anak mak

Masalah Anak Remaja

Hentian Titiwangsa Lebuhraya Timur Barat

Angah telefon semalam.. macam biasa, dia akan telefon atau buat  ‘panggilan rindu’ ( miss call )  selang dua hari,  70 peratus perbualan kami berkisar pada cerita  mengenai rakan-rakan sekolej.

9hb Mac adalah final exam.  Masing-masing agak ketat dengan persiapan akhir, maka muncul pula pelbagai peristiwa yang menduga.

Kes 1

Saudara terdekat terkorban dalam operasi di Lahad Datu, Sabah.  Kata Angah sedih melihat dia muram dan bertambah sedih apabila diwar-warkan kepala bapa saudaranya dipancung.  Saya tak pasti siapa yang memulakan penyebaran berita kes pancung ini tetapi kesan yang dirasai oleh saudara mara terdekat sangatlah berat.  Emosi seorang anak yang sedang menempuh peperiksaan akhir yang menderita.

Bukan ahli keluarga kita, ligatlah mempersoal itu ini.  Kalau perihatin, berdoalah tiap 5 waktu dengan kusyuk dan tawakal.  Yakin dengan perlindungan Allah S.W.T

Kes 2

Kawan rapat yang ada adik sedang mengidap penyakit kronik.  Saya tak pasti barah atau bukan.  Dua hari lepas, adiknya meninggal dunia beberapa jam sebelum operasi pembedahan yang dirancangkan di Singapura.

Hampir tengah malam sewaktu pembedahan itu sepatutnya dilakukan, kawan Angah tiba-tiba mendapat panggilan telefon dan berlari keluar sambil menangis.

Kes 3

Rakan sekelas seorang perempuan berselisih faham dengan BFF .  Pergaduhan yang berlanjutan ini menganggu emosi sehingga pelajaran terjejas.  Angah cakap dia cuba mendamaikan dua sahabat ini tetapi macam tak berkesan.  Pelajar ini baru kehilangan ayah yang meninggal dunia.  Dia amat rapat dengan ayahnya sehingga dia mengadu ‘ kalau ayah aku ada, mesti dia tahu nak buat apa”

Angah rasa dalam seminggu ini dia akan cuba membantu rakan sekelasnya ini untuk bertenang dan hadapi ujian dengan lebih tabah.

Kes 4

Selepas study , dia dan kawan-kawannya berjalan di padang ambil angin petang. Berteduh dibawah pohon rendang , dibelai angin sepoi-sepoi bahasa, melapangkan fikiran melihat dedauan yang gugur sambil berbaring.  Bila waktu untuk beredar, seorang kawannya masih tertidur tidak sedarkan diri walau dikejutkan berkali-kali.

Akhirnya mereka dapatkan pensyarah dan dibawa  ke hospital.  Waktu diangkat ke dalam kereta, dia masih tidak sedar.   Kemudian dapat berita, kawannya dah sedar selepas dicucuk 2 kali.

Tekanan peperiksaan akhir  bagi pelajar asasi yang padat, mungkin.

anak mak

Dengan begitu banyak masalah rakan-rakan sebaya, saya tanya dia ” Angah dah ready ke nak final exam minggu depan?”  Rasa lega bila dia menjawap dengan positif.

Saya tanya lagi ” Angah bercerita semua masalah kawan-kawan, Angah ni ada masalah tak?”

Sebelum  jawap dia gelak kuat-kuat.

” Ada………… masalah Angah, tiap kali telefon mama, mama tak mau sembang lama-lama dengan Angah”

Selang sehari bercakap kat telefon, tiap sesi lebih 30 minit pun dia cakap tak cukup.  Mailah balik dok bawah ketiak mama…..

nota :  

  • Blog mak² mesti cerita anak²
  • Intan juga ada seribu satu cerita masalah kawan-kawan sekelas.
  • 9hb Along  cuti sem 3 minggu kemudian 15hb Angah balik untuk cuti 5 minggu sebelum praktikal 2 bulan.
  • 23hb Intan pula cuti penggal persekolahan
  • mula merancang untuk percutian keluarga.. bukan senang nak cuti serentak

 

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

40 thoughts on “Masalah Anak Remaja”

  1. Masa remaja dulu omaklah tempat den mengadu masalah awek pun den cerita …tapi den anak omak dan ayah bukan anak omak jer

  2. 1. hehehe…angah ni mmg anak mak yer.. 🙂
    2. jadual asasi mmg padat yg amat..kalau tak cukup bijak mengawal, mmg mcm2 boleh berlaku…
    3. tahniah kat angah sbb dpt jadi ‘bahu’ utk kawan2…ada bakat cam kak jie jugak..hihi
    4. good luck utk angah dan semua yg nak exam
    5. saye mmg cukup pntg dgn manusia yg bercakap tak pernah nak fikir dulu. noktah.
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Glasses, Cat & Gift 2013 Edisi Belajar Memahami!My Profile

  3. Siapa lagi pendengar setia kalau bukan ibu sendiri. Tidak semua anak remaja yang belajar di menara gading berani berkongsi masalah mereka dengan kaunselor.

    Saya faham situasi yang dialami oleh Angah kerana pernah melalui pengalaman yang sama tetapi saya selalu bertemu dengan kaunselor untuk mendapatkan kaunseling kerana sepenuh masa berada di kolej. Kalau duduk dirumah boleh dapatkan nasihat daripada orang tua.

    Apa bila sudah bekerja dan berkeluarga sudah matang untuk menangani masalah-masalah yang hadir. Kalau buntu kepadaNya menadah doa untuk memberi jalan dan keputusan setiap permasalahan. Ahh…emosi betul tulis komen ini.

  4. Comelnya angah! Saya pun selalu jawab macam tu dekat mama saya.
    Tiap kali nak exam, kalau mama saya call, dia mesti tanya, benda yang sama.
    Saya pun akan jawab, “masalahnya mama tak nak cakap dengan angah lama-lama”

    Tapi, bila tengok jam, dekat sejam juga kami berbual.
    Jom terjah post menarik dari Farah ..6 monthsMy Profile

  5. hehe 30 minit borak katanya tak lama, hope dia dpt jwb exam dgn baik dan tak tganggu dgn mslh kwn2.

  6. sama lah tyka.
    kalau belajar di uitm tu, kalau bole setiap malam nak call mak.. eh mak call tyka.. misscalled tu biasa la kak jie.. hehe..
    dan kalau boleh setiap minggu balik rumah..
    kalau di uitm jengka, musim exam juga dikenali sebagai musim histeria..
    setiap malam ada je histeria. ustaz pun kena overtime…
    tyka tak histeria, cuma benda tu kacau kacau je. TOLONG gerakkan kerusi la…
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Jangan Kau BerlagakMy Profile

  7. kakjie, anak besar kita cerita masaalah anak yang dah besar , anak kecil mesti cerita masaalah anak2 yang kecik , mau tak mau benda ni pembaca juga akan faham . Ibu mesti dengan anak2 nya . Kalau kita lupa update pasal anak2 maka apakah akan terjadi pasal anak2 tu pula.
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Invoice serta terma dan syaratMy Profile

  8. Haa.. Elok la balik rumah terus boleh duduk bawa ketiak mama. Pastu boleh sembang lama-lama. Hehe.. Macam2 hal jugak anak remaja ni ek. Zaman remaja saya dulu takde pulak kes2 macam ni.. Rasanya laa.. atau mungkin saya dah terlupa..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Pokis @ Kuih KeretapiMy Profile

  9. Salam,
    Masa remaja masa yg paling penting dalam mencorakkan sifat serta perlakuan kealam dewasa. Rakan2 mempunyai pengaruh paling besar. Syukur alhamdulillah jika dia bijak memilih kawan. Pastinya bimbingan dari seorang ibu adalah yg terbaik.
    Cerita ke 4 tu macam pelik skit, kawan angah tu sakit ape sebenarnya, boleh sampai pengsan, sedangkan hanya berehat berbaring dibawah pokok.
    Jom terjah post menarik dari Bin Muhammad ..Wordless W#3 : Tipah Tertipu!My Profile

Comments are closed.