Terasa Hati
Anak

Terasa Hati

pendaftaran kolej mara kuala nerang
Selesai proses pendaftaran, melambai-lambai ucap selamat tinggal selepas berbelas bakul pesanan penaja disampaikan. Penaja pengajiannya makbapa, jadi tadah saja telinga dengar lagu yang berulang kali.

Saya tak terasa sedih sangat, kemungkinan sebab dah biasa sebelum ini merasai detik dan keadaan seperti ini. Dua tahun dia di MRSM , agak ‘lali’ dengan suasana perpisahan .

Suami pula yang bergenang airmata. Pertama kali menghantar anak sejauh ini memandangkan sebelum ini dia bertugas di luar negara.

“Kenapa abang sedih?”
“Teringat arwah bapa…. tahun 1985 abang daftar UTM Skudai, bapa nak pergi hantar, abang tak bagi…sebab jauh. Bapa merajuk….”

Tahun 80’an jarak Selangor – Johor bukanlah dekat.

Sampai saja di depan pintu rumah selepas memandu 431KM dari Kuala Nerang, Kedah… tiba-tiba terdetik rasa rindu. Rasa ini tiba-tiba saja membuak bila terpandang saja kasut Angah tersusun di tangga rumah.

Macam inilah susunan tiap hati sejak 5 bulan sepanjang tempoh dia menunggu keputusan SPM dulu. Tiap petang apabila balik dari Kolej Komuniti, dia akan duduk di tangga dan letakkan kasutnya dalam kedudukan yang serupa setiap hari.

Hati mak…………… kasut anak pun boleh mencipta seribu emosi!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Terasa Hati

  1. Kalau kasut itu mampu berkata-kata….boleh saja kalau dia nak berkata begini :

    “Kalau hati ini mesin perakam waktu, maka pudarlah dakwat tanda kerapnya kau datang dalam ingatanku”

    (^_^)v
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Geng Muka BukuMy Profile

  2. Memang itulah hati sorang ibu. Apa saja asyik ingat anak2.

    Jom pakat sayang mak kita yer semua selagi mereka masih ada untuk kita peluk dan cium pipi mereka.

    p.s-selamat hari ibu utk kak jie =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Berita hangat vs hangit!My Profile

  3. Sayu rasa… Teringat masa mak ayah hantar daftar masa masuk matrik penang 2oo5 dulu.. Jauh juga.. dari Johor bahru ke Pulau pinang… Mak ayah balik,, duk la teringat… Menangis kat bilik air…=)
    Jom terjah post menarik dari aini ..~ Bride To Be ~ Kasut PengantinMy Profile

  4. Allahuakhbar!

    tetiba ada sesuatu dalam hati juga…
    tumpang sayu..
    saya bakal mcm tu gak, tapi hujung tahun nanti…
    kembali berkelana… huhuh

  5. Ya, begitulah hati ibu. Hati wanita. Hati perempuan. Hati isteri. Cepat berasa. Fitrah. Menurut kadar dan ketentuan pembawaan semulajadi. Cepat sayu juga mudah sendu. Tak mengapa, itu mungkin untuk peringkat awal sahaja. Lama-lama, taklah sebegitu sangat rasanya….demi memperkasa diri dengan ilmu, itu berbaloi sebagai rasa…
    Jom terjah post menarik dari adillaharun ..BUKU: UMNO PAS PKR SEMUA TAK BETUL? SIAPA BETUL?My Profile

  6. takpe lah kak. Angah pergi sana pun sebab sambung belajar. kalau rindu telefonlah selalu dia :p

  7. Masa memula Mama Hariz nak hantar hariz belajar di melaka ni pun macam ni lah kak jie. Menangis dan bila sampai penang dan nak balik melaka semula pun menangis. alhamdullilah sudah setahun menangis dah tiada tapi masih nampak raut wajah “terasa hati” itu.
    Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Lirik Aku Ditipu Lagi DataMy Profile

    1. biasalah tu bro. mana2 anak pun sama je keadaan. tapi alhamdulillah saya dapat sambung belajar di tempat yang tak jauh dari rumah. bolehlah balik selalu. hehehe 🙂

Comments are closed.