Sumbangan Kecil Dari Anak Kecil

Semalam hari yang sangat sibuk .

Awal pagi saya dah ke Tesco Bukit Beruntung ( sebenarnya saya agak keliru lokasi Tesco,  Bukit Sentosa ke Bukit Beruntung ) Beli barang² untuk jamuan berbuka nanti. Intan jemput beberapa kawan baiknya untuk majlis harijadi yang tertunda sebab Selasa ( 23/8/2011 ) ada Peperiksaan Percubaan UPSR Sekolah. Dah selesai exam baru senang hati nak berparty², kan.

Kemudian saya ke sekolah kerana ada taklimat untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki UPSR tahun ini. Pesanan/panduan/ tips dari guru² untuk ibubapa sepanjang 2 minggu sebelum peperiksaan bermula.

Balik  dari sekolah, bersiap untuk memasak. Pukul 6 petang saya keluar jemput kawan² Intan. Saya biasa jemput dan hantar kawan² Intan untuk belajar bersama².

Sedang sibuk² buat persiapan di dapur, terpandang mereka sedang berkerumun sesuatu di depan pintu. Dari jauh…. cuba mengintai

Lor… kura-kura? Ng Zu Wei anak tokei kedai ikan , Low Mei Hui dan Neo Yu Jing hadiahkan Intan 3 ekor kura-kura.  Gambar Zu Wei saya blurkan …budak comel tu gebu sangat.

Dori dah ada kawan.

Lilin tu untuk aksi bergambar…

Jihan dan adik bongsunya, Nurul Munirah , Naomi ( sepupu Intan ) pun datang berbuka bersama. Kakak ipar saya pun datang.

Pukul 9.30 saya hantar kesemua mereka balik.

Sampai rumah, berbaring sekejap lunjurkan kaki untuk berehat, Angah pula telefon bagitahu dia dah sampai Hentian Duta. Awallah pula…selalunya lewat dan saya yang menunggu dia.

Memandu 30Km ke Hentian Duta. Selesai semua urusan dah 1 pagi. Penat tetapi gembiara kerana anak² .

p/s – waktu nak berbuka puasa, Intan berdoa sebelum makan. Saya nampak Yu Jing terkebil² memandang dan dia bercakap perlahan…’saya kena baca juga ke?

Yu Jing baru kali pertama datang ke rumah . Zu Wei dan Mei Hui dah selalu datang, malah kadang² mereka duduk atas katil sementara menunggu dan memerhati Intan sembahyang maghrib.

Pernah dia tanya kenapa Intan pakai tudung dan mereka mencuba memakai tudung Intan. Mereka kanak² yang punya rasa ingin mengetahui.

  1. masa ni diorang masih suci kak jie.masih nak tahu apa yang diluar dari pengetahuan diorang dan perasaan ingin tahu tu tinggi.ni kalau dipupuk dengan baik,Insya Allah tak mustahil untuk menjadi seorang istimewa 😀
    Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Selamat Hari Raya, Semua!My Profile

  2. ingat sumbangan apa tadi… rupa rupanya nemo dapat keluarga baru…. walaupun kecil, sekarang dah jadi besar…. pada nombornya…hehehe :mrgreen: :mrgreen:

    apa apa pun masa kanak2 adalah masa pembelajaran/ingin tahu yang kuat.masa ni lah penting sebab otak tgh berkembang…

    nasib masa saya kanak2 ada kakak dan abang sekolah menengah…. so buku2 teks diorang la bahan bacaan hari2…. sampai kene marah sebab amik buku diorang…heheheh
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Malam Al-QadarMy Profile

  3. huhu gaya berkerumun macam tgh khusyuk study group, rupanya study kura-kura. budak-budak memang punya rasa ingin tahu yang kuat.

  4. cik gebu tu memang comel haha.. tudia ada lagi kura2.. saya bela sekor je kak jie tu pun anak suka ambil main , pastu diorang terlupa .. jenuh cari kura2 tu .. sekali jumpa dia hampir nk keluar rumah dah …

  5. Umat Islam tu sendiri selalunya memberi gambaran negatif kepada yg bukan Islam kerana itu mereka selalu tak faham apa itu Islam.

  6. yup!… kanak2 selalu saja ingin tahu tentang sesuatu yang mereka lihat… adakalanya, persoalan yang diutarakan boleh membuatkan kita terkedu untuk menjawab… hehehe…