun kisah Aladdin.


Buku cerita yang dikeluarkan mudah difahami disamping ilustrasi-ilustrasi menarik dan berwarna-warni yang akan menarik minat kanak-kanak. Kemudian kisah² dongeig itu difilemkan menyebabkan ianya melekat terus dalam kehidupan mereka.

Kenalkah anak-anak kita watak terkenal cerita rakyat Malaysia seperti Pak Pandir, Badang , Si Luncai dengan labu-labunya, Lebai Malang , Kisah Sang Kancil menolong Kerbau, Puteri Saadong atau Puteri Sentubung , Mat Jenin , Cik Siti Wan Kembang  atau pun Si Tanggang ?

Saya ada buku Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia susunan Othman Puteh dan Aripin Said hadiah hari ulangtahun kelahiran Intan tahun lepas. Rupa-rupanya banyak lagi cerita dongeng negeri-negeri di Malaysia yang saya belum tahu.

Contohnya Raja Bongsu Pinang Beribut ( Terengganu ) , Apai Saloi ( Sarawak ) , Sereban Tidak Sebulu ( pahang ) , Si Awang Tangan Besar ( Perlis ) , Neng Siti Tiga Beradik ( Kelantan ) , Kintan Merajuk ( Perak ) atau Awang Selbu ( Johor )

Buku ini sesuai untuk bacaan harian selama setahun – 1 cerita 1 hari.  Semalam kami membaca kisah kura-kura dan itik.

Mengapa kulit kura-kura retak?

tortoise-and-duckDalam sebuah hutan, seekor kura-kura berkawan baik dengan dua ekor itik. Pada suatu ketika, akibat musim kemarau yang panjang , semua tanaman mati dan kolam tempat mereka bermain juga kering.

Itik mengajak kura-kura berpindah tetapi kura-kura berasa susah hati kerana dia tidak boleh terbang.

Itik mencadangkan kepada kura-kura supaya mengigit sebatang kayu dan itik akan membawa kura-kura dengan kayu tersebut. Itik juga berpesan supaya kura-kura tidak boleh sama sekali membuka mulutnya.

Kura-kura berjanji akan patuh kepada permintaan itik dan apabila mereka bersedia, itik pun menerbangkan kura-kura merentasi hutan, merentasi sungai sehinggalah mereka tiba di sebuah kampung.

Kura-kura merasa megah apabila terdengar suara budak-budak riuh rendah bersorak kehairanan.

“Kura-kura boleh terbang? Tengok tu…kura-kura boleh terbang! Kura-kura boleh terbang….!

Kerana terlalu gembira, kura-kura terlupa pesanan itik lalu membuka mulutnya ingin memberitahu sememangnya dia boleh terbang.

Tiba-tiba kura-kura tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu yang dibawa oleh itik.

Setelah melayang-layang di udara, dia jatuh terhempas di bumi. Cengkerangnya retak dan kakinya cedera. Sejak peristiwa itulah kulit kura-kura kelihatan retak di sana sini..

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. siti nurnajwa says

    bestnya cerita kura2 ni.kura-kura tu berlagak sangat sebab tu dia jatuh terhempas.padan muka.anyway cerita ni best .

    .

  2. fiqa says

    time kecik2 dulu suke tgk citer monyet, dah tu kancil dgn buaya..

    “jgn monyet jgn, kite tak boleh mkn buah tu..”

    “1 2 3 lekuk, jantan betina aku ketuk”.

    “….ada 10 buaya yang bodoh”

    “..jadi tak adalah makan?”

    ehehehhe.. ingat lagi sikit2..
    Jom terjah post menarik dari fiqa ..Kalau lah aku boleh terbangMy Profile

  3. shud says

    :razz: citer macam ni bagus untuk dipedengarkan kepada kanak kanak.terima kasih kerana mengembalikan zaman kanak kanak aku.mase mak aku tidurkan aku da=ie slalu citer kat aku .thank you :mrgreen:

  4. OD says

    Ya ALLAH Jie, buku kura-kura dengan itik ni opah baca masa kat sekolah rendah. Sabor aje aku. Kat mana Jie jumpa? Ada dua yang opah paling ingat sangat, Ra si Kera dan cerita Puteri Sekati Bunga. Kalau Jie terjumpa kat mana-mana, tolong beritahu tau. Boleh opah minta tolong adik carikan. Best ooo cerita ni.

    ODs last blog post..Shopping Day… erm…

  5. says

    >Tiba-tiba Intan bertanya selepas digigit sebiji epal petang semalam.<

    siapa gigit siapa ni..?hehe..

    teringat citer² tauladan yang biasa kuar dlm tv masa dulu²..
    paling femes kisah kancil dgn buaya.
    tapi skrg ni tak de dh nampak kat tv.
    ke bai yg dh jarang tengok tv…hehe

    fiezabaiduris last blog post..One rest

  6. says

    budak2 zaman sekarang masih suka dengan citer kartun luar negara
    citer kartun negara kita tak banyak sangat la kak jie
    kalau ada pun kadang2 saya rasa cam mengarut ajo
    :D

    happy weekend kak jie
    rindu kat akak
    bila laa nak deting ni ???

    Lilys last blog post..Lepas Rindu

  7. Active Blogger says

    ye la byk lagi erita dongeng yg esei tak tahu…tp cerita kura2 ni pernah baca ke tak ek…tak ingat la…

    Active Bloggers last blog post..Review On RefererX 4.0

  8. says

    Ini versi BD pulak. Pada zaman dahulu orang Melayu buat jamban sekali dengan jambatan. Sepotong batang kelapa melintasi parit, atau sungai kecik. Bila nak melepas dia bertenggong atas jambatan@jamban itu. Akan halnya si kura-kura, suka sangat mengendap orang melepas. Dia tunggu di bawah jambatan sambil mendongak ke atas. Macam-macamlah dia nampak. Pada satu hari seorang budak lelaki yang dah seminggu tak melepas pergi melepas. Kura-kura nampak burung budak tu sama macam kepala kura-kura lain yang sedang mengajaknya berlawan. Lalu si kura-kura memagut burung budak itu. Budak itu terkejut dan menjerit. Pada masa yang sama, semua isi perutnya terhambur. Terlalu keras dan banyak, menghentak cengkerang kura-kura – sampai retak….

    belalangdewas last blog post..MISTERI BUDAK HILANG

  9. says

    Waaah….!!

    Nampak gaya acara merempit sudah bermula!!

    Bersemangat betul pokcik gumok tu mengejar opahnya….hi hi…

    Laju opah…… laju lagi !! :mrgreen:

    Ties last blog post..Budak sekolah sekarang

  10. says

    Ha ha….

    Hari ni kita jadi kanak2 riang….. huaaaaaaaaa……..

    Tie memang suka baca cerita2 dongeng ni. Selagi tak abis satu buku, memang tak boleh henti. Lama tak baca laaa… nanti nak cari kat kedai. He he..

    Ties last blog post..Budak sekolah sekarang

  11. says

    ayah neeza suka beli buku cerita masa neeza kecik. Untuk galakkan kami baca buku. Cerita yang neeza ingat – merak dan jarum emas..
    kebanyakan cerita2 rakyat ni bagi teladan kan Kak Jie.. bagus untuk anak2 baca..
    sekarang ni, nak kena cari balik la..

    heheh.. amboi Intan.. takut mama letak racun yeee.. huhuu..

    Neezas last blog post..Games anak-anak dolu dolu.. ;)

    • says

      @Neeza, cerita kanak2 di akhirnya akan bagi kita teladan…. kisah2 masyarakat..
      kak jie pn dah lupa neeza….nk kena ulangkaji :mrgreen:

  12. shay says

    a’ah la macam ni macam mana shya nak bercerita ngan anak shay…

    shay sendiri tak tahu pasal cerita dogeng rakyat nih…

    dulu2 masa time sekolah rendah ada gak la tv1 atau tv2 buat animasi pasal cerita sang kancil ngan buaya tu…

    sekarang cerita upin ngan ipin jerk yang banyak… :mrgreen:

  13. Mohd Hafifi says

    mengapa kucing tanam najis dia pun ade gak..macam2 tp syok.. :razz:

    Mohd Hafifis last blog post..Hadiah Untuk Lelaki

    • says

      @Mohd Hafifi, ooo kucing taku harimau tue….skrg ni ingat2 lupa..nk cerita semula kt anak2 pun dah lupus mcm player kaset rosak zaman dulu2.

      ada cerita best. mengapa ular tidak berkaki :mrgreen:

  14. says

    Teringat saya pasal buku ni saya ada beli buku ni utk anak saya .. masa tu umurnya dalam 4 tahu kot. Hehe… mana la dia tau membacakan? tapi saya beli jugak takut2 tak jumpa lagi selepas tu. Alhamdulillah sekarang buku tu dah jadi bacaan dia…… menarik buku tu.

    • says

      @TokNabe, saya seronok baca buku ni, leka sebab banyak sangat cerita…tak tunggu setahun..sehari je abis utk sebulan punya cerita….

  15. ubey says

    a’a.. hehe. makin lame makin x igt lak. dlu ade dgr2 cite ttg jarum dgn anak helang. aa. x igt da. haha. minda dah tercemar dengan anasir2 luar

    ubeys last blog post..Cara2 Menjadi Dewa Dalam Arena Memancing (2)

      • ubey says

        @Kak Kujie, haha. :oops: citer rakyat la. tp kan. klu bukan parent, sape lagi nk didik anak dengan cite2 klasik kita. nk harap sekolah, skrg tumpu ngn math n science je. media lak susah nk wt bisnes dgn kisah2 klasik ni2. bgs2. ble la nk bergelar ayah ni. :idea:

        ubeys last blog post..Cara2 Menjadi Dewa Dalam Arena Memancing (2)

        • says

          @ubey, kak jie pun tak berapa ingat cerita klasik dulu kala ni..zaman dulu2 mana lah sempat mak ayah nk cerita itu ini…adik beradik berderet bersusun paku..:)

          skrg ni…anak2 rajin benar bertanya itu ini
          kena one step in advance

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.