Hamba Lahirkan Tuan

Kalau mak tak memekak macam petir, mungkin anak-anak masih bergolek mengadap laptop dalam bilik. Sebenarnya kalau dia orang tak buat , saya boleh  buat sendiri. Bukan perlu sangat kudrat mereka tetapi lebih kepada pendedahan untuk mendapatkan pengalaman atau skil kemahiran hidup sebenar.

Ustazah pernah bercerita mengenai satu hadis yang bermaksud lebih kurang ( saya terlupa secara detailnya ) diakhir zaman nanti, hamba lahirkan tuan. Maksud hadis tersebut yang bermaksud anak yang memperlakukan ibunya seumpama si ibu adalah hambanya.

Gejala ini sudah ternampak , kan di zaman sekarang?

Memanglah mak tak kisah, mak dah faham , mak dah redha. Sebagai seorang hamba, sudah tentu dia tak kisah mengikut arahan tuannya. Ikut saja apa yang tuan dia cakap tanpa ada bantahan.

Mak kita ada bantah ke? Itulah yang dimaksudkan hadis ‘bila hamba melahirkan tuan…’. Tanpa kita sedar, kita lah tuan yang Rasulullah S.A.W  maksudkan.

Dia pakai t-shirt Geng Blogger!

Saya tak tahu masa depan anak-anak saya macam mana . Kita berusaha dan selebihnya bertawakal kepada Allah.

Sebelum bertawakal, kenalah usaha dulu. Kenalah latih untuk suruh anak-anak buat itu dan ini. Kalau tak pernah disuruh, menternak lemak sajalah!

 

Akan datang, makbapa sendiri yang mengeluh sebab anak-anak tak mahu buat kerja rumah langsung.  Buat kerja rumah tu bukan untuk kesenangan si ibu tetapi lebih kepada ilmu yang akan digunakan apabila dewasa dan berkeluarga sendiri nanti.

Seseorang yang ringan tulang mudah untuk diterima dalam komuniti .  Disenangi kawan dan saudara mara.

Gunalah masa yang berharga dengan anak-anak. Entah sebulan dua lagi, dia akan sambung belajar jauh dari mata.

Sambil bersila sambil bersihkan celah² batu di taman, sambil bersembang pengalaman 2 tahun dia di asrama. Cerita cikgu, cerita kawan juga cerita masa depan.

“Kat Kedah,  Angah minta roti, dia bagi biskut.” hahahaha…!

 

 

Nota : Maksud hadis

  1. Hamba yang kemudian akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak.  Anak itu adalah tuan kepada ibunya sendiri.
  2. Ada sebahagian ulama yang berpendapat  anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa atau contoh gambaran kepada suasana yang sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

p/s mula2 menaip, saya rancang entri simple gambar anak² saja, tetiba boleh berleter berjela jela

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. pernah gak kawan-kawan bergaduh berbalah kerana isu roti = biskut.

    jika kita berikan pendidikan yg baik kepada anak-anak. InsyaAllah. family adalah satu keutamaan
    Jom terjah post menarik dari Blogger Babyface ..Siapakah Yang Rajin Bertukang Di Waktu SenjaMy Profile

  2. sejak jadi mak2 ni.. skill membebel dah mahir… hehe…

    mudah2an anak2 kita semua ringan tulang & sntiasa kenang jasa org tua… amin~
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie @ Nis Azmier ..Sambut hari lahir yang hampir sama dengan anakMy Profile

  3. 🙂

    Sayang kak jie.
    Jom terjah post menarik dari dayah ..dan dia memanjat pokok sekali lagiMy Profile

  4. akan diambil nasihat kak jie ni utk dlm membesarkan dan mendidik anak saya kelak. terima kasih atas entry yg terkesan ini
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..picNYC: Meja Makan Dengan Permukaan Berumput Untuk Penduduk UrbanMy Profile

  5. “angah minta roti dapat biskut” 😆
    teringat cerita seorang kawan dari sinar harian kota bharu kelantan.masa kat rumah seorang penduduk di Kedah,tuan rumah jemput minum..”jemput makan roti”.
    dia tertunggu2 & tercari2 mana rotinya.kat depan dia ada biskut ja.sampai tuan rumah hulurkan pinggan tu kat dia baru dia perasan…biskut tu org Kedah panggil roti.
    Jom terjah post menarik dari ieda ..DEMI NEGARA….YANG TERCINTA…..My Profile

  6. Assalamualaikum,
    hidang biskut, suruh makan roti —–> pengalaman sendiri hu hu hu
    Jom terjah post menarik dari anyss ..Intipati Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)My Profile

  7. kalo rumput tu emo sng…derang potong diri sendiri
    Jom terjah post menarik dari mijae ..Tips dan Adab Malam Pertama Menurut IslamMy Profile

  8. minta roti..dapat biskut?? waahh..nasib tak dapat tomyammm… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Punca Kegagalan Calon Temuduga KPLI-SR j-QAF dan cara mengatasinya.My Profile

  9. Fakarepain says:

    berleter aje keje nya kan kak jie.. hihi
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..Lame aku tak update blogMy Profile

  10. seronok tengok adik beradik bertugas, hati pun senang. saya paling suka tengok macam nih, masing-masing tau tugas sendiri. mak pun senang hati tapi tu la sekarang ramai yang jadikan ibu sendiri sbg hamba. kadang-kadang saya tengok pun geram.

  11. saja belit- belit sikit ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Saya Nak Memenangi Samsung Galaxy S|| Dalam Contest Gadjet Impian DenaihatiMy Profile

  12. bab menyapu, potong bawang tu nampak remeh
    tapi kalau tak pernah buat, nampak terkial2 nak buat

    kita ckp senang …tapi cuba buat. kena ada skil baru boleh capai piawaian :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ha Ha Ha . . .My Profile

  13. kak jie sentuh isu ni light light je… harap2 ada yang boleh faham :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ha Ha Ha . . .My Profile

  14. bukan tiap hari. sbb mak dia pun tak sempat nak berleter hari2
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Antara Air Suam 80 Sen Dan Air Doraemon SeringgitMy Profile

  15. kalau topik yg dia cerita tu, kita tunjukkan minat…memang bersembang lama.

    angah mmg boleh sembang mcm2 topik – bab politik bab isu antarabangsa…dia tau

    tu yg seronok 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Antara Air Suam 80 Sen Dan Air Doraemon SeringgitMy Profile

  16. zaman sekarang – kena rapat dgn anak tetapi kena pastikan ada had dan sempadan yang dia org perlu hormat.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011My Profile

  17. abang tatau dia orang claim apa utk upah….sob sob…sob…sob… 😈 😈
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011My Profile

  18. samalah – faham sangat bab anak2 dulu dgn sekarang. beza sgt cara kita membesar dulu2.

    semua kerja rumah kena buat – termasuk jaga adik

    tapi kalau kita tak dpt nak ajar semua, sekurang2 nya kita cuba juga, jangan dibiar langsung.

    bukan utk siapa2…utk dia di masa akan dtg juga
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011My Profile

  19. secara kasarnya , mcm tu
    tapi ‘hamba’ dan ‘tuan’ tu ada tafsiran lebih menyeluruh.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dua RibuMy Profile

  20. mak dia kena on radio buruk ni dulu…pok pek pok pek…kalau tidak…berlengkar menternak lemak je 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dua RibuMy Profile

  21. dari dengar mak berleter mcm petir baik turun cabut2 je rumput…haha :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Antara Air Suam 80 Sen Dan Air Doraemon SeringgitMy Profile

  22. hehehe…dia pusing sampai pokok kunyit pokok pandan, rupanya nak cerita bab taman sekangkang anak kera kak jie yg semak samun tu…hiks!
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Antara Air Suam 80 Sen Dan Air Doraemon SeringgitMy Profile

  23. bukan rajin

    tu letak gambar saja nak bagi entri cantik… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Antara Air Suam 80 Sen Dan Air Doraemon SeringgitMy Profile

  24. rajinn..
    anak soleh dan solehah :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari mohd hafifi ..My village riverMy Profile

  25. salam kak jie , kebetulan 2 hari lepas , saya dengan anak2 pergi kutip tanah di bawah flat untuk di tambahkan dalam pasu pokok kunyit dan pandan , itu sahaja pokok yang boleh kami tanam ,

    sebenarnya nak cakap , bestnya kalau saya ada laman macam kak jie , mesti seronok luangkan masa dengan anak2 di taman luas begitu .. 😳
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Saya Nak Memenangi Samsung Galaxy S|| Dalam Contest Gadjet Impian DenaihatiMy Profile

  26. tu semua mesti tengah tarik muka tu.. hehehehe 😛
    Jom terjah post menarik dari Rozeman ..Tak susah untuk susah, tak senang untuk senang.My Profile

  27. seronok tengok satu kluarga gotong royong gini…

    Moga aku x jadi anak derhaka…
    Jom terjah post menarik dari jedi ..Kerja GilaMy Profile

  28. hihihi…

    anak dah naikkan taraf hidup… sbb tu panggil ‘Tuan’…

    kan best jadi ibu yg lahirkan anak-anak yg berjaya… semoga anak jadi org2 yg beriman…
    Jom terjah post menarik dari Maria ..beku… akhirnya…My Profile

  29. susah nak cakaplah bebudak skrng ni..kita baru je nak bla..bla..bla..diorang dah senyap dalam bilik…selagi kita tak berbunyi,tak dibuatnya….patut le mak saya dulu suka membebel kat saya…haaa..skrng dah melekat kat anak2 pulak..
    hhhmmm…agaknya ikut peel saya dulu kot
    Jom terjah post menarik dari akak ..Hrithik Roshan Menangis!Tapi Kenapa?My Profile

  30. amboi angah….rajin noooo.
    Jom terjah post menarik dari ann ..Tidak akan ku lupaMy Profile

  31. mendidik anak dengan cara yg baik dan mesra dgn anak mampu buat anak faham sesuatu dengan lebih jelas dan mengikut kata
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDMMy Profile

  32. memang dah fitrah, kalau bersembang memang berjela. sama je, kita ni kujie 🙂
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..sibuk tengok salah orang, salah diri sendiri memang tak nampak, kanMy Profile

  33. Fakarepain says:

    gotong royong perdana ni.. hihi
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..Lame aku tak update blogMy Profile

  34. bila baca sampai habis, baru saya paham tajuk entri ni..semoga saya dapat mendidik anak saya dengan cara yang betul..takutnya bila ibubapa sendiri dijadikan seperti seorang hamba..

  35. Dulu waktu kecik2 rajin juga…nyapu sampah…basuh baju…lipat kain…..sekarang dah malas….dah ada adik2 yang gantikan tempat…. 😆
    sekarang tak la kekok kalau nak buat kerja2 tu lagi dirumah bujang….

    *basuh baju pakai mesin..sental pakai tangan tengok 😆
    Jom terjah post menarik dari Amry ..Maksud Yang Tidak KesampaianMy Profile

  36. Sesekali keluarkan peluh membersihkan halaman memang bagus.. Biasa la tu kak, kadang2 buntu nak menulis entri tapi kalau idea datang mencurah2, panjang la entri hari tu.. Takpe, kami sudi membacanya.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nur ..Ombak RinduMy Profile

  37. Salah satu sebab malapetaka turun – bila anak dah jadi tuan besar
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Peniaga Kajang Perlu Bantuan Akibat BanjirMy Profile

  38. Dulu seakan nak marah je bila mak kerah ke dapur. Tapi hari ni… alhamdulillah. Terima kasih mak.
    Jom terjah post menarik dari AziE ..Ombak RinduMy Profile

  39. jika hamba itu melahirkan anak buat tuannya, tidakkah statusnya dimerdekakan dan diberi taraf kedudukan…gulp…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Dua jam tonton Ombak RinduMy Profile

  40. Untung budak sekarang kena “dera” dalam kawasan rumah jer.Masa saya kecik2 dulu kena tebas rumput dalam kebun Atuk.Masa tu mmg merungut sampai petang.

    Bila difikirkan semula,ada kebaikannya….cuti2 sekolah ni Along ,Angah tolong Mak yer 😆

  41. wah…saya yg pertama ke ni?
    Musim2 cuti ni ramai yg menternak lemak termasuklah saya.kalau bergotong royong sambil bercerita begitu, best jugak. Tmn pun tambah comel…
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Mencari Biru MudaMy Profile

  42. Biarlah orang muda bercangkung lama-lama mencabut rumput. Kita ini kalau bercangkung lama sedikid ntah boleh bangun atau tidak nanti tidak tahulah. 🙂