Daddy Day Care – Bila Mr Kreuger Bancuh Susu

Aihh… dah lame la saya tak tumpang glamer kat sini. Entah berapa kali dah janji dengan Kak Jie nak buat post pasal “Bancuh Susu Anak” hehehe.. Ingat senang ke nak jaga anak? Rumitnya… hanya mereka yang menjadi mak ayah jer yang paham.

Kebetulan… sepanjang bulan ni sampai pertengahan bulan Desember, mama Amirul kene berkursus pada hari Sabtu dan Ahad. Mujur jugak la saya pon tak bekerja pada setiap hujung minggu. Kalau tak, memang menggelabah la. Mana nak kerja.. mana nak uruskan Amirul. Ditakdirkan rezeki tuhan atas kelahiran Amirul… saya diterima di tempat kerja baru. Kat tempat kerja baru tu, hari Sabtu dan Ahad adalah off day.

Sambil-sambil dok menaip kat blog ni… sambil-sambil jugak perhati Amirul Amin dalam buai tu. Kengkadang tidok tak berapa nak “jerap” bak kata Cik Adik saya. Dia asal dari Utara.

Pengalaman menjadi seorang bapak ni, mengajar saya macam mana nak jadi seorang yang penyabar. Maklum la kan… orang kata, macam mana perangai anak kita tu.. macam tu jugak la perangai kita masa kecik. Kalau dah perangai anak kita kuat menangis… kuat meragam… cuba bayangkan macam mana mak ayah kita plak besarkan kita?? Haaaa… tau pon susah.

Teknik Bancuh SUSU

Orang cakap senang… Kalau nak bancuh susu baby ni bukannya susah pon… Satu scop, satu air… lepas tu masuk air panas sikit. Lepas tu tarok air masak. Lepas tu goncang… bagi pada baby… Memang la teknik tu betoi.. tapi ada seperkara lagi yang orang tak turunkan ilmu… iaitu.. kalau nak bancuh tu.. pastikan masukkan air panas dulu dalam botol.. kemudian baru masukkan susu. Disulam dengan air suam. Baru goncang. Dengan cara ni insyaallah anak tak kembung perut.

Mula-mula macam tak berapa nak percaya mekanisma bancuhan susu ni, sampai la ada anak sendiri. Maaf ye… perkara ni terjadi kebetulan. Kemudian saya tanya orang. Sebenarnya apabila susu dimasukkan sebelum air panas.. susu ni akan menjadi melekit sesama sendiri, akibat tindak balas udara dan juga permukaan botol susu. Dari sini lah terjadi nya gelembung udara dalam ketulan susu. Apabila dibancuh… kadang-kala ketulan susu ni tak hancur.. dan ini lah yang menyebabkan punca anak kembung perut kerana susu.

Petua memahami pitching anak menangis.

Nak gelak boleh…?? Hehehe… yang ni adalah TIPS yang Kak Jie bagi pada saya secara tak langsung. Anak kecik ni terutamanya baby.. komunikasi dia hanya dengan menangis jer. Apa lagi dia pandai cakap? Menangis adalah teknik komunikasi antara baby dengan mak ayah dia. Cuma kadang-kala nada dan intonasi jer yang berbeza.

Kalau anak menangis… bagi mereka yang baru menimang anak sulung… cube perhatikan perkara berikut:-

  1. Adakah pampers dia telah penuh? – Baby amat sensitif pada basahan. Kalau pampers penuh pon dia akan rasa rimas.
  2. Adakah dia berak? – Tak pe kan tulis berak?? Kalau kita punggung penuh tahi rasa macam mana? Sama la jugak dengan anak kita… dia pon nak rasa selesa selepas membuang.
  3. Adakah perut dia kembung? – Lapik perut anak anda dengan 3 jari, dan ketuk jari anda dengan jari telunjuk. Anda boleh dapati kalau anak anda kembung akan ade bunyi macam kita tepuk perut kita kalau lapar. Same la!
  4. Adakah anda memeriksa suhu badan dia? – Mungkin dia tak berapa sihat. Anak saya baru sekali minum ubat demam, itupon sebab kene cucuk 5 serangkai. Selebihnya dia kerap menyusu badan berbanding susu formula. Susu ibu sangat tinggi antibody. Kalau nak cerita secara scientific, nanti Kak Jie citer lebih lanjut eh…
  5. Adakah anak anda sudah mandi? – Keadaan baby kadang kala kadar perpeluhan sangat cepat. Dia akan mudah rasa rimas. Jadi sila mandikan anak anda dengan tatacara yang betul :p
  6. Adakah dia kebosanan? – Bayi ni sebenarnya tak perlu dibelek 24jam. Ada masa dia pandai main sendiri. Jangan terkejut, Amirul 3 bulan tu dah pandai tengok TV. Waktu ni waktu minda dia mula belajar. Saya pasangkan Wonderpets. Sampai saya sendiri pon tumpang sekaki sambil-sambil sembang bahasa German dengan anak saya tu.

Sebenarnya banyak lagi tips nak bagi. Tapi karang takut berkajang plak. Nanti kita sambung salam sesi AJK Tingkap kat sini lagi ye. Akak-akak dengan abang-abang yang dah expert tu, kalau ade tips.. boleh la berkongsi kat sini kalau sudi. Kotak komen tak pernah tertutup pon. Hehe..

Nota: Baby ni.. kalau dia tak meragam tak pe la.. kalau dia meragam nak susu mama dia??? Lagi la haru.. buat la ape pon…memang tak ndak dia menjadiknye…

  1. stuju dgn Pocket..air panas, then air sejuk – utk jadikan dia suam2 dulu (t’balik pun boleh..sejuk dulu baru pns)pastu baru tabur susu.susu akan larut lebih baik b’bnding air pns dgn susu je – dia b’ketul jugak.tp yg kreuger kata selang-seli tu..x penah try plak.sbb makin lmbat plak siap nnti krg.budak dah m’jerit dah…anak sedara,mak ayah dia gi shopping takmoh loghat2 kendong anak – patut x jd mak bpk yg camtu? haargh

  2. satu peringatan untuk si bapa yang buatkan susu anak yang bangun tengah malam / awal pagi..pastikan selepas dibancuh, tutup botol sebelum goncang…ade kawan aku yang main goncang je..ade plak yang tonyoh je kat mulut anak tanpa penutup (sebab terlalu mengantuk)..boleh bayangkan apa yang akan berlaku…renung2kan dan selamat beramal… 😆 :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Jom Tonton The Social NetworkMy Profile

  3. entry sgt sweet, tumpang tips dgn dua kaki. kita dulu sama mcm penulis tak pernah jaga baby dan tak sudi nak pegang baby sebab tak reti, tapiii bila dah ada anak sendiri, belajar pelan². so far dah setahun pun menjadi emak. kikiki… cayalah.
    Jom terjah post menarik dari cha ..Cerita cuti- Kenduri kawenMy Profile

  4. Semua bapa-bapa pernah merasa kesulitan menjaga anak ni 😆 tang nak neneng tu adoi..mmg betul la..susah nak bagi dia “cool” jap..pernah dulu HAHAHAHA.. saya tunjuk neneng saya, anak saya lagi meraung,pelik agaknya neneng bapak leper jer 😆
    Jom terjah post menarik dari mankuchai ..Raya HajiKelantanMeriahMy Profile

  5. mmg tips yg bagus dri seorang abah ni.. hehee.. cmtu la garam anak.. si ayah pula nak tak nak kena bantu, eps kalau istri kerja..

    lau nak lebih senang bf (breastfeed) baby tu, ok la..tapi mak die la kena buat.. boleh juga simpan stok utk baby..

    moga jadi ayah yg baik & hebat..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Khasiat TimunMy Profile

  6. satu lagi, ade terbace, kalau tuang air panas dulu ke dalam botol yg ada BPA, ditakuti akan membebaskan bahan kimia tersebut…jadi, ramai yg sarankan guna botol free BPA…gamaknya macam tulah..

    pssst…terbaiklah tips camni…senang saja nk jadi suami dan bapa, tapi bukan senang nak jadi suami@bapa yg berkualiti.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..5 pertama dari internet…My Profile

  7. Saya tak pernah bancuh susu.. sebab anak saya minum susu ibu sampai umur dua tahun.

    Susu yang di perah, di simpan di tempat beku mengikut sukatan tertentu. Bila nak bagi minum, perlu panas kan sahaja..

    Tips ni sangat bagus.. mungkin bila ada rezeki lagi 🙂
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..BAJU MELAYU DI PAGI RAYAMy Profile

  8. huhu..tu yg sayang kalu para ibu yg menyusu anak kene kerja luar…
    kalu leh nak duk ngan anak jer… hehehe

  9. kalau masuk susu dulu, kena tambah bacaan pasa level kat botol tu

    contoh 100ml untuk 2 skop susu..kalau bubuh air dulu…tepat2 kita masukkan air 100ml…baru masukkan susu

    kalau masuukan susu dulu…….bacaan tu dah tak betul…

  10. betul tu bro, aku pun dulu tak reti nak bancuh susu, bila dah sampai ketikanya memang kena belajar sendiri mcm tu baru tahu cara yang betul nak bancuh susu

    sekarang dah tak risau sebab anak sy dah boleh berjalan, dah pandai minta kalau nak air, nak neneng dan kalau berak pun dah tunjukkan reaksi
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Muhammad Fahim di pantai cahaya bulanMy Profile

  11. waaa… guest posting ke? hehe, menarik gak, nak mintak ngan kakjie gak arh camnie! hehe

    pasal baby menangis tue, mak kite pun ade bagi tips yang sama, kene check benda2 yang basic, cam pampers, lapar ke x, panas ke x.. hohoho, x sabar laa nak jadik daddy, nampak cam dah prepare jer.. hohohoho
    Jom terjah post menarik dari samanosuke_04 ..Aidil Adha- Mari Berkorban…My Profile

  12. err, pocket reti bancuh susu!!
    just tuang jer susu tin tu secukup rasa,
    n kacau jer ngan camca dlm air yg ikut suka
    suhu. suhu bilik pun OK. sejuk pun larut jgak!!

    End of buat buat bodoh,
    tapi masa first time bancuh susu dulu, kena study la jgak berapa scoop utk 100ml susu… n temperature terbaik adalah?
    45darjah celcius!! tuang air panas dulu, then air sejuk.
    eh kejap? basuh dulu la botol!!
    Jom terjah post menarik dari Pocket ..329 Praying kuatkanlah iman ini My Profile

  13. kak..thanks 4 the info bancuh susu tuh~
    hehehe..dlu sya pnah bt gak tuk adik saya tuh..
    bpe kli dh cbe bt..tpi last2 bg mak yg bt~hehehe :mrgreen:

  14. ooo ya ka??saya pernah baca panduan suruh masukkan susu dulu supaya sukatannya tepat.
    saya ni…kadang2 air dulu..kdg2 susu dulu.. 😉 alhamdulillah nabila senang dijaga.bancuh susu dgn air masak sejuk pun takpa.air mineral pun ok saja….p/s..org lain jgn tiru nooo..

  15. kalu nak susu maknya..sumer kerja pun tak gerak…hehehe
    para bapa kene lebih tahu..para ibu memang dah kerja nya…hehehe

    **yeah… commen luv sumi dah ok..hehehe
    Jom terjah post menarik dari sumijelly ..Renovation kerMy Profile