Kasihnya Ke Hujung Nyawa

happy birthday

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke 19 Amirul Syafiq.

Melihat anak-anak membesar, sehingga remaja itu hati tidak pernah lekang dari mendoakan mereka.

Bayi dengan cara jagaannya, anak remaja dengan caranya tersendiri.

Bila remaja, doakan mereka dilindungi dan terpelihara dalam menempuh laluan hidup yang serba mencabar ini.

Proses ini tidak pernah terhenti sehingga ibubapa menutup mata biarpun anak-anak itu mungkin akan berkeluarga sendiri.

Bila dah usia begini, perkara yang sering merisaukan adalah tentang hidup selepas mati nanti. Yang lepas dah lepas, perlu juga difikirkan perkara yang akan datang.  Bukan setakat kasih sayang sehingga ke hujung nyawa tetapi sehingga kehidupan kekal abadi di akhirat nanti.

Mampukah saya melepaskan diri dari soalan tanggungjawap menjaga amanah Allah di dunia. Disoal kecukupan memberi anak-anak nafkah fizikal, nafkah mental, nafkah emosi malah nafkah rohani ( spiritual ).  Kejayaan seorang ibubapa bukan hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik semata, Islam itu cara hidup.  Cara hidup anak-anak kita itulah yang memberi markah kejayaan yang sebenar.

masa depan anak-anak

Ada orang tanya, kenapa saya tak fokus kepada niche kekeluargaan/tips jagaan anak dan sebagainya – saya takut, takut apa yang dicakap tak menggambarkan keadaan sebaliknya.  Bagi tips hebat tetapi sendiri tidak  mampu melaksanakan membentuk anak-anak yang sebaiknya.  Anak umur 1-3 tahun bolehlah kita kawal sepenuhnya.  Bila dah masuk tadika ( 4 tahun ke atas ), kawalan ke atas anak-anak menjadi lebih mencabar.

Nota : Seperti gambar diatas …. memberi keperluan anak-anak tidak pernah terhenti biarpun si anak dah bermisai berjanggut!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Semoga menjadi anak Sholeh, patuh sama orangtua, dan menjadi anak yang pintar.
    Jom terjah post menarik dari nira ..Perbedaan Penyebab Asma dan BronkhitisMy Profile

  2. selamat hari lahir buat amirul safiq,,
    Jom terjah post menarik dari resep kuliner ..Dendeng Bebek BaladoMy Profile

  3. Selamat Hari Lahir, Amirul Syafiq, berbanggalah memiliki ibu sehebat bondamu.
    Risau fikirkan masa depan anak2. Lagi2 pengaruh kawan & persekitaran yg tak mudah dikawal.
    Jom terjah post menarik dari seri.selaseh ..[KOD: 08xx] Telekung Travel – pelbagai warnaMy Profile

  4. happy birthday amirul,semoga lebih berjaya dimasa depan
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Blogger wanita popular pun main plagiat entri orang ?My Profile

  5. Selamat hari lahir buat Amirul , semoga berjaya hidup dunia dan akhirat hendak-Nya…amin…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Suami Jarang Beri Pandangan Ketika MembeliMy Profile

  6. anak itu kan amanah..jadi memang perlu dijaga dgn penuh tanggungjawab
    Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Kisah Lelaki BersayapMy Profile

  7. Selamat hari lahir Amirul. tahniah sbb anda ada mak yg osem. not everybody is gifted with this.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Novel terbaru Xarine – KasyafMy Profile

  8. Selamat hari lahir untuk anak kak jie 🙂 Semoga besar dan jadi lagi macho dan gentleman.
    Jom terjah post menarik dari HipMommy ..3 Things To Do In Kelantan on FridayMy Profile

  9. Anak-anak masih kecil lagi, cabaran menanti di depan entah masih hidup entah tidak. Buat apa yang tarbaik yang termampu sekarang mungkin lebih baik. Terima kasih atas entri yang buat otak berfikir
    Jom terjah post menarik dari Shubhi ..Kenapa anda tak boleh pergi minum selepas keluarkan duitMy Profile

  10. selamat hari jadi kepada Amirul Syafiq..
    semoga menjadi insan yang berguna satu masa kelak
    Jom terjah post menarik dari OH Ping Blog ..So Full of Myself: Gejala Melepak Masa Solat JumaatMy Profile

  11. zaman remaja sekrg penuh dgn cabaran.
    Jom terjah post menarik dari artkreatip ..Belajar AutoCAD – Command Asas 2DMy Profile

  12. Betul apa yang kak tulis sampai sekarang mama saya masih memantau tindakan saya walaupun sy dah beranak pinak. .kasih ibu memang sukar dganti. Dia selalu mahukan yg terbaik untuk anak dia dalam setiap perkara. Sanggup berkorban macam2 utk sy. Doakan anak akak menjadi anak yang bertanggungjawab kepada ibubapanya. Amin. …..

  13. happy birthday kat anak kak kujie.. jagaan tu memang kena ikut level…kalau remaja jaga mcm kanak2 memang rosak jadi nya..semoga terus membesar jd anak yg soleh…
    Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Bangkok, Thailand Part 1My Profile

  14. Selamat Hari Lahir, Amirul Syafiq, semoga doa bondamu sentiasa dimakbulkan-Nya.
    K Jie, memang mencabar saat anak dah meningkat remaja sbb kawan mmg memainkan pengaruh yg besar dlm hidup diaorang
    Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Penyakit Jantung; Jenis, Tanda dan FaktornyaMy Profile

  15. Sweet sangat gambar yang mula2 tu. Ada bapa susah nak tujuk kasih sayang sebegini pada anak2.

    Tak salah kak berkonsi pengalaman dan cara didikan agar jadi panduan kepada ibubapa yang masih muda. Paling penting ambik yang baik buang yang tak baik begitulah adat dalam memberi dan menerima.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Seminggu Yang MerudumMy Profile

  16. Memang besar tanggungjawab sebagai parents ni…

    P.s. Peringatan buat diri sendiri…
    Jom terjah post menarik dari Farid Adam ..Misi Menyimpan Duit Emas Untuk Anak-anakMy Profile

  17. Selamat hari lahir kepad Angah. Tarikh lahir jatuh sama dengan anak saya Aslah yang genap 3 tahun.

  18. setuju kak..saya pun kadang2 mak saya masih telefon ingatkan supaya solat selalu, doa banyak banyak dan kerap baca alquran.. sungguh pun dah beranak pinak.. semoga saya mampu lakukan perkara yang sama bila anak anak da besar nanti..
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Korang pernah salah eja yang memalukan?My Profile

  19. Betul kak.. dyh pernah dipersoalkan begitu.. knp x fokus cerita pasal anak.. knp xnak buat pasal parenting.. sbb dyh takut.. apa yg diceritakan bakal jadi indah kabar sementara je.. bila anak makin besar makin lain ragamnya.. sebab tu dyh tak concentrate cerita pasal anak semata mata.. lagipun dayah tgk makcik blog kesayangan dayah takde over pun cerita pasal kejayaan anak kat blog dia.. blog dia established jugak.. hehe..

    ^_^

    Dayah suka mencontohi dia. .

    Saper eh nama makcik blogger kesayangan dayah.. kak jie kot..

    Eh.. macam sama je.. macam sama je.. macam serupa je.. macam serupa je.. kan.. :p
    Jom terjah post menarik dari dayah ..aku suami yang keji..?My Profile

  20. Intan jeles tuuu.hehe

    Selamat hari jadi buat Amirul Syafiq…
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Perjalanan Sang KijangMy Profile

  21. selamat hari jadi kepada anak akak 🙂
    semoga menjadi yang diantara anak yang soleh dan solehah
    Jom terjah post menarik dari syaifuddin alias ..Sejarah Wajib Lulus, SPM Gagal ?My Profile

  22. setuju tu Kak jie bila anak-anak semakin membesar cabarannya terlalu luas dengan impak di sekelilingnya dijadikan pedoman @ disebaliknya. Kita sebagai parent seharusnya melepaskannya perlahan-lahan dengan tawakal dan berhati-hati agar anak-anak kita tidak tersasar dan menjadi seorang insaniah yang begitu dihormati orang disekelilingnya……
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Puasa-Puasa Sunat 2013 ~ 2014My Profile

  23. Hepi Besday angah semuga menjadi anak yg soleh dan memberi manafaat kepada seluruh alam
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Panduan Membeli Secara Online Tiket Kapal Terbang AirAsiaMy Profile