Tarikh Permohonan Matrikulasi Dilanjutkan – Entri Untuk Angah!

Tarikh Permohonan ke Program Matrikulasi KPM 2012/13 dilanjutkan dari 10 Oktober 2011 kepada 30 November 2011.

Pagi tadi tercungap² saya ke BSN  untuk beli nombor pengenalan individu (NPI) dengan harga RM6.00 bagi permohonan melalui internet.

slip BSN untuk dapatkan no NPI macam ni ye anak².

Ingat ke dah tarikh tutup hari ni… rupanya dilanjutkan .

Sebenarnya bukan saya sengaja nak tunggu saat akhir nak selesaikan urusan ini tetapi masalah ni dah berminggu tak selesai. Angah kata dia dah buat bayaran kepada pihak maktab dan mereka dah belikan no NPI tu tetapi apa yang diberi pada saya tidak betul. Dia yang salah bagi atau dia yang salah dapat, saya pun tak pasti. Maklum pihak maktab daftarkan ratus² calon .

Dah berpuluh kali mencuba mendaftar dengan no yang diberikan, masih gagal sehingga saya membuat panggilan ke nombor telefon Pusat Pelanggan KPKPM. itu pun tak berjaya juga.

Tadi saya bayar RM6 lagi untuk dapatkan nombor NPI yang sama ( kerana seorang calon hanya boleh mendapatkan nombor NPI sekali sahaja ).

Selesai urusan di bank ( tunggu 1 jam hanya untuk urusan 2 minit ), nak keluar kereta pula ada orang block. Masih bersabar, saya hon sekali, dua kali dan tunggu sambil membaca akhbar hari ini dalam kereta.

Saya tak sampai hati nak marah orang kalau bab parking di pekan Rawang kerana saya sangat² faham sistem di bandar ini. Semua lot kedai yang baharu dibina setinggi 3 tingkat tetapi tak seimbang dengan lot parking. Bayangkan bagaimana sesak dan sukarnya mendapatkan petak letak kereta untuk berurusan.

Nak cakap pun susah. Perancang bandar yang sekolah tinggi bertingkat tentu bijak untuk meluluskan plan dan semua urusan kerja ini. Kerja itu ibadah, katanya. Jawap saja amanah yang dipertanggungjawapkan itu nanti.

Kan…… saya pula yang membebel dari urusan bank sampai ke perancang bandar!  Tak mau bebel panjang²lah… nak simpan tenaga nak membebelkan Angah kejap lagi  sebab bagi nombor yang salah. hiks!

Sampai di rumah, secepat mungkin saya bukan komputer. Terpaksa guna browser Internet Explorer (IE)  kerana aplikasi permohonan online jabatan kerajaan hanya boleh dibuat dengan browser IE.


kalau view guna browser Mozilla Firefox lagi center – table dia terletak je elok…guna IE yang senget benget!

Tak sampai 5 minit, urusan mengisi borang permohonan online dah siap. Nak tunggu Angah call, kejap lagi bersepahlah rumah dengan popcorn!:lol:

mama yang isi form – semua pilih matrik yang dekat² je..
kalau boleh yang bawah ketiak!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Macam tu lah kujie kan…mentang2 Mama dia pandai guna komputer, diorang ni amek mudah jer…serupa lah…anak saya yg 1st Matrik Gopeng, jauh juga tu..8 kali gak gi ziarah..yg 2nd Matrik Melaka..10 kali kot gi jenguk….jauh juga sbb jalan dia banyak selekoh….yg 1st ok lagi agak berdikari…yg 2nd ni suruh dia beli pin no kat BSN,blh pulak dia call suruh mama dia datang…ada la dlm 8 kali call dr BSN …suruh tanya kat org di BSN, nak jg ditanya mama dia yg kat rumah….
    Alhamdulillah diorang berdua cemerlang di Matrik now di UPM dan UKM….dlm 10-15 min jer dr rumah….

  2. Sekarang ni dah banyak highway dan kemudahan pengangkutan. Tak jauh mana pun, kan! Kalau di situ ada program yang dia minat, memang patut sokong 100%. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.comMy Profile

  3. dpt rasakan kepenatan seharian kak jie berurusan dlm kehidupan seharian…
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Mansion in La Finca: Rumah Baru Christiano Ronaldo Rekaan A-CeroMy Profile

  4. salam kak jie .. saya dengan cabaran tuk daftar anak-anak kecil ke sekolah tapi kak jie lagi advance daftar anak-anak besar ke sekolah tinggi .. saya belajar akan dtg saya pun jadi serupa mcm kak jie ..insyallah ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Daftar Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRA) Untuk Kakak 8 TahunMy Profile

  5. selangor, perak dgn melaka… 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Apa Perlu Buat Jika Isteri …My Profile

  6. mak mak mcm kak jie, yg lahir thn 60’an ni – nak kena cepat2 belajar utk sesuaikan dgn kehidupan zaman ni… :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Apa Perlu Buat Jika Isteri …My Profile

  7. kadang2 ckp dgn dia ‘ kawan angah mcm mana? mak mak dia org pun settlekan semua benda utk anak dia org ke?

    adeih….dah 2 thn dok asrama, kita nak latih dia jadi alert dgn diri sendiri, pandai uruskan kehidupan dgn lebih baik, tapi mcm …eeeemmm….boleh percaya ke budak ni..selalu dok fikir mcm tu 😆

    tapi lagi tak leh nak percaya , dia President Kelas ( kt sana panggil president, bukan ketua kelas )

    eee…leh caya ke budak ni nak control kelas sedangkan diri sendiri pun kerap sgt tak terurus…. 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Apa Perlu Buat Jika Isteri …My Profile

  8. w’salam… ini saja kehidupan kak jie.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

  9. perjalanan hidup mcm mak mak lain juga ni…

    matriks ni cuma satu permohonan, salah satu peluang.. sbb dia ada bidang yg dia suka. nnt bolehlah tgok mcm mana
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

  10. ini salah satu peluang… mana2 tempat pun kalau dah program tu dia minat, kita kena setuju je kan kak long… 😉
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

  11. biasalah mak mak… dalam masa nak suruh anak berdikari, nak juga menempek risau itu ini 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

  12. ini cuma permohonan…. langkah pertama baru
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

  13. semalam dia dah cal…bila kita nak pok pek pok pek…cepat2 dia potong

    “dah la mama ckp hal2 formal ” cis 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

  14. mak mak mmg gitu… nak lepaskan anak tapi kalau boleh jgn jauh2..hiks! 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

  15. apa beza dgn program Matrikulasi Kementerian Pelajaran yang ni?
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

  16. kenape tak amik matrik uni je kak jie..
    Jom terjah post menarik dari pereman ..Dato’ Ahmad Jais Kembali Ke Rahmatullah – AlfatihahMy Profile

  17. puan kutu says:

    dekatlah sebab senang nak balik bila rindu..:)
    Jom terjah post menarik dari puan kutu ..Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan KutuMy Profile

  18. Matrikulasi jalan untuk dunia perkerjaan di bidang sains dan teknikal.Semoga berjaya buat Angah dan Mamanya yang cekap dan alert 😀
    Jom terjah post menarik dari LoveHijau ..Nuklear Dalam Kehidupan ManusiaMy Profile

  19. selamat menempuh dunia matrikulasi yang best dalam kehidupan haha
    Jom terjah post menarik dari azam ..Exit Policy peluang atau ruangMy Profile

  20. Hehe, ade ye matrik bawah ketiak? :mrgreen: Selamat maju jaya buat angah.
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Small green snake eating a cengkarungMy Profile

  21. Semoga berjaya mendapat tempat yang dipilih. 😀
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.comMy Profile

  22. Pacifista says:

    wah…perjalanan suri rumah zaman cyber ni kak jie 😀
    saya tak pernah masuk matriks.jadi tak berapa tau sangat tentang permohonan matriks ni.angah amik sains ke kat matriks tu?
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Ustaz Tak Ajar Macam Ni…My Profile

  23. as salam kak jie,

    ni yg seronok singgah sini…rase dekat sngat ngn diri :mrgreen:

    perancang bandar agaknya dah pening…
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Abah….kami rindukanmu…..My Profile

  24. sungguh cekap pengurus angah..hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Download teks ucapan Bajet 2012 dan baca dulu sebelum cakap gaji cikgu je naikMy Profile

  25. masa saya matriks dulu sume skolah urus… takde sistem online ni pun… 😆
    takde pilihan pun, teke it or leave it! haha
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..Cik Putih 7 Tahun… Jauh dah kau jalan ehMy Profile

  26. hihi..mesti matrik selangor ni..tak pun gopeng..tak pun pilah.. 😀