Luahan Hati Seorang Ibu Melihat Video Dera Anak

Tentu ramai yang telah melihat video ibu mendera anaknya di facebook atau di youtube. Video tersebut talah dihapuskan dari Youtube selepas beberapa jam dimuat turun.

Kes video ini menjadi begitu kecoh di laman facebook dan twitter sehingga pihak polis telah mengeluarkan pengesahan kes berkenaan dilaporkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan ibu yang mendera anak perempuannya itu sudah ditangkap dan sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan.

ibu dera anak dalam video youtube

Sebagai seorang ibu, hati saya sungguh tersentuh dengan penderiaan anak tersebut. Terbayang anak-anak saya diusia seperti itu. Dipeluk dicium digomol tanda kasih tanda sayang.

Rasa geram dan rasa simpati pada siibu itu silih berganti. Apakah penderitaan ibu ini sehingga dia hilang kawalan. Dari wajahnya jelas betapa dia sangat membenci si anak.

Perasaan saya menjadi lagi geram dan sedih apabila membaca bomen ‘cakap lepas’ memaki hamun , sial, bodoh dan berbagai kata nista yang ditulis oleh pengomen.

Sebagai seorang ibu, apa yang saya fikir waktu itu?

Yang sangat-sangat saya doakan, janganlah anak-anak saya yang menulis begitu. Jangalah anak-anak saya sanggup mencerca orang sebegitu. Janganlah anak-anak saya lancar mengeluarkan kata-kata tidak baik sebegitu. Jangalah anak-anak saya mudah memaki dan hilang kawalan diri sehingga ketahap itu.

Saya pasti, mak-mak lain juga mempunyai perasaan seperti ini. Menjadi risau bilamana melihat keceluparan menjadi ‘lumrah’ dalam mengeluarkan kata-kata.

Kalaulah menggunakan alasan ‘ terlalu marah hingga tak terkawal bila melihat video tersebut’ sepatutnya anda dan ibu itu mempunyai masalah yang sama. Gagal mengawal diri.

Ibu itu bersalah dan sangat kejam, tetapi itu tidak bermakna kita diberi lesen untuk ‘mengata apa saja’ tanpa kita tahu keadaan yang sebenarnya.  Ibu itu mungkin mempunyai masalah tekanan mental, kita yang waras ini pun ada masalah mental juga ke?

Adakah melepaskan marah dengan cara melemparkan kata-kata kesat itu cara yang betul?   Benda yang salah tidak dapat dibetulkan dengan cara yang salah.  Cukuplah melahirkan simpati pada si anak yang didera dan mendoakan si ibu dipulihkan.

Jangan pertikaikan kuasa doa.  Daripada menulis kata-kata kotor, bukankah lebih baik berdoa moga anak itu mendapat kehidupan yang lebih baik dan ibu muda tersebut mendapat pembelaan juga bimbingan untuk menjadi ibu yang lebih baik.

Saya menangis melihat video ini dan terbayangkan anak-anak saya – ibu kamu pun begitu.  Jangalah buat sesuatu yang merunsingkan dan menambah beban ibu sendiri………… janganlah mendera ibu sendiri .  Ingatlah segala pesanan yang  mahukan anak-anaknya menjadi orang baik.  Orang baik tidak akan mencemuh dan memaki orang lain.

  1. Hermmm..adakah ibu dia rindu tak pada anak dia..adakah anak dia rindu tak pada ibu dia

  2. sama la kita kak jie, saya pun geram dengan orang dalam video tuh disepaknya dan dihempuk anaknya guna bantal. kesian budak tuh, tapi lagi kesian dengan pengomen yang tak reti nak jaga adab, habis keluar semuanya. habis di maki hamunnya.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Misi Menambah Berat BadanMy Profile

  3. sangat sedih dan terharu dengan apa yang berlaku, sangat kasihan kepada si anak menjadi tempat utk si ibu melepaskan geram…tapi sedih jugak tengok si ibu, muka memang nampak sangat dalam keadaan yang tidak stabil, tentu ada perkara yang sangat berat yang tidak tertanggung oleh si ibu sebab dalam keadaan normal mana ada ibu yang tidak sayangkan anak…

  4. Luruh hati saya melihat video tu. Tak sanggup rasanya nak tengok video tu lama-lama. Sedangkan anak orang lain pun tak sanggup dipukul diherdik, ini pula anak sendiri…

    Kalau kasih ibu di bawa ke Syurga, bagaimana jika dera ibu ? Nauzubillah… Tak sanggup untuk berfikir di luar kotak hitam…

    Semoga hukuman yang diberi dapat menyedarkan si ibu agar tidak mengulangi perbuatannya di masa lalu…

  5. salam. sedih & kesian tgk baby tu. tergamak ibu tu. dia lupa kot mcm mn time sakit nk bersalin…..

  6. saya rasa orang yang buat ni terlalu kejam….

    sebab apapun alasan dia, dia tak patut wat gitu….

    saya tak sanggup nak tengok video ni sampai habis…
    Jom terjah post menarik dari jedi ..Malam SunatMy Profile

  7. saya lebih memikirkan nasib bayi tu b’banding caci maki org yg marah dgn ibu bayi tu….kasihan bayi sekecil itu dipukul ibu sendiri & bayi tu juga cuba merangkak ke arah ibu mengharap ibu membelainya dgn kasih syg tapi yg bayi tu dapat adalah penampar & penerajang….sangat kasihan sehingga saya tak terfikir tentang kata2 yg memang kurang sedap didengar & dibaca tu….sampai sekarang saya cuma fikir mahu pergi kepada bayi tu dan memeluknya dgn kasih sayang………..terlalu sedih…..saya pula yg jadi tertekan memikirkan kasihan pd bayi ini….. ='(

  8. tapi ape alasan sekalipun si ibu tk wajarnye bt mcm tu.ape la dosa si ank tu,smpai kena mcm tu.sy juga seorg ibu,mmg la ragam ank ni kekdg mmg menguji kesabaran kte,tp ptut ke kte lemparkan segala tekanan hdup yg kte alami pada die…waras la ckit..entah la,ape pun alasan si ibu mmg sy tk boleh terima..maaf lah,,mgkin sy seorang ibu..sy sendiri dh alami kesusahan dlm menjaga si ank..tp alhamdulillah suami masih menolong sy dlm menjaga ank walaupun sy menangis ketika proses pembesaran ank,kerana ank sy sgt ssh masa kecil nya..kaki meragam..6bln sy dn suami tdo duduk bwh buai,ank sy meragam tk henti2..oleh sbb die susu badan suami hanya mampu menyandarkan sy ke badan nye di saat sy menyusukan ank..mlm tk tdo,esk nye nk kerja lg…ya Allah hanya tuhan je thu pengalaman tu..paling lama pun hanya 10-15 mnt saje tdo…tp itu btol2 mengingatkan sy supaya lebih menghargai ibu dn ayah kerana mcm tu la jgk ibu dn ayah sy menjaga sy..menangis tgk video ni,ank tu meranggak mintak dipaut dipeluk tp lnsung tk diendahkan..sedih btol..sy rs mcm nk dakap je baby tu..biar la sy jaga klau tknk jgn la bt mcm tu…jgn babitkan dorang dlm tekanan hdup kte…tolong la….tk sggup tgk isu dera ank ni..binatang pun sygkan ank die,knape manusia boleh bertindak smpai mcm ni..

  9. Assalamualaikum,
    Di blog en Hazrey ada banyak jawapan pasal kes ni, kalau sesiapa minat nak tahu boleh terjah sana baca.

    Saya juga rimas dengan pengomen, pencatat dan peluah perasaan yang terlampau2. Paling tak tahan, penuh wall FB dengan kata maki, sumpah seranah dll macam2 nama fauna dlm zoo dah berpindah masuk FB.

    Betul kita marah, kita tak suka dan kita sedih dengan kes tu, tapi makian dan sumpah seranah hanya beri gambaran tahap mana minda kita.

    Bila baca entri kak jie, sejuk dan damai je rasa…setanpun tak boleh nak cucuk suruh latah sama 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Loji Petronas Kerteh meletupMy Profile

  10. oh my god. saya tengok video ni sampai habis. Dahsyat~~

    Budak tu gagah nak bangun, merayu pada mak jangan dipukul, tapi ditempeleng nya jugak..Saya tak kahwin dan tak pernah jadi ibu lagi, tapi hati saya dah teriat-siat tengok video ni. Hairan si perakam tak mampu berbuat apa2 kah? Ambil video ni buat apa? Apa motif perakam ni sebenarnya?

    Selamat HARI IBU, mama.

  11. salam. pendapat saya…
    berterima kasih lah pada yg mengambil video tu, sebab dia, perempuan tu dah ditangkap.
    kalau tak kerna dia, ape nasib bayi tu skrang, maybe terus didera smpai skrg, dan dia(si perakam) pun dah cuba larang…perempuan tu mgkin ada tekanan perasaan /sakit mental. sama2 lah kite doa smga smua ni tak terjadi pada kita dan org2 terdekat dgn kite, dan bdoalah smga dia bertaubat. 🙂

    • Saya sangat bersetuju dengan Wawai…Seharusnya kita berterima kasih kepada “Si perakam” tanpa video ini kita pun tak mungkin tahu bahawa ada ibu yang begitu kejam..Dan sangat setuju juga dengan “Kujie2” Pandangan Kujie2 sangat lah positif, Ibu muda itu mungkin mengalami penderitaan (tekanan perasaan) hingga membuat dia bertindak sedemikian, Siapa tahu apa yang dia alami..kita semua tidak tahu keadaan dia yang sebenar..jd jangan lah kita mudah mencemuh sesama manusia kerana “Yang baik sahaja datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnga dari diri kita sendiri”

      • saya pernah dengar yg ibu tu dirogol, n dapat anak tu. sebab tu dia benci sangat. kalaulah berita ni sahih, ni mgkin pgajaran untuk kita smua… anak yg lahir memanglah tak bersalah ape2… tapi seeloknya, serahkan anak tersebut untuk org lain jaga. melainkan, si ibu benar2 sayang pada anaknya. tapi, kite kan manusia biasa, rasa bnci pada si perogol, mybe akan terbawa smpai ke benih (si anak) tu. pape pun, berbalik pada individu… Allahua’lam.

  12. aksi sepontan maza terus meradang dan mahu menerajang dgn kedua2 belah kaki ini, ….
    tapi sudah tau menang tak boleh terajang dgn dua2 belah kaki sbb akan jatuh.. kedebuk… kuikuikui..

    bagi maza apabila terlihat perkara mungkar lalu tetiba terasa marah itu petanda iman.

    pendapat maza, wanita a.k.a ibu itu walau pun sihat atau tidak waras perbuatannya patut dicerca… sudah terang lagi bersuluh…

    cuma, jangan terlalu bermain emosi, takut makan diri. ahaks. lalala..

    siasat tetap siasat, kena seranah sebagai tanda amarah ttg perlakuan yg bejat lagi terang2an tiada siapa boleh halang, kerana fitrah manusia yg x suka kemungkaran lagi2 penderaan seperti itu…hehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Jeram Di Kalumpang, Hulu SelangorMy Profile

    • Opsss.. sepakara lagi takut2 lupa..

      waema apa sekalipun tekanan yg ibu itu hadapi dia tak patut buat anak seperti itu..
      sekalipun dia meroyan..

      perkara mendera bayi yg melampau2 sampai kaki naik ke badan, penampar dewasa dan hempukan bantal sekuat hati ke atas bayi serta tumbukan padu ke muka dan badan tidak boleh dibiarkan dimaafkan begitu sahaja..

      Org2 beriman tentu sahaja tidak dapat menerima perkara tersebut. tentu sahaja marah! Tanda org beriman dia tidak suka kemungkaran, tanda org beriman akan mencegah kemungkaran.. tidak dapat tangan, kaki, tak dapat cegah dgn kaki mulut, paling kurang sekali pun dgn hati.. jadi, anggap ajelah dia org itu meluahkan kebencian, kemarahan terhadap perbuatan ganas itu dgn memaki hamun.. sekurang2nya kita tahu, dan memberi isyarat kepada org lain bahawa memang ada malah ramai di negara tercinta ini masih teguh beriman dan hendak mencegah kemungkaran!

      Tapi kalau ada org tu hanya melihat kemungkaran dan kebejatan yg melampau tersebut dgn berdiam diri, peluk2 bantal aje, tanpa buat apa2, dah lah tu buat2 tak tahu pulak, … entahlah, … nak kata apa lagi pun tak tau ler, tak normal ke hapa ke .. macam tak ada emosi anugerah Tuhan aje kuikuikui…

      Bagi maza nak marah dan mencerca biarlah kena tempat! Jangan salah tempat! nanti makan diri.. hehehe..

      Psst: Tuhan pun tak suka kita lembik selalu, opss.. maza lantun-lantun lah pulak.. terlebih makan kecubung agaknya.. heheheh sorry kengkawan.. tumpang lalu, sekadar pendapat hancing dari maza tu, jgn percaya ya.. hahahaha
      Jom terjah post menarik dari maza ..Jeram Di Kalumpang, Hulu SelangorMy Profile

      • Tuhan juga tak suka kita membabikan orang, mensialkan orang atau membodohkan orang… kalau tak dapat kawal marah nak maki orang, google ‘cara mengawal marah’ macam orang lain dok share kat facebook

        kita selalu cakap ‘lumrah’ org sekarang mcm tu kat internet, tapi kalau ‘lumrah’ itu benda tak baik, lebih baik kita tinggalkan ‘lumrah’ tu…. bukan utk org lain…utk diri sendiri.
        Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sedapnnnnnnya Kalau Tak BatukMy Profile

        • baiklah..
          lepas ni kita lihat perkara2 seperti itu, atau perkara2 mungkar lainnya dgn berkata “sabarlah,” “oh begitu”, ‘biarlah tentu ada sebabnya” ….

          psst: Nabi SAW pun pernah mencelakakan orang tau, tapi bertempat dan tak berlebihan.. contohnya hadis berikut:-

          Sabda Nabi SAW, “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa, celakalah!” (HR Abu Dawud).

          hadis ini lahir disbbkan Rasulullah SAW begitu marah terhadap perbuatan mungkar org2 yg lemab imannya dgn mengada-ngadakan cerita pembohongan (lawak) yang boleh mendatangkan fitnah besar yg dengan cerita itu juga bertujuan membuatkan org lain tertawa.

          Dlm surah al Huzamah ayat 1-2, Allah berfirman, “Kecelekaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela (pengeji). Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya”

          Ayat ini diturunkan di Mekah tatkala moral manusia di situ pada tahap rendah. Disebabkan mengutamakan harta kekayaan dan darjat, mereka menanggap dan mengangkat duit dan kekayaan itu tuhan mereka; segala2nya dlm kehidupan. Sehingga mereka sanggup mengadakan fitnah untuk menjatuhkan org lain dgn merendah2kan martabat atau darjat orang lain.

          Kalau diperhatikan dlm dua senarion di atas, hadis Nabi SAW mencela mereka yg melakukan kemungkaran dengan berkata celaka!… manakala firman Allah SWT dlm ayat al Huzamah itu pula Allah SWT mencela mereka yg melakukan perbuatan ‘fitnah, mencela/ mengkeji’ dengan niat jahat denngan menyebarkan fitnah yang dahsyat kpd org yg baik.

          Kesimpulannya; cercaan dibolehkan ke atas mereka yg melakukan kemungkaran! tetapi perlu terkawal emosi dan kena pada tempatnya.. kalau silap, contohnya mcm kak jie bagi contoh membabikan org yg baik, sudah tentu tidak kena tempat dan berlaku zalim.. tetapi kalau mencelakan di atas ‘perbuatan mungkar’ kerana berdasarkan iman, mengikut tafsiran contoh sirah diatas dibolehkan.

          Sungguh pun demikian, sebaik2 manusia itu adalah mereka yg bersabar dan menjaga lisannya. siasat tetap siasat, cegah tetap cegah kemungkaran waema dgn sekulimit kata hati!

          Sebgai insan yg mengaggungkan moral, sedapatnya menahan diri dari mencerca dan memaki! Takut2 tersalah tempat dan makan diri. Dlm hal, utk menjadi muslim yg mutaqqim maza setuju melazimkan perkara yg baik dan meninggalkan perkara2 yg boleh memerangkapkan diri dari perkara subahat!
          Jom terjah post menarik dari maza ..Jeram Di Kalumpang, Hulu SelangorMy Profile

  13. Saya tidak menonton penuh video ini kerana saya tidak mahu emosi mengawal diri. Kalau di rumah kita melarang anak-anak mencarut tetapi kawan-kawan mereka pula bercakap mencarut. Pantang saya kalau anak-anak saya mencarut. Saya agak terkilan seawal pra sekolah sudah pandai mencarut. 🙁
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday – # Bulan penuhMy Profile

  14. saya tertengok video tu dalam berita.. tengok sama2 dengan mak abah.. ada dengar mak saya istighfar panjang lepas berita tunjuk video tu.. perasaan seorang ibu mesti sedih bila tengok seorang anak kecil dibuat macam tu.. yang muda macam saya ni pulak memang rasa nak marah aje.. hehe.. tapi sebab taktau cerita sebenar so buat biasa jela.. marah2 pon bukan dapat apa.. dapat dosa lagi ada..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Permohonan Untuk Berkahwin dan Ujian HIVMy Profile

  15. memang tak sanggup nak tengok video tu.. saya tengok pun waktu ditayangkan kat berita TV9 malam tadi.. tapi saya lagi geram kat orang yang merakam tu… kenapa sampai hati dia cuma tengok je… cuma cakap kat mak budak tu sudah.. sudah.. kenapa dia tak cepat bertindak lindungi baby tu? kenapa dia tak terus je angkat budak tu kalau dah tau mak budak tu meroyan ke ape..

    • mula mula kak jie pun mcm tu juga, marah pada org yg dok melarang tanpa buat apa2
      tetapi cerita sebenarnya adalah dia merakam sebagai bukti, sebelum ini dia tak ada bukti untuk dibawa kepada pihak polis.

      selepas 4 minit 18 saat kita tak tahu apa kesudahan, kan… kemungkinan dia selamatkan budak tu

      dah, dia adalah saksi pendakwa
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bertemu Kala Hujan Dan Kini Tiada LagiMy Profile

      • Sama dengan Kak Long. Mula-mula Kak Long rasa terkilan juga bila orang tu cuma melarang tanpa cepat-cepat menyelamatkan anak kecil tu. Tapi kemudian, terfikir juga, mungkin dia nak jadikan bukti atau pun mungkin orang yang memukul itu akan bertindak agresif dan tambah membahayakan anak itu.
        Sukurlah budak itu kini dalam peliharan orang yang boleh menjaganya.
        Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Anak terseksa bila ibu dipukulMy Profile

  16. tak sampai 5 minit saya terus tutup vid tu kak jie.. tak sanggup nak tgk.. ‘kata org’ mak die smpai hati belasah bb dia mcm tu sbb mak die kurang sehat.. rs nk masuk je dlm vid tu n peluk bb tu kuat2.. bawak lari jauh dr mak dia..
    sy mng2..terus peluk bb saye.. bdn mngigil2.. sedih yg amat sgt bila terbayang2 keadaan bb tu.. semoga Allah jadikan saya ibu yang penyayang dan pengasih buat anak saya.. dan jd pengajaran kpd saya jg..
    Jom terjah post menarik dari Laily ..Jalan-jalan Hari MingguMy Profile

  17. Saya juga ada melihat di berita malam tadi. Kes itu nampaknya sudah lama. Hairan juga kenapa diperam setahun untuk didedahkan. Automatik juga polis mengatakan ibu itu sudah dijatuhi hukuman. Mmmm…cuba terfikir. Namun melihat keadaan bayi itu memang pilu hati. Masih menguit-nguit mengharap belaian dan kasih sayang namun dibalas dengan penderaan fizikal (bayi itu kelihatan belum mencecah usia setahun pun). Sakit badannya mungkin hilang, namun sakit pada perasaan dan mentalnya apakah lagi…Saya juga bukan seorang ibu yang sempurna dan diakui mendidik anak ini, terutama zaman ini amatlah mencabar. Di zaman manusia sukarela atau terpaksa mengejar material dan kesenangan hidup, tanggungjawab sebagai penjaga kandung kepada anak-anak kadangkala secara sengaja atau tidak terlepas buat. Namun betul kata kak Kujie kita juga mesti kaji dari sebelah ibu. Mungkin ada ‘dorongan tak terkawal’ membuatkan dia jadi sebegitu. Nampak dia juga amat ‘tertekan’. Mungkin masalah dengan insan lain atau apa sahaja…Secara logiknya jarang ada ibu mahu sewenang-wenang bertindak sedemikian. Andai kita mengenang Amanah dari Allah, InsyaAllah tidak begitu….
    Jom terjah post menarik dari adillaharun ..BUKU: UMNO PAS PKR SEMUA TAK BETUL? SIAPA BETUL?My Profile

  18. Saya pun tak selesa dengan reaksi pelihat video nie.. Tak tau sebarang info tapi dah ada lesen memaki hamun segalanya yang terlibat.. kesian si perakam yang mana tahu niatnya merakam untuk melaporkan pada polis.. mana la kita tau.. betul, tipulah tak simpati lihat si bayi kena begitu teruk.. saya yang belum ada anak pun dah rasa simpati inikan pula yang dah ada.. tapi kita kan ada undang².. hurm.. apa pun mcm kak jie tulis, si pesalah dah pun terima hukuman.. doakan si bayi sihat dan dapat terima ibunya nanti walaupun pahit..

  19. Assalam..
    Betul kata kakjie…ramai yang maki-hamun ibu tu…
    Dari satu sudut, rasa macam dia alami tekanan perasaan yang amat berat.
    Walaupun tak terkata apa tapi hati ada sedikit geram pada tukang rakam gambar tu….sangat-sangat la geram….boleh dia tengok saja dan membiarkan baby tu dipukul….
    Jom terjah post menarik dari iza ..Pulut ManggaMy Profile

  20. salam kak jie.
    pertama sekali kan.. saya nak cakap, saya tak sampai hati tengok video ni. tak tau la kenapa. takut saya terlebih emosi.. sering terbayang-bayang budak yang kene pukul tu.. macam macam lagi.

    tapi macam kata kak jie. mesti ada alasan kenapa mak dia pukul dia sampai macam tu. apa yang saya pasti, perkara tu bukan berpunca dari anak. anak-anak kalau menangis macam mana sekalipon, telinga mak lah yang paling tebal untuk tahan tangisan anak-anak. tak macam bapak.. telinga nipis. anak menangis sikit.. bapak dah lost control.

    ni kira bercakap untuk pihak diri sendiri jika nak compare dengan mama amirul. macam mana amirul merengek, mama dia still boleh handle.. mengamuk la macam mane pon. itu dah memang kekuatan seorang wanita. kecuali bila dipengaruhi faktor lain.

    soal mencaci menghina orang yang bersalah, pada saya.. mungkin mereka tak tau, ini kesah lama. pasal tu saya pon tak amik port sangat.. sampai polis pon terpaksa keluarkan statement.. ini cerita lama.

    kesalahan telah dihukum. selesai hukuman, biarlah dia jalani hidup sama macam orang lain. tapi sikap segelintir masyarakat kita ni susah nak pikir macam tu. kita mengadili manusia lain macam kita ni lebih berkuasa dari undang-undang ataupon lebih mengetahui dari Maha Mengetahui akan sesuatu.

    perkara dah selesai tak perlu bising-bising. mungkin sekarang ini adalah zaman gelap, lorong hitam, peristiwa pahit untuk si-ibu tu untuk menelan… mane tau besok lusa kita pulak dalam permasalahan yang macam tu. apa pulak perasaan kita bila dicerca, dihina macam tu. padahal kesalahan telahpon diadili dan dihukum.

    bila tengok balik ade blogger-blogger yang gunakan tajuk kesat-kesat, rasanya macam terpanggil nak menulis sesuatu. tapi lepaskan kan sini je la. Kita bukan manusia sempurna. mungkin sekarang kau hebat, satu masa nanti kau jugak akan buat salah. kau bukan maksum. itu yang kau perlu ingat.

    nak kata bagus tu idak la.. tapi bila seorang wanita yang berlabel ibu kita lemparkan dengan perkataan macam tu, rasa ade sikit tak kena pada jiwa saya dengan panggilan kesat tu. bukan nak sokong orang yang buat salah… YES betul dia salah.. tapi siapa kita nak gelarkan orang macam tu. apa mulia sangat diri kita di sisi Tuhan?

    Kau pikir lah balik tajuk-tajuk entri kau tu ye… tajuk yang konon HOT, tweet yang cambest menghina mak budak tu.. komen kat FB. sedarla.. kita tak semulia mana pon.

    Sorry kak jie.. sekadar luahan hati seorang bapak bila tengok masyarakat sekeliling mencaci seorang ibu tanpa tau sebab musabab terjadi benda macam tu.
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Menu Malam Ini – Kuew Tiaw Sup ala PaparichMy Profile