Tarikh Keputusan UPSR 17hb November 2011

Edit 06/11/2012

Keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada hari Isnin, 19 November 2012 . Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

” Intan…….. keputusan upsr keluar hari Khamis 17 hb

” Mama jangan nak tulis kat blog pulak ”

opsss…. garangnya!

tarikh pengumuman keputusan uprsKeputusan UPSR 2011 akan diumumkan pada hari Khamis 17 November 2011.

Intan adalah salah seorang daripada 497,691 calon tersebut.  Apa pun keputusan dia, saya tetap gembira kerana 5-6 bulan terakhir ini dia menampakkan peningkatan yang amat ketara.

Anak bongsu saya akan meninggalkan zaman persekolahan sekolah rendah tahun hadapan.  Tahun depan, cuma Intan yang akan bersekolah, Angah pula tamat Tingkatan 5.

Semalam dia balik dan hulurkan kertas notis untuk menghadirkan diri ke Kem Ibadah di Pusat Latihan Asnaf Zakat Ulu Yam bagi pelajar Islam SJKC dan SJKT seluruh Selangor.

Arahan dapat semalam, lapur diri hari ini. Buatlah persediaan apa yang termampu.  Sebelum tidur saya suruh dia siapkan kasut sukan.  Tertangguh-tangguh kerana dia cakap kasut sukan dalam bonet kereta .  Ada dalam bonet masa pergi bercuti ke Gunung Jerai .

Pagi tadi buka bonet, kosong!  Mengelabah cari mana hilangnya kasut sukan.  Telefon mak di Kedah.

” ada………… hari tu dia balik  kampung dia memang pakai kasut tu, letak depan pintu …. takut orang pijak, mak simpan atas rak “

Automatiklah suiz membebel saya ni hidup awal pagi.

“Itulah mama dah suruh siapkan malam tadi, tak nak dengar… bila mama suruh adalah sebabnya…. kalau dah tau awal², bolehlah kita buat plan B, plan C , D, E…bla…bla…..”

Pertama kali Intan pergi kem selama 3 hari dan saya tinggal seorang diri.  Dah tak ada siapa-siapa lagi nak berlawan cakap.  Nak harapkan Stokin dan Tuxedo , mengeow pun tak pernah keluar suara.  Nama saja kucing jantan.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Anak2 amanah ALLAH untuk kita membesarkan mereka, memberi mereka ilmu dunia dan akhirat. Insya-ALLAH, ALLAH akan menolong kita.

  2. membebel ni satu perkara natural jadi parents ni. sabar je la kak jie. hehe
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..The Drop Lighting: Kumpulan Lampu Membentuk ‘Droplets’ Di UdaraMy Profile

  3. alamak..nama saya jadi lali la pulak..huhu!
    Jom terjah post menarik dari Laili ..Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 SMKA & KAA Tahun 2012My Profile

  4. Mudah-mudahan Intan akan dapat keputusan yg cemerlang. amin..

    Intan nak sekolah mana naik tingkatan 1 nanti?
    Jom terjah post menarik dari Lali ..Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 SMKA & KAA Tahun 2012My Profile

  5. Berdebar dan mendebarkan … anak kami tunggu result PMR.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Kontroversi Ibadah Haji PM @NajibrazakMy Profile

  6. Faris Al-Muhandisu says:

    mudah-mudahan anak Kak Jie dpt keputusan yg cemerlang. Amin
    Jom terjah post menarik dari Faris Al-Muhandisu ..[INFOGRAFIK] Occupy: Fenomena Terkini DuniaMy Profile

  7. setuju sgt..then mcm mana ea..

  8. ciksembang says:

    semoga mendapat keputusan yang diharapkan
    Jom terjah post menarik dari ciksembang ..Wordless Wednesday #7 – Menghilangkan dahaga di Lion CityMy Profile

  9. mesti Stokin dan Tuxedo takut ngan kak jie..hehe

    adik ipar ada seorang tengah tungu result..
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Terbaru Dari Blogger- 7 Dynamic ViewsMy Profile

  10. Anak saya pun ada sorang yg perempuan yg ambil UPSR tahun ini. Harap2 dpt result yg cemerlang, begitu juga dgn anak kujie. Sama2 kita doakan. Berdoa utk anak2 tak pernah lupa siang dan malam demi masa depan mereka. Mengharap apabila dia meningkat dewasa dan dapatlah menolong kita di kemudian hari. Siapalah yang kita harapkan lagi ketika kira tua kalau bukan anak kita yang kita bela mereka siang dan malam hingga dewasa, bekerja dan berumahtangga.
    Jom terjah post menarik dari sensasi2020 ..Ciri-Ciri Pelajar CemerlangMy Profile

  11. biasalah..zaman anak-anak kenal dunia.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari titan ..Nak makan ApamPolkadot. Nakk..My Profile

  12. Fakarepain says:

    sunyi sepi la rumah tu… huhu
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..NAJIB BUKAN SELESAI HAJI AWAL : JAMIL KHIR BAHAROMMy Profile

  13. mudah-mudahan Intan dpt 5A..blog ada kak jie..lawan cakap ngn org-org dalam alam maya ni la..hehehe :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..BMW i8 dan BMW i3 Kereta Konsep yang Menarik.My Profile

  14. Pacifista says:

    17hb pulak bebudak SPM jawab paper Matematik Moden.berdebar2 pulak aku dibuatnya 😛
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Blogwalking dengan PacifistaMy Profile

  15. Pacifista says:

    mudah2an rezeki intan dapat 5A 😀 amin… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Blogwalking dengan PacifistaMy Profile

  16. mesti sunyi rumah kan…mengeow tak keluar suara? macam mana tu? hehehe…
    Jom terjah post menarik dari bardboo ..Google Page Rank Blog BardbooMy Profile

  17. berdebar2…tringat plak masa amik upsr dulu
    Jom terjah post menarik dari joev ..Hamil Anak Luar Nikah: Apa yang Perlu DilakukanMy Profile

  18. dulu saya UPSR dapat 4A :mrgreen:

  19. debo rase

  20. Terima kasih Kak jie, memang dah jangka bulan nie, serahkan segalanya kepada Allah, bagus kem tu buat pengisian jiwa 😀
    Jom terjah post menarik dari LoveHijau ..Info Spesies Haiwan DilindungiMy Profile

  21. khemah ibadah eloklah intan pergi, dulu saya dekat pusat dakwah islamiah sabak bernam…hari2 makan ikan keli…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Filem Queen of Langkasuka berdasarkan mitos dan lagendaMy Profile

  22. Tentu Intan berdebar-debar kerana tinggal 5 hari sahaja lagi. Harap belaiu tidak tersasul kerana asyik berfikir akan keputusan UPSR nanti.

  23. Yushi rieyn says:

    anak kaka jie tak ramai sangat so tak lah pening kepala sangat kak jie… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Yushi rieyn ..Apa itu super impose ??My Profile

  24. Yushi rieyn says:

    kalau sebulan ??? 😳
    Jom terjah post menarik dari Yushi rieyn ..Apa itu super impose ??My Profile

  25. Sib baik 3 hari je.. kalau 3 minggu?
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Wordless Wednesday 14 – 5 #AyatPutusCinta TerbaikMy Profile

  26. walaupun ada anak ramai bila anak dah membesar sudahnya mak bapak tinggal sorang jugak kat rumah kan?
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..mabuk dagingMy Profile