Mak Awak Blogger Ke?

Awal malam tadi Along dan Angah balik bersama-sama.   Along di Kajang, tiap Jumaat akan balik singgah di UniKL BMI Gombak untuk ambil Angah dan balik bersama.  Seminggu tak jumpa, nampak anak berdua tu balik rasa lapang rasa bahagia rasa kasih

Bab anak-anak ini mak-mak je boleh faham.

Pertama kali juga Angah balik  hujung minggu bawa pakaian untuk dicuci.  Tiga tahun belajar di Kedah yang tidak berpeluang balik hujung minggu.  2 tahun di Mrsm Merbok dan 1 tahun di Kolej Mara Kuala Nerang.

Dia ni jenis ‘anak mak’ , masih nak baring sebelah mak dan bersembang bercerita.

“Mama… kawan Angah tanya, mak awak blogger ke?”  Dia search BMI jumpa blog mama .. dia nampak gambar Angah ”

“Tapi mama tak letak gambar Angah pun kat entri tu..”

“Dia surf baca entri lain kot..”

 

Hai kawan Angah.

Jambatan Tasik Temenggor

Keluarga Kami – Jambatan Tasik Temenggor

Sebenarnya agak kerap saya terima cerita seperti ini dari anak-anak.  Sewaktu Along di SM Teknik Sepang pun ada kawan yang bertanya.  Angah di MRSM dan di Kolej MARA Kuala Nerang pun ada yang bertanya

” Mak awak blogger ke?  kujie2.com tu blog mak awak ke”

Sebab itulah saya sangat menapis apa yang ditulis mengenai mereka di blog.  Anak remaja dan anak sekolah rendah sangat berbeza.  Apa yang kita tulis sewaktu mereka di sekolah rendah tak ada siapa yang akan ambil peduli tetapi apabila anak remaja, saya kurang menulis mengenai mereka kerana saya perlu menjaga ‘zon peribadi’ anak-anak bersama keluarga dan rakan sebaya.

Kadang-kadang kita ni kalau gembira, mudah terbabas dalam bercerita.  Berkongsi duka berkongsi suka perlu ada sempadannya.

Anak-anak saya sedang berada di dalam zaman yang  membentuk pemikiran , pendirian  dan identiti mereka yang tersendiri.  Mungkin ada pendapat  antara ibubapa dan anak-anak  yang akan bertembung.  Kita zaman remaja pun sama, kan… ada juga beberapa konflik bersama ibubapa membabitkan pandangan dan kehendak.

Mereka juga mempunyai rakan sebaya yang akan mempengaruhi pemikiran, pendapat, cara berpakaian , gaya hidup mereka.  Evolusi yang dialami anak-anak juga pernah dialami oleh ibubapa, cuma dalam zaman dan persekitaran berbeza. Ibuapa tak boleh menentang  secara keras dan drastik elemen-elemen yang bercambah di dalam diri anak-anak remaja mereka tetapi jadilah pembimbing dan mentor yang bijak mengimbangi keadaan tersebut.

Tulis tentang anak-anak saja, air mata boleh je mengalir tanpa sebab.  Mak-mak je yang faham perasaan yang ada macam mana.  Tiba-tiba rasa lambat sangat hujung bulan, jadual bertemu suami!

Jangan lupa, kita jumpa esok di SBDDB di Hotel Singgahsana !

 

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. jadi blogger menyenangkan ya.. apalagi bila bisa hadir di berbagai gelaran seminar seperti anda ini
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Cek dan Pembayaran Tagihan Air PDAM Secara OnlineMy Profile

  2. senang seklai bla blogging bisa sekaligus share tentang keluarga seperti Kak Jie
    Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Get and Create a Free Blog From .Edu DomainMy Profile

  3. Saya teringin nak tulis pasal kisah famely dari saya kecil hingga saya dewasa sekarang.

    Tapi saya fikir banyak kali adakah ia boleh di-publish sesuka hati? ..

    Mungkin boleh, mungkin tidak. 🙂

    So, perlu barhati-hati dalam penulisan. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Asyrof Asri ..[PENGUMUMAN] Saya Akan Adakan Blogger ContestMy Profile

  4. lol lucunya.. mesti awkward ni..
    Jom terjah post menarik dari eldy ..McDonald Malaysia free drink refill stoppedMy Profile

  5. Faham apa yang kakjie ckp .. sbb tu banyak tapis juga ..blog jd kurang menarik jika banyak tapis , tapi apa ade hal .. peribadi lagi kena jaga ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Servis Pemasangan Grill , Kabinet Rumah & Autogate Di Kawasan Kajang dan Berdekatan Dengan NyaMy Profile

  6. Mahu tak terkejut, gambar member sendiri tiba-tiba keluar di blog famous. HAHA
    Jom terjah post menarik dari Ikhwan ..Apa Itu Blogbuster?My Profile

  7. blog kak kujie memang dah pemes dah nih. pembacaan sesuai untuk semua peringkat usia.
    Jom terjah post menarik dari fyna ..Tips Blogging Terbaik : Blogger Peramah? Perlu Dan Penting Ke?My Profile

  8. betul2..kita kena berhati2 dan menapis segala apa yang kita ingin utarakan 🙂
    Jom terjah post menarik dari HafizAmri ..Cara Menghilangkan Kesan Hitam Di Bawah MataMy Profile

  9. Kuat betul SEO blog kak Jie ini. Tak terkalah kata Titan.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Majlis media pelancaran DiGi WWWOW Awards 2013My Profile

  10. Wahhhh, budak2 sekarang pun kenal dengan kak Jie ye… Femes ni.. bukan setakat baya kami, baya anak2 kak Jie pun kenal 😀
    Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..Review Hotel Singgahsana, Petaling JayaMy Profile

  11. Hari tu pernah terjumpa keluarga blogger. Dari ayah ke anak-anak masing2 ada blog sendiri. slfhost punya blog lagi. power2.. hehe
    Jom terjah post menarik dari Bidadari ..Peranan suami ketika isteri hamilMy Profile

  12. hehe…bagus betol jdi blogger pun femes x payah susah2 jadi retis haha ^^
    Jom terjah post menarik dari Muhammad Faiz ..5 Keys to Raise Good KidsMy Profile

  13. Kan kak kan… mak mak je faham…
    Bila ina tengok balik gambar-gambar anak ina zaman dia masih kecik dulu, rasa macam cepat sangat masa berlalu. Cepat je berubah rupa anak.

    Bila kira masa bersama anak, nanti dah sekolah menengah, mungkin dia akan duduk dengan kita, mungkin dia akan ke sekolah asrama. Masa tu dah rasa sunyi.

    Even konon nak dating dengan suami je, anak letak kat taska. Still rasa macam kehilangan. Huuu…
    Jom terjah post menarik dari ikoko ..TargetMy Profile

  14. SM Teknik Sepang tahun bila kak?
    Jom terjah post menarik dari Man ..30+ Design Professional Kad PerniagaanMy Profile

  15. Femas mak dia daripada anak. Hehe.. Butul tu kak. Maybe anak-anak dah besar ni dia perlukan ruang privasi. Mungkin rasa malu tu dah ada kalau terlalu didedahkan kisah mereka,
    Jom terjah post menarik dari Hazmin Hamudin ..KeesamusMy Profile

  16. Bahaya juga kan kalau expose sangat pasal anak ni..takut anak tu sendiri tak selesa bila cerita pasal mereka jadi bahan bacaan.
    Jom terjah post menarik dari hafizrahim ..Panduan Menjahit Baju KurungMy Profile

  17. Nanti anak2 saya dah besar pun saya nak buat mcm kak jie la.tu pun klu masih bergelar blogger…tapi klu bukan blogger pun kena jaga jugak kan,tak boleh nak citer sebarang2 je pasal anak2 ni
    Jom terjah post menarik dari diana ..BUANG MASA JE BERCINTA SATU TEMPAT KERJAMy Profile

  18. suka dengan second last paragraph hanya mak jer yang faham perasaan macam tu…tu sebab kekadang rindu dgn anak di PUSASDA (dah lama tak jumpa) dan UIA…
    Jom terjah post menarik dari sukma ..PERAJURIT MUDA MASUK HUTAN DI SUA BETONG PORT DICKSONMy Profile

  19. lama sangat eh?? hehe
    Jom terjah post menarik dari titan ..Ulu Lubai.My Profile

  20. Terbaik SEO blog ni ye, search kat enjin carian google boleh jumpa Mak kepada kawan-kawan…salam pkenalan, kite blogger baru..mohon tunjuk ajar hehe..
    Jom terjah post menarik dari Elih TBOE ..Mohon Permudahkan Kami Komen Di Blog AndaMy Profile