Sejuk perut ibu mengandung

ustaz muda

Angah dah selesai 2 minggu di Kem Smart Al-Quran Nurul Hasanah. Balik dengan serban bukan main besar.   Yang tak selesai lagi, debar tunggu keputusan PMR .

Rumah saya kalau cuti-cuti sekolah memang tak pernah sunyi. Mak dan adik saya dah balik, anak saudara dari Meru pula sampai.  Setiap tahun memang anak-anak saudara saya dari Kedah atau pun Meru datang habiskan cuti di sini. Kadang-kadang terfikir, 10 tahun lagi masihkah mereka ingat untuk datang menjengok Mak Uda/ Mak Long dia orang ni?

Atau pada masa tu dia orang tulis blog, kenangan dulu-dulu datang bercuti di rumah Mak Uda/ Mak Long masing-masing..hehehehe

Pagi tadi kami bersarapan di air terjun [link]- 5 minit perjalanan dari rumah. Ingat kami yang paling awal sampai, rupanya semua lot parking dah penuh.   Saya bawa Pajero, jadi bolehlah meredah jalan mendaki ke tempat lebih jauh.

Sejuknya macam mandi ais sampai kecut…meriah dengan suara kami 14 orang!

p/s – satu lagi entri hari minggu – tanpa faedah!

p/s – dah seminggu tak boleh transfer gambar dari  SE, tadi scan h/phone- ada 3 trojan, semua dari fail muzik.  Kerja anak-anak lah ni…. tak mungkinlah saya yang save lagu Avenge Sevenfold, Arctic Monkey,Bittersweet , Bullet For My Valentine, Couple, Fall Out Boy,Julie Goes Overseas ,Republic Of Brickfields – dan entah apa-apa lagi.

©Kujie – rasa hangat juga perut ibu yang mengandung

Post Lain Yang Berkaitan

52 Berkongsi Rasa

  • Pada 2009.12.13 16:19, beliamuda menulis:

    daripada sejuk boleh jadi hangat balik eh? :lol:
    beliamuda´s last blog ..Young Doctor Programme Series: A Lifetime Experienced at HUSM My ComLuv Profile

    • Pada 2009.12.13 16:21, Kujie menulis:

      @beliamuda, itulah bile nengok hp dah kena virus bagai2… mmg kerja dia org ni letak lagu entah apa2 tu….indie la konon tu :lol:

      • Pada 2009.12.13 16:21, blowie menulis:

        hahahahahaha,Bullet For My Valentine? Avenge Sevenfold? Kakjie mmg ibu rock la,tak salah lagi hahaha.

        btw kakjie pi air terjun kat mana? ^_^
        blowie´s last blog ..Sukan SEA : Bolasepak Malaysia live? memang kartun! My ComLuv Profile

        • Pada 2009.12.13 16:25, megat menulis:

          seronok tengok perjalanan sebuah keluarga bahagia. hanya mampu melihat buat masa ini (hu3).

          ps – adeh tinggi betul penangan trafik kat blog ni (ha3)
          megat´s last blog ..Wanita Hebat Bersama 11 Lelaki Hebat! Mahu Pecah Rekod? My ComLuv Profile

          • Pada 2009.12.13 16:26, Kujie menulis:

            @blowie, bukan kak jie le …mesti anak2 tu….. tadi scan hp sbb dah seminggu tak boleh transfer gambar, dia mati sendiri… :lol:

            air terjun tu dekat je dgn rumah – belakang Pusat Serenti Serendah

            • Pada 2009.12.13 16:31, Kujie menulis:

              @megat, Kak Jie cuti – tp jadi pengawas tgok apa yg tak betul – nnt boleh betulkan.

              issshhh…. mana lah awk tahu trafik tinggi ? hujung minggu ni nk cecah 800 unique visitors pun berat :roll:

              • Pada 2009.12.13 16:36, beliamuda menulis:

                @Kujie, eh, bukan indie tu… tu rock namanya.. takpe, lagu je kan… ustaz rock? :mrgreen:
                beliamuda´s last blog ..Gambar PM Sedang Berkicau My ComLuv Profile

                • Pada 2009.12.13 16:40, ariff menulis:

                  kadang2 xpayah transfer apa-apa pun kat phone tu trojan boleh masuk.
                  kene selalu scan pc la sebelum connect apa-apa kalau nak lagi selamat
                  ariff´s last blog ..Light Painting Tutorial My ComLuv Profile

                  • Pada 2009.12.13 16:48, kenari menulis:

                    Kujie…kalau smua dh kat saf tu, sapa pulak yg snap foto? :roll:

                    moga anak2 kujie smua menjadi insan beriman bila dah keluar dari kepompong keluarga
                    kenari´s last blog ..Jejak Kasih 12.12.2009 10.00pm My ComLuv Profile

                    • Pada 2009.12.13 16:50, zati menulis:

                      sejuk mata ni melihat :)
                      zati´s last blog ..Hidup macam roda..tapi roda aku?? My ComLuv Profile

                      • Pada 2009.12.13 16:51, Kujie menulis:

                        @kenari, saya le .. tgh cuti bulanan…sambil2 jadi cikgu…nk intai mana yg salah mana yg nak dibetulkan.

                        • Pada 2009.12.13 16:52, Kujie menulis:

                          @ariff, nk transfer baru perasan, mgkn lama tak scan kot.. anggap mudah :lol:

                          • Pada 2009.12.13 16:54, Kujie menulis:

                            @zati, anak saudara kak jie tu..sepupu2 intan tu…semua sama umur, cuma syasya ( adik Aqmal ) muda 2 thn

                            • Pada 2009.12.13 16:56, kenari menulis:

                              @Kujie, ooooo cuti yeeeeeeeee….anak2 teruna tu dah faham la ye nape mama tk join kat saf :razz:
                              kenari´s last blog ..Jejak Kasih 12.12.2009 10.00pm My ComLuv Profile

                              • Pada 2009.12.13 16:58, luth textile menulis:

                                oh kak .. besarnya serban.. bagusla..
                                nanti boleh jadi imam besar lagi dlm rumah…

                                • Pada 2009.12.13 17:01, Kujie menulis:

                                  @kenari, dah faham dah…kami selalu travel..selalu singgah masjid…kadang2 saya tak ikut dia org masuk masjid – jadi kena terangkan sebab-sebabnya…

                                  jadi – dia pun dah faham tu

                                  • Pada 2009.12.13 17:06, Kujie menulis:

                                    @luth textile, 10 tahun lagi kot…hehehe..masa dah jadi suami :lol:

                                    • Pada 2009.12.13 17:35, x-po menulis:

                                      bgs la kalau cm2, drpd duk ajar anak nyanyi kat rancangan idola kecil tu..tah apa2 rancangan
                                      x-po´s last blog ..AKU TAK AKAN TOLONG ORANG TU, SORRY YA My ComLuv Profile

                                      • Pada 2009.12.13 17:55, arin menulis:

                                        kompem tiap2 malam hati angah berdebar2 nunggu result PMR..
                                        arin´s last blog ..McD Melaka Mall My ComLuv Profile

                                        • Pada 2009.12.13 18:03, takumi menulis:

                                          angah… :shock: ;-)
                                          gud boy!
                                          takumi´s last blog ..Wedding Saiful & Norzila My ComLuv Profile

                                          • Pada 2009.12.13 18:09, aloqmalai menulis:

                                            Alhamduliiilah…menjadi anak2 kak jie….

                                            **bukan takat rock saja anak2 kak jie,siap ada yg reggae lg tu…huhu
                                            aloqmalai´s last blog ..131209 : hiburan minggu ini… My ComLuv Profile

                                            • Pada 2009.12.13 18:16, Kujie menulis:

                                              @takumi, kami g mandi air terjun la tadi…tak jeles ke..tak jeles ke…

                                              mama hang, firdaus, khaleda, noami, acik adi, adik as, acik anna, wani, syasya, aqmal..semua ikut

                                              tak jeles ke..tak jeles ke.. :lol: :lol:

                                              • Pada 2009.12.13 18:18, iza~de~bintang menulis:

                                                Waaa nampak bersajak bila angah pakai cam tu :smile:

                                                sejuk panas, sejuk panas nanti luluhawa Kak Jie :lol:
                                                iza~de~bintang´s last blog ..Mengelilingi Seluruh Malaysia Dalam Masa Erk..3 Jam…? My ComLuv Profile

                                                • Pada 2009.12.13 18:26, Kujie menulis:

                                                  @iza~de~bintang, kata embah dia..org yg lahir dgn tali pusat terbelit di leher
                                                  pakai baju apa pun

                                                  ‘terletak’ :mrgreen:

                                                  dah tu leher panjang mcm angsa :lol:

                                                  itule…mula2 tu sejuk….. last tgok hp segala mcm dia save..hangatlah pula

                                                  tapi sejuk campor hangat – suam je kot :lol:

                                                  • Pada 2009.12.13 18:31, joegrimjow menulis:

                                                    dulu pernah imamkan mak
                                                    die pon terharu ;)

                                                    • Pada 2009.12.13 18:33, Tie menulis:

                                                      Err… nak tanya sikit la Jie,

                                                      Dulu Tie fikir kita ni kena pakai telekong sembahyang warna putih je.. pastu ada renda2 warna warni tu tak apa..

                                                      Sebenarnya memang tak ada peraturan warna ke pakaian untuk solat tu ? Tie ni masih jahil lagi laa… Jie terangkan, ekk .
                                                      Tie´s last blog ..Pudding My ComLuv Profile

                                                      • Pada 2009.12.13 18:33, Kujie menulis:

                                                        @aloqmalai, perjalanan mereka masih jauh…harap2 berkekalan imanmya

                                                        masih dlm kawalan – kami anak beranak boleh cerita semua hal…

                                                        • Pada 2009.12.13 18:53, Kujie menulis:

                                                          @Tie, kena balik pada rukun dan syarat sah solat. Tak pakai telekung pun boleh solat – syaratnya menutup aurat .

                                                          ada yang pakai jubah hitam – pastikan stokin yg tebal

                                                          ada juga membaca – katanya ikutlah persekitaran – kalau persekitaran kita pakai putih, gunalah putih.

                                                          • Pada 2009.12.13 19:10, kruel74 menulis:

                                                            Alhamdulillah….
                                                            kruel74´s last blog ..Local fruits : Rambutan My ComLuv Profile

                                                            • Pada 2009.12.13 19:29, awwa menulis:

                                                              1st time komen :mrgreen:

                                                              kak jie, hntr anak yg spm tu ngaji pondok lagi sejuk perut tu..sementara dia tggu result spm ni.. ;-)
                                                              awwa´s last blog ..lady melody My ComLuv Profile

                                                              • Pada 2009.12.13 19:40, Kujie menulis:

                                                                @awwa, kalau ngaji sekolah biasa, panas ye… :lol:

                                                                • Pada 2009.12.13 19:43, Kujie menulis:

                                                                  @joegrimjow, terharu,kan :lol:

                                                                  • Pada 2009.12.13 20:05, KNizam menulis:

                                                                    wahhhh bestnyer dapat solat berjemaah. saya di islamabad sungguh berisiko nak solat jemaah. hatta nak solat jumaat pun kena hati2 :mrgreen:
                                                                    KNizam´s last blog ..Kindergarden Sebelah Rumah Murraya 2 My ComLuv Profile

                                                                    • Pada 2009.12.13 20:13, ~mrs azmi~ menulis:

                                                                      alhamdulillah sejuk tgk angah dah mengimamkan solat utk keluarga… mase tu mesti rase cam anak tu cepat sangat besar…
                                                                      ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ My ComLuv Profile

                                                                      • Pada 2009.12.13 20:44, denaihati menulis:

                                                                        kawan saya guru besar sekolah agama kata cabaran anak muda sekolah agama sekarang semakin tinggi sebab ramai wanita mencari lelaki berpendidikan agama…
                                                                        denaihati´s last blog ..Hidup Untuk Memberi My ComLuv Profile

                                                                        • Pada 2009.12.13 21:47, afham menulis:

                                                                          happy nyer dapat keluarga cam nie.. :P
                                                                          afham´s last blog ..Jeratan Geng XXX E Mall Network My ComLuv Profile

                                                                          • Pada 2009.12.13 22:29, samdaddycool menulis:

                                                                            Alhamdulillah.. memang sejuk perut ibu kalau setiap anak yang keluar dari perut mereka jadi orang.. jadi manusia dan jadi hamba Allah yang taat. Kesian tengok segelintir (mungkin sebahagian besar) anak-anak Melayu sekarang ni.. mujahid di atas motor di tengah-tengah kota..

                                                                            • Pada 2009.12.13 22:40, Kreuger menulis:

                                                                              aku kompius tang satu ni jer…
                                                                              sapa yang tangkap gambar?
                                                                              ni lakonan semula ker? hehehe
                                                                              Kreuger´s last blog ..Membawa Cik ke kedai kenangan zaman bertunang. My ComLuv Profile

                                                                              • Pada 2009.12.13 23:01, Kujie menulis:

                                                                                @Kreuger, weiiii……….kak jie belum menopause lah….

                                                                                semua tu anak2 saudara kak jie – semua tu baru 8-10 thn ;-)

                                                                                • Pada 2009.12.13 23:10, hafizmd menulis:

                                                                                  @x-po, stujuuuuuu…. :mrgreen:
                                                                                  hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? My ComLuv Profile

                                                                                  • Pada 2009.12.13 23:11, hafizmd menulis:

                                                                                    @Kujie, mudah-mudahan kite smua sentiasa ditingkatkan & dipelihara iman…ameen
                                                                                    hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? My ComLuv Profile

                                                                                    • Pada 2009.12.13 23:14, hafizmd menulis:

                                                                                      @Tie, maaf..sekadar berkongsi…mungkin yg putih kosong lebih baik..sbb yg renda2 tu..mungkin mampu menggangu khusyuk rakan2 lain semase solat “iskk..cantiknyer telekung die..nak carila lepas nie…”..sekadar pandanganku yg lemah.. ;-)
                                                                                      hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? My ComLuv Profile

                                                                                      • Pada 2009.12.13 23:15, hafizmd menulis:

                                                                                        @Kreuger, mestila mama jie yg amik gmbar nie..cutilaa tuh..lalalalala :mrgreen:
                                                                                        hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? My ComLuv Profile

                                                                                        • Pada 2009.12.13 23:19, Kreuger menulis:

                                                                                          @Kujie, muahahaha… pecah perut aku ngan cik adik bace

                                                                                          • Pada 2009.12.14 00:05, Active Blogger menulis:

                                                                                            hehe….sy pun tahu sekerat dua je dari mp3 or band tu…. apa2 yg sedap didengar sy dengar…xkisah la rock ke…indie ke…etnik kreatif ke dandut ke… :-)
                                                                                            Active Blogger´s last blog ..Hujan Yang Turun Bagaikan Air Mata…. My ComLuv Profile

                                                                                            • Pada 2009.12.14 03:00, tekkaus menulis:

                                                                                              Saya pun nak bina keluarga bahagia saya. :p
                                                                                              tekkaus´s last blog ..I Am Studying Again! My ComLuv Profile

                                                                                              • Pada 2009.12.14 09:43, farahaznil menulis:

                                                                                                huhuhuh..timgginya si bujang kakjie ni

                                                                                                • Pada 2009.12.14 10:50, Aykay menulis:

                                                                                                  Alhamdulillah.

                                                                                                  Along n Angah saya belum habis kem ibadah mereka. Hari Jumaat lepas kami p melawat, along katanya dah selesai hafal al Mulk dan Angah tengah menghabiskan Ar Rahman untuk teruskan dgn As Sajdah kerana yg itu lebih dia tahu.

                                                                                                  Saya tanya soalan cepu emas, so Along n Angah marah ke papa hantar duduk sini 2 minggu? Dua2 peluk saya sambil bisik, ” u r the best father we can wish for”, sebak hati saya sampai la la ni….

                                                                                                  TQ kak jie, saya terbaca n3 kak pasal kem di Darul Quran, lepas tu terus cari Maahad yg sesuai utk mereka di cuti sek.
                                                                                                  Aykay´s last blog ..Pukau tepuk bahu My ComLuv Profile

                                                                                                  • Pada 2009.12.14 13:29, nuaeman menulis:

                                                                                                    sejuk hati tengok keadaan tu.. buat saya berfikir bagaimanakah agaknya kehidupan anak-anak saya akan datang.. saya sendiri tak pasti sempat atau tidak melihat mereka membesar..
                                                                                                    nuaeman´s last blog ..Hadiah dari contest di Bluedianthus.com My ComLuv Profile

                                                                                                    • Pada 2009.12.14 17:04, takumi menulis:

                                                                                                      @Kujie, jeles mmg jeles,tapi kejenyer skang mmg weekend jerk..huhu
                                                                                                      musim org mengawan skang nih.. :razz: :oops:
                                                                                                      takumi´s last blog ..Wedding Saiful & Norzila My ComLuv Profile

                                                                                                      • Pada 2009.12.15 10:10, maza menulis:

                                                                                                        hehehe…

                                                                                                        mau ketaq kepala lutut kalau first time jadi imam.. hehheh

                                                                                                        elok lah tu….
                                                                                                        takbirrrr!!!
                                                                                                        gitew!
                                                                                                        maza´s last blog ..Lambaian Ibu My ComLuv Profile

                                                                                                        • Pada 2009.12.15 12:23, farahaznil menulis:

                                                                                                          @nuaeman, ish..knp ckp mcm tu plak nueman??huhuhuh…tak baik
                                                                                                          farahaznil´s last blog ..Sejarah Maal Hijrah bagi umat Islam . My ComLuv Profile

                                                                                                          (Diperlukan)
                                                                                                          (Tidak akan dipamerkan)
                                                                                                          CommentLuv Enabled
                                                                                                          Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                                                                                          Switch to our mobile site