Muka Macam Musang

Cerita anak beranak sambil bergolek golek sebelum tidur.

Intan Yang Busyuk : Cikgu Intan tu pandailah mama…. dia tengok muka orang je dia boleh teka kita macam mana….Dia kata Intan ni suka pok pek pok pek dengan mama….tengok muka dah tau

Mama Yang Wangi : Apasal tiba² je cikgu cakap macam tu?

Intan Yang Busyuk : Cikgu cakap kat Ah Fee , tengok muka dia pun dah tau….dia jenis tak banyak cakap dengan family. Cikgu suruh Ah Fee tanya Intan macam mana cara nak bersembang dengan mama.

Cikgu cuba beritahu Ah Fee, komunikasi penting dalam hubungan anak dan ibubapa.

Menurut Intan, kawan baik dia Ah Fee tu pernah bercerita tentang hubungan kurang mesra mereka sekeluarga.  Dia ada seorang abang dan keluarganya ada kedai runcit.

Intan Yang Busyuk : Dia kata muka bapa dia macam musang. Saya terus terbayang  mozilla firefox

Kata pakar motivasi , bahagia itu perasaan yang dikaitkan dengan hati, jiwa, fikiran atau rohani. Rasa bahagia tidak dapat diterjemahkan dengan ayat atau frasa tetapi dapat dilahirkan melalui jasmani seperti keceriaan, bersemangat dan bermotivasi.

Seorang guru yang mengenal murid²nya boleh tahu perwatakan dan konflik yang sedang dialami mereka dan cuba untuk mengatasi.

Intan Yang Busyuk : Minggu lepas cikgu Pendidikan Moral tanya siapa yang peluk emak dia dalam tahun ni….Intan seorang saja yang angkat tangan!

Mama Yang Wangi : Intan tu bukan peluk mama hari²..kalau boleh menetek pun nak…

hahahaha….kena tendang sedas!

Mama Yang Wangi : Dah…jom tidur, esok kena sekolah….padam muka!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. pandai cikgu tuh kak~hehehe
    prihatin betul..komunikasi dlm fmily mmg penting..
    klu bt tak hirau jek anak tuh,mesti dia akan rasa terabai..
    pastu dekat sekolah mcm nak menyendiri jek..
    kne bagi perhatian lebih wlpn sibuk bekerja.. :mrgreen:
    tapi bkn smua ibu bapa bleh faham apa yg anak dia rasa..

  2. 😀 Eh ? Tak pe, Kujie. Tak kisah pun. (kontrol macho,walaupun sebak-tak nak ngaku)

    Pengalaman tukar2 sekolah ni, abg ada banyak gak. Sekolah rendah 3 kali tukar, sekolah menegah 2 kali pindah. Mcm org Nomad pulak, kan? 😆
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..DATING DENGAN KENALAN FACEBOOKMy Profile

  3. Fuh ❗ Saspen la, Ann…

    Nasib baik peluk sesama jenis… 😆
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..DATING DENGAN KENALAN FACEBOOKMy Profile

  4. mama intan wangi ker….ha ha ha
    Jom terjah post menarik dari ann ..Jamilah oh JamilahMy Profile

  5. tak aapa adela ….mulakan dari sekarang….peluk ibu setiap kali jumpa.di algeria….mereka sering peluk tiap kali jumpa….tapi sesama jenis la…..
    Jom terjah post menarik dari ann ..Jamilah oh JamilahMy Profile

  6. terer la kiranya cikgu ni. bleh main teka-teka plak. ni kalau soh dia teka no ekor mesti kene ni

    *gurau je.heheheh
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Senarai terkini orang terkaya di Malaysia 2011My Profile

  7. hmm…cikgu Intan yang busyuk memang bijak, mendekati pelajar perlu untuk menarik minat mereka.
    Mama dia yang wangi lagi bijak, sebab boleh membuatkan anak-anak dia berkeyakinan dan berasa sangat beruntung.
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Kasihannya- tak ada siapa nak tegur dia…My Profile

  8. Salam,
    anak saya semuanya lelaki.. bila saya peluk saya kata ibu sayang anak-anak ibu..
    memang deme malu2.. kena2 kalau depan kawan2..
    tapi saya berhasrat akan jadikan amalan.. sampai bilapun namanya anak kan?
    Jom terjah post menarik dari isza ..Lingkup!My Profile

  9. itulah sebaik2 guru..boleh baca pemikiran anak murid…

    ibu bapa pun kena juga amik peranan yang sama dalam usaha melahirkan anak yang cemerlang dan gemilang :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Ketam Labah-labah Semakin MembesarMy Profile

  10. Sedih saya baca entri ni… mungkin tiap kali saya tulis entri bab mak mak ni mesti abang zul sedih…saya minta maaf ye

    nak buat mcm mana..dah blog mak mak. 😆

    anak sulung saya sekolah rendah dia ada 3 sebab masa tu kami selalu berpindah2… kesian tak pernah ada kawan karib

    bila kami dah buat keputusan menetap di sini, dan bila suami kerja outstation, saya tak ikut lagi – untuk anak2 hidup dengan kehidupan dia, sekolah dia..kawan2 dia.

    dulu raya balik 2 kampung je…sekarang nak kena bahagi 3 rumah, sebab di sini juga kampung dia , ada kawan2 dia.

  11. mujurlah peluk cium mak ayah sblum balik kolej biasa buat..tp nak peluk saje2 xdenya.. 😀
    Jom terjah post menarik dari adele ..Theme Baru bersama Intrepid@ThemocracycomMy Profile

  12. zaman kak jie pun…agak kekok nak peluk2 adik beradik sendiri

    kasih sayang bukan dgn ucapan…

    tapi anak2 kak jie mgkn dah biasa tengok kami suami isteri, anak beranak peluk sesama sendiri…

    yang sulung dah 19 thn pun masih peluk kak jie, masih cium pipi
    dah biasa buat

  13. Salam

    sudah kami tinggal berdua…esok2 bila abah dia balik
    kena perembat pi tidoq bilik sendirilah 😆

  14. Salam,
    Jeles dengan Intan boleh peluk-peluk dan tido dengan mama lagi 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Membayar HutangMy Profile

  15. firefox = musang berapi
    ada hubung kait tak? 😆

  16. ok la..semua cikgu boleh kenal anak murid.
    sbb lama kan..
    Jom terjah post menarik dari luthfi ..PANAS Kasihan Bro Campro FuntastickoDesign!My Profile

  17. bagus mengamalkan budaya peluk memeluk antara ahli keluarga..tp jgn over2 ye. mcm sy sendiri budaya ni mmg tak pernah amalkan mungkin sbb malu, lgpun kecik2 dulu x diajar pun..jeles tgok family yg mesra di tahap bgini..huu
    Jom terjah post menarik dari adele ..Theme Baru bersama Intrepid@ThemocracycomMy Profile

  18. Hmm susah hendak cium anak-anak lelaki macam kena kejar ayam setiap kali hendak peluk dan cium terutama Abang Long 🙂

  19. dush…kena tendang!

    dah 12 thn pun , kalau tidur tangan dia masih merayau mcm baby nak menetek..adeihhh anakku

  20. seronok kan bila balik sekolah anak2 nak share gossip dia dan sekolah dgn kita

    kadang2 dia kena fire balik….’itulah…mama dah cakap, kan kena rotan’

    kadang2 kawan2 share cerita sedih, gembira – dia pun share dgn kita

  21. Bukan nak mintak simpati, tapi terkenang2 masa Ahmad Asri berbual2 dgn ibu dia (masa tu cakap pun pelat2 lg).

    Sekarang berbual ngn ayah je lah, pastu bertekak ngn Maktok dia…

    Tentang sekolah, baru bulan Februari dah 3 kali tukar kelas. Naik ke kelas yg lebih baik (bangganya!) cuma satu yg tak berapa setuju, tak sempat nak kenal kawan dan cikgu kelas dah tukar ke kelas lain.
    Satu sudut ok, pasal ada persaingan, satu sudut tak ok pasal dia kena ambik masa untuk sesuaikan diri dgn persekitaran kelas baru…
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..DATING DENGAN KENALAN FACEBOOKMy Profile

  22. sekolah Intan, biasanya tak tukar guru kelas selalu…3-4 tahun dgn guru yang sama…dia org lebih kenal rapat

    cikgu boleh kenal seseorang tabiat muridnya – murid pun kenal tabiat dan mood cikgu…hehe

  23. alahai…seronoknya
    baca pun rasa nak p peluk2 cikgu 😆
    cikgu yang luangkan banyak masa dgn murid…sepatutnya mmg ada hubungan yang baik..rapat..seronok kadang2 tengok cikgu sama2 meloncat kat padang dengan murid2 dia…
    atau cikgu berdiri sekeliling murid2
    bukan senang nak control budak2 30-40 orang ( satu kelas )

  24. anak sulung kita tu tak balik minggu ni…malam tadi hantar sms

    ” mama…nak topup”

    erk… mama le juga!

    kami ni berdua je dgn Intan..mmg logiklah boleh share cerita sama2

  25. hehehe sib baik x menetek lagi…adoiii lawak plak 😆
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Cuba teka nak ke manaMy Profile

  26. setuju… sebab mama memang wangi, anak yg busyuk!
    dengan anak sulung dah macam kawan je.. hari2 makan sama2.. berborak sama2. pelukkan seorang ibu akan anak ingat sampai dia tu..

  27. Bukan setakat cikgu je boleh baca airmuka murid..
    kalau dah rapat.. murid pun boleh baca airmuka cikgu..
    macam saya yang cuba nak cover dari menangis tapi bebudak tu tahu pula saya tengah sedih..
    padahal dah buat2 ceria jer..
    siap datang peluk cikgu lagi..
    terharu sangat..
    Jom terjah post menarik dari isza ..Lingkup!My Profile

  28. haihhh kenapa firefox yang boleh masuk dalam fikiran tu 😛
    Jom terjah post menarik dari suffer8zine ..Utusan Rasmi Dari Devilzc0deMy Profile

  29. kagum dengan cikgu yang boleh kenal anak2 murid sendiri…

    selalu anak murid ja yang kenai cikgu, terutama yang cengil macam auuummmm….hehehe
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Kancil vs Alam FloraMy Profile

  30. habis la lepas ni. 😆
    Jom terjah post menarik dari syafiq.net ..woo aku mahu!My Profile

  31. komunikasi dua hala antara anak beranak.. hehehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    setakat hari ini, maza lebih banyak mendengar aduan anak2..
    macam2 cerita dok ada… hahahha

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  32. kat sjkc – jarang tukar guru kelas…. biasanya guru kelas yg sama 3-4 tahun

    jadi cikgu ada banyak masa untuk mengenali murid2 dgn lebih dekat, tak perlu bagi salinan surat beranak tiap tahun…hehe 😆

  33. entri provokasi …kejap lagi dia balik sekolah
    menjerit lagi lah depan pc ni..baca entri 😆

    budak2 pun dah pandai lahirkan perasaan dia…

  34. kenapa mak dia wangi anak dia busyuk 😆

    kalau muka macam musang mesti ayahnya agak tegas kot.. dan garang.
    Jom terjah post menarik dari syafiq.net ..woo aku mahu!My Profile

  35. pandai cikgu tu baca air muka pelajar..

    kalau kita gembira, orang akan nampak kita gembira. kalau kita kurang gembira, memang terserlah di muka.. 😀
    Jom terjah post menarik dari serol ..Nombor telefon di facebook-sila jaga privasi andaMy Profile

  36. sis… cikgu tu ahli nujum kot? hehe
    Jom terjah post menarik dari zairie ..SEGMEN BLOGGER PANAS – PUNYAI 1000 – 1500 FOLLOWER My Profile

Trackbacks

  1. […] Terus teringat kisah seseorang yang muka macam musang – baca di sini – Muka Macam Musang. […]