Siri Anak Beranak : Motivasi Tak Dapat 7A

Waktu saya ke sekolah ambik keputusan UPSR Intan semalam , si Yu Jing ini menjerit memanggil-manggil ” Auntie….auntie….yes…yes…”   Ramai kawan-kawan Intan yang kenal rapat dengan saya kerana sering bertandang ke rumah.

Gembira sangat dia.  Anggapan saya dia dapat 7A. 

” Dia lulus BM, dapat C…. selalu tak pernah lulus “ kata Intan.  Dia lari satu sekolah, bagi tau semua orang.

Itulah kejayaan yang dibanggakan. Biar pun  bukan A.

Intan pula dapat A dalam Matematik walaupun dalam ujian di sekolah belum pernah dapat A. Biasanya B atau C.

Semalam saya terjumpa ahli keluarga 7 orang sedang makan-makan dengan riang rianya. Saya kenal baik dengan mereka.

“Open table ni… ada yang dapat 5A ke? ” sambil menjeling salah seorang anak mereka.

“Tak ada 5A, tapi dia dapat 1 A… dah janji kalau bolah dapat walau 1 A pun, belanja makan”

Ini adalah kejayaan – pencapaian hari ini yang lebih baik dari rekod terdahulu.

Tak apalah Intan, Along dulu pun dapat 3A je, tapi sekarang GPA 3.5

 

motibasi : tapi, kalau Along dulu dapat 7A,
skrg tentu boleh dapat  GPA 4 kan kan kan..

31 Replies to “Siri Anak Beranak : Motivasi Tak Dapat 7A”

  1. UPSR baru selangkah ke alam masa depan…
    xdapat 7A bukan bermakna masa depan gelap…huhuhu
    Tahniah Kak ji…kak jie memang pandai mendidik anak berdasarkan prestasi akademik semata-mata

  2. Komen saya agak lambat, tapi saya gembira tgk anak-anak yang ambil result upsr. Anak saudara saya juga ambil result dengan keputusan yang serupa. Hanya 1 A dan lain2 B, tapi excitednya mcm baru dapat keje kerajaan. 🙂

    Anak saya lambat lagi upsrnya.
    Jom terjah post menarik dari faizul ..Apa masalahnya kalau kita terlalu jujurMy Profile

  3. tahniah buat intan.. dapat semua A UPSR bukan penentu kejayaan masa depan.. tul tu, mungkin jugak tak berjaya skg, nnti berjaya masa akan datang..

    tapi biar berjaya jadi insan dan makhluk Allah yang cemerlang..

  4. Anak sedara dapat 1A . tapi mak bapak tak marah pun.. cuma bagi lebih galakan supaya dia maju.. Tahun depan giliran aku plak … (kita yg lebih suspen… derang rilek je)
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Email Dari ShivaMy Profile

  5. setuju dengan kebanyakkan kak jie dan komen yang terdahulu. kalau dapat 5A pun belum tentu kita akan berjaya pada masa depan. Jangan cepat berpuas hati. Kalau intan dapat baca komen ni,perjalanan masih jauh dan banyak lagi yang perlu ditempuhi. Turun naik itu adalah lumrah dalam kehidupan dan ia membuatkan kita belajar tentang kehidupan. 😀
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Satu Penghinaan : Gambar Pope Bercium dengan Imam Al-AzharMy Profile

  6. Saya tak nak bebankan anak saya dengan A tapi lebih fokus supaya mereka boleh hidup dalam dunia yg semakin mencabar. Zaman anak kita membesar nanti A belum menentukan kejayaan mereka kerana sudah terlalu ramai yg dapat A. Tapi lebih bagus kalau dapat A dan boleh survive dalam dunia yg sangat mencabar itu kelak.

  7. Assalamualaikum,
    Semalam UPSR keluar result, hari ni saya ikuti hari graduasi anak buah. Apa yang saya nampak, ibu bapa terlebih emo berbanding anak-anak.

    UPSR bukannya kayu ukur masa depan —-> saya dulu, tak tau pun kena baca buku untuk Penilaian darjah 5, sedar-sedar kena masuk periksa esok hari hu hu hu sekolah menengahpun bukannya cemerlang mana, nasib baik sempat kejorrr sebelum terlambat. kalau tak ish! ish! ish! tak tau mana letak sekarang
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Graduasi Pada Hari Terakhir Sesi PersekolahanMy Profile

  8. Tahniah buat intan dan mama dia 😀 Saya pun risau gak dengan BM ank sulong saya tapi Alhamdulillah :mrgreen: , kalau guru, result macam tu dipanggil ‘near miss lulus’ sipi-sipi nak lulus, silap haribulan turun D,guru kena prihatin, ibu bapa lagi le kena peka
    Jom terjah post menarik dari LoveHijau ..Sore Yang TerindahMy Profile

  9. Ini cara baik Kak Jie.
    Seriously. Sebab susah nak jumpa keluarga yang boleh terima keputusan begini dan hargai usaha anak. Tahniah buat Intan – sebab ini langkah pertama. Masuk sekolah menengah boleh struggle lagi.

    =)

    P/S : Wah! Semua anak Kak Jie SJKC ke?
    Jom terjah post menarik dari Lord Zara ..Awak, Hubungan Jarak Jauh Itu Apa?My Profile

  10. Tanniah kepada anak Kak Jie. Risau pula dengan anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 3 tahun lagi. Kita pula tidak senang duduk dia pula ceria sahaja.

  11. anak buah suami saya..upsr 1A je..pmr ada la berapa ketul A..tapi masih dapat masuk sains tulen..spm ok la sikit tapi boleh la nak masuk matrik..masa matrik dapat 4 flat plak..lepas tu amik medic..dan sekarang dia doktor..sapa sangka dulu dia 1A je upsr..saya masa upsr dulu pun tak study langsung..main2 je lebih..=)

Comments are closed.