Kisah Jamuan Akhir Tahun Sekolah

sinki dapur

bekal berkelah
Ini kisah semalam. Ini bekas yang Intan bawa ke sekolah semalam. Siap bawa bakul berkelah dengan kain alas meja saya.

Kelas dia buat jamuan akhir tahun. 3 orang kawan dia datang ke rumah untuk memasak…kenonon-kononnya lah!

Setengah jam saya tengok apa benda pun tak mula lagi. Memasing dok kat meja dapur cicah biskut dengan teh o. Memasing semangat tinggi tetapi tak tau nak mula dari mana. Idea nak memasak dah ada, bahan terhidang depan mata tetapi nak mula dari mana pun tak tau lagi.

Kena buat tutorial cara memasak ni.

Saya terpaksalah masuk campur jadi Pengarah. Suruh potong bawang , potong sawi, fishball, fishcake. Rebus air untuk spaghetti.

Baru in progress. Itulah bahagian dia orang. Kalau ada yang tercekik sawi tu, harap maklum.

Bila dah Ketua Pengarah yang masuk , sejam je dah siap semua – Mee Goreng 3 peket , Spaghetti 3 peket  dan kuah spaghetti dua jenis. Satu ayam dan satu lagi daging lembu. Pandai pula budak-budak ni buat kira-kira untuk rakan yang tak makan daging.

Intan buat  Kek Batik Cokelat

sinki dapur
Balik dari sekolah, segala bekas tu letak je tepi dapur… mak juga kan yang kena basuh kemas.

Sebenarnya bukan masalah pun nak buat semua ni, dah kerja harian.  Lagi suka buat sendiri sebab dapur kita , tahulah mana kita nak susun nak kemas.  Kalau orang lain yang mula masuk, ada saja benda berubah.

Masa Intan di sekolah rendah ( SJK(c)), saya kerap ke sekolah dan kenal ramai mak-mak kawan Intan.  Keadaan berbeza bila di sekolah menengah ( SMK ).  Saya jarang berjumpa mak-mak kawan Intan.  Orang kita kurang libatkan diri dengan sekolah.

Bila saya buat semua benda-benda ini, rasa seronok kerana kawan-kawan Intan juga macam anak-anak saya.  Kerap kali saya tumpangkan mereka pergi atau balik sekolah dan kerap kali mereka mencium tangan bersalam seperti mana Intan lakukan.

Nota : Harap-harap makanan yang dimasak memuaskan selera mereka, maklum anak-anak tengah membesar, dah pandai membezakan sedap atau tidak.

13 Replies to “Kisah Jamuan Akhir Tahun Sekolah”

  1. wah… saya jadi ingat masa sekolah dulu pun saya begitu ada acara masak- masak … tapi tidak di rumah membuat masakannya di sekolah, dari rumah hanya bawa bahan mentahnya saja,,, jadi kangen masa sekolah deh,, hehe

  2. perkara pertama sekali yang saya ingat adalah,pada jamuan akhir tahun sekolah ketika saya darjah enam tahun 1998, masa tu bukan main riuh lagi..paling best adalah main bungkusan hadiah misteri ikut rentak muzik.., bungkusan tu akan dipasing pasing kan satu sama lain sehingga muzik berhenti..bila muzik berhenti ianya kena pulak kat saya, tu pun hadiah dia cukup besar time tu iaitu RM 5 dan sebungkus coklat,bila dapat bungkusan tu ketika muzik berhenti saya diminta melakukan sesuatu untuk mendapatkan hadiah itu..,saya diminta untuk menyampaikan ucapan perasmian menara berkembar petronas
    fuh kenangan indah lagi pun tahun 1998 rm 5 tu sudah cukup besar
    Jom terjah post menarik dari ishak hasimi ..Video budak sekolah kantoi buat video klip parodiMy Profile

Comments are closed.