ucapan selamat hari jadi intan

Kisah Suami Apabila Isteri Bersalin

23/08/2014 – Entri ini dikitar semula lagi untuk tahun ke 3. Saya suka baca sebab entri ini ditulis oleh suami saya , dari pandangan kacamata seorang abah. Kisah begini biasa kita baca melalui pengalaman seorang ibu tetapi amat jarang diceritakan seorang lelaki.

Bacalah kisah ini… catatan yang di tulis oleh suami saya sewaktu beliau sedang bertugas di Algeria.

ucapan selamat hari jadi intan

Hari ini genap usianya 14 tahun ( 23/08/2013)

 

Luluh Hati Seorang Abah

 

Hari ini 23 ogos 2011…

Hari ini genaplah usia intan Safura 12 tahun. 12 tahun lalu setelah kelahiran Intan, hidup kami berubah….semuanya menjadi mudah.

Dalam tahun 1999 kesempitan hidup zaman kegawatan ekonomi, kami sekeluarga berulang semula iaitu setelah kami berpindah kerja di Bentong, Pahang.

Akibat kegawatan ekonomi ketika itu menjadikan pemotongan gaji secara amat drastik. Kontrak sebagai free lance survey juga terlibat sama….malah lebih teruk lagi. Sudahlah gaji kecil perlu pula dikongsi dengan pembantu-pembantu lain.

Pembayaran untuk kerja juga sering tersangkut-sangkut malah kebiasaanya tidak mendapat bayaran penuh.

Kesusahan lalu menjadi pengajaran kepada saya…(saya juga pernah mengalami defisit kewangan kerana gaji yang tidak dibayar selama 5 bulan di Tanjung Malim pada tahun 1997).

Kehadiran Intan (walau pun masih dalam kandungan) tidak merisaukan saya kerana berpegang pada kata2 “setiap anak ada rezeki mereka sendiri”. Kami tetap dengan kehidupan seperti biasa(bukan boros),makan tetap gred A (demi kesihatan baby) dan seperti tiada apa2 masalah.

Tetapi kesempitan kewangan kami bertambah meruncing….hutang bertambah banyak samada dengan kawan, pembantu2 atau dengan kedai runcit tempat kami berbelanja (hutang) harian.

Saya terpaksa menjual kereta Iswara kesayangan untuk melupuskan hutang2 tersebut. Iswara ini juga mempunayi kenangan manis kerana saya mendapat kunci kereta pada hari yang sama kelahirna Along.

Tinggallah Isuzu Trooper buruk untuk kenderaan kerja dan kenderaan keluarga.

Kandungan isteri semakin membesar. Dan isteri saya juga telah disahkah perlu menjalani pembedahan “caesarean” untuk kali ketiga. Kami telah menetapkan untuk tidak melakukannya di hospital kerajaan kerana fobia dengan pengalaman silam. Baca kisah pengalaman sewaktu kelahiran Along di sini – Tidak akan ku lupa

Kesempitan kewangan dan kos pembedahan telah mula merisaukan isteri. Berkali2 dia menyatakan kerisauannya. Akhirnya dengan nada lembut tapi tegas saya bersuara :

“Ok…tugas menjaga kandungan adalah tugas sayang, dan tugas mencari wang adalah tugas Abang… mulai saat ini sayang jangan bangkitkan soal ini lagi”.

Dengan mata yang berkaca isteri saya menggangguk tanda tiada pilihan.

Bayi dijangka dilahirkan pada 09.09.1999,satu angka yang sangat cantik tetapi kerana ini adalah pembedahan ketiga, atas sebab kesihatan, pembedahan perlu dilakukan sebelum kandungan memasuki 40 minggu. Saya memilih tarikh 31.08.1999 (anak merdeka).

Kita hanya merancang, belum pun sampai tarikh yang telah dipersetujui, bayi dalam kandungan sudah tak sabar lagi untuk melihat dunia. Tanggal 23.08.1999 , sekitar jam 3 pagi , isteri mengadu kesaikitan untuk bersalin.

 

Dengan hanya berbekalkan wang berjumlah RM250.00 saya memacu Isuzu Trooper buruk kami bersama anak beranak bergerak dari Bentong, Pahang membelah sunyi malam Lebuhraya Karak menuju ke Hospital Bersalin Damai di Taman Melawati sejauh 60 km.

Sepanjang perjalanan, saya tahu isteri  masih risau kerana dia tahu saya tidak mempunyai wang.

Akhirnya jam 8 pagi setelah semua proses selesai, saya mengqamatkan azan ditelinga seorang bayi perempuan. Satu kejutan yang AMAT menggembirakan saya kerana sebelum ini doktor menjangkakan bayi dalam kandungan seorang lelaki. Sesudah dua anak terdahulu adalah lelaki saya mungkin tidak mempunyai peluang untuk mempunyai anak perempuan lagi.

Kegembiraan saya dikongsi bersama oleh adik saya, Azni serta Along dan Angah.  Jam 9 pagi,kami bersarapan pagi sambil saya cuba menggingati beberapa rakan-rakan baik yang berjanji akan menolong dikala saya ditimpa kesusahan.

Saya mencari pondok telefon untuk menghubungi mereka yang saya rasa mampu menolong.

mula2 saya call Hj Said….ok katanya.
kemudian call Mr Chan….mari datang office katanya.
lepas tu call Mr Har Soon Onn….ok ok ok…ambil wang dengan Miss Har katanya.
kemudian call Imam Jurjani Mohammad … mari datang ambil di Sungai Buluh ujarnya.

Kos yang diperlukan berjumlah RM4500.00 tetapi wang yang diperolehi dari 4 orang kenalan yang saya hubungi berjumlah RM 8000.00. Rezeki bayi bisik saya dalam hati. Syukur alhamdulillah. Ini bukan duit untuk dipinjamkan tetapi hadiah untuk kelahiran Intan.

Kami belum merancang nama bayi terlebih dahulu.  Dengan dipersetujui isteri, saya namakan bayi kami Intan Safura.

INTAN -sesuatu yang berharga yang perlu dijaga
SAFURA -Nama nenek saya iaitu moyang bayi kami

selamat hari jadi

Sempurnalah perjalanan INTAN SAFURA ke dunia ini dan pada petang itu kami kembali ke Bentong dengan perasaan yang sangat “GEMBIRA DAN TERHARU”

Rupanya rezeki bayi tidak berakhir di situ , ia berlanjutan seperti air yang mengalir tanpa putus. Limpahan rezekinya sama ada dalam bentuk mudah mendapat kerja , mudah mendapat bayaran malah juga mudah juga membuat rundingan dan temu janji dengan rakan niaga.

Saya percaya, ini bukan tuah dan rezeki Intan seorang. tetapi untuk Along , Angah dan Isteri (ku zie).aminnn. Belum pun umur Intan mencecah setahun, kewangan kami bertambah stabil dan berpelung membeli rumah kedua di Ampang.

 

Selamat hari jadi INTAN SAFURA anakku sayang.

 

anak abah
anak abah

Nota : Ini mungkin menjadi nota catatan dari seorang ayah kepad anak perempuan yang akan dikenang seumur hidup.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

46 thoughts on “Kisah Suami Apabila Isteri Bersalin”

  1. huh, kusyuk je baca carita ni
    selamat hari lahir intan
    semoga menjadi anak yang solehah dan dapat membalas jasa mak dan ayah

    tahniah kak jie dan suami sebab tabah menghadapi dugaan dan cabaran sebelum ini
    semoga sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat bersama keluarga tercinta
    amin
    Jom terjah post menarik dari penaberkala ..BLOGGER : Siapa Dkna Abza?My Profile

Comments are closed.