Wau Ku Adam Jantung Berlubang

cara buat wau
Ini anak saudara saya – Ku Adam Hakimi, 7 tahun.

Petang Sabtu tak kala ahli keluarga lain berehat selepas kekenyangan makan tenghari gulai kulat ( kulat sisir ) dan sambal tahun, dia diam-diam disatu ceruk dapur sedang memyiapkan wau.

Saya ternampak dia tekan sedang memgikat bilah buluh yang diraut halus untuk dijadikan bingkai wau.

Saya terkenang keluh kesah rakan-rakan online saya mengenai anak-anak mereka yang leka dan ketagih bermain gajet sama ada  tablet, ipad atau permainan di smartphone.  Seronok rasanya melihat Adam mampu merangsang pergerakkan tangan dan motor otak berfikir dengan kreatif.

Ramai rakan-rakan sebaya Adam,  kebanyakkannya di bandar disogokkan oleh ibubapa mereka  dengan permainan gajet skrin sesentuh  yang berpotensi untuk mengalami masalah kekuatan otot yang kurang dirangsang.

cara buat layang-layang

20 minit kemudian saya lihat dia bentangkan sehelai plastik sampah yang telah dibelah dua. WOW ! Saya pun tak terfikir nak gunakan plastik macam ni.  Ralit saya melihat dia mengunting plastik mengikut bentuk rangka wau yang telah dibina dan ada lebihan untuk melipat dan digam.

Ini adalah wau Adam yang entah ke berapa puluh.  Latihan demi latihan dalam membina wau ini, kesilapan demi kesilapan sudah tentu mengajar otak Adam untuk  memproses keputusan mana yang paling terbaik sewaktu mengunting atau pun mereka bentuk.

Dia belajar dari pengalaman berkali-kali dan menemui jawapan kenapa buluh bahagian tengah perlu yang lebih besar,  berapa sudut tepat untuk membina badan dan kenapa perlu gunakan bahagian ringan dibahagian sayap.

Petangnya walaupun musim hujan, suami telah membuktikan wau ini berjaya terbang dengan eloknya.

pengidap jantung berlubang

Entri saya tahun 2007.  Inilah Ku Adam Hakimi.   Dia dilahirkan dengan masalah jantung berlubang. Walaupun pembesaran Adam terlewat daripada kanak-kanak lain, sekarang Adam dah sembuh. Menurut doktor,  lubang yang terdapat pada jantungnya semakin baik bercantum seiring dengan pembesarannya.

Kalau dulu Adam perlu membuat rawatan pakar  setiap 3 bulan sekali, kemudian setiap 6 bulan sekali dan sekarang hanya setahun sekali. Doktor hanya mahu mengemaskini rekod kesihatan terkini Adam.

Istimewanya Adam kerana bekalan ubatnya perlu ditempah sebelum datang ke hospital daerah.  Setiap 2 minggu sekali, adik saya akan telefon bahagian farmasi hospital sebelum datang mengambilnya selepas 1 jam kerana pihak farmasi akan memproses ubat hanya untuk Adam.   Adam satu-satunya pesakit seperti itu di hospital daerah.

Doakan Adam ye makcik pakcik semua…

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Alhamdulillah, Adam anak yang kuat semangat…

  2. saya doakan adam kembali pulih dan sihat seperti sediakala, amin

  3. Seronok tengok budak-budak yang buat aktiviti macam ni.. Dapat merangsang minda dan kreativiti.. Semoga adam sihat.. Boleh buat lebih banyak wau.. =)
    Jom terjah post menarik dari Moms Avenue ..5 Langkah Penjagaan Kulit Lelaki Yang Menarik Perhatian WanitaMy Profile

  4. semoga adam sihat selalu..teringat zaman dulu2 kat kampung..saya pun selalu juga buat wau nih…
    Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Masalah Rambut ? NSA Beauty Ada PenyelesaiannyaMy Profile

  5. Wah.. terernye.. bes tengok budak-budak main benda selain ipad, video games, etc2 ni.. outdoor is always the best!

  6. Kreatifnya Adam. Saya yang dah besar ni pun tak pernah reti buat wau.

    Semoga Adam semakin sihat. InsyaAllah. Amin.
    Jom terjah post menarik dari Koleksi Baju Raya 2014 ..KOLEKSI BAJU RAYA 2014 | BAJU KURUNG MALAYSIA (MINI KURUNG) CANTIKMy Profile

  7. adam kuat, pandai buuat wau, creative lagi.
    mak cik doakan adam sentiasa sihat, aminnn
    Jom terjah post menarik dari Eellee Nana ..Resepi Detox: 100% SemulajadiMy Profile

  8. Adam memang hebat. Buat wau pun cantik:)
    Jom terjah post menarik dari myliferia ..Bagaimana Power Pumping Membantu Masalah Susu Merudum?My Profile

  9. ALhamdulillah… semakin sihat adam.. bijak lagi. hmm…belom nampak lagi ank sendiri buat layang2.. rumah pun duduk flat jer…memanglah takde permainan trasional lagi..uhuuu..

  10. Kuat ye Ku Adam..semoga sht selalu
    Jom terjah post menarik dari UmiAdam ..Panduan Menyusu Ketika BerpuasaMy Profile

  11. Harap Adam sihat selalu ya Kak Kujie. Bijak sungguh, bukan mudah nak buat wau. Teringat anak saya dulu pernah suspected jantung berlubang. Alhamdulillah Adam dah sihat.
    Budak-budak sekarang bukan mainan tradisional aje, mainan biasa pun tak berminat kadang-kadang tu.
    Jom terjah post menarik dari Nia Mk ..Bersalin Hospital Swasta atau Kerajaan?My Profile

  12. Be strong Adam
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Rahsia Pinjaman RumahMy Profile

  13. anak2 yg membesar di kampaung ni kebanyakkan boleh berdikari sendiri..
    Jom terjah post menarik dari Homestay Melaka ..Homestay Melaka oleh AS HomestayMy Profile

  14. Seronok tengok Adam dapat merasa pengalaman macam ni..skrg jarang dah budak2 nak dapat pengalaman berharga sama macam Adam dapat..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..iOS 7 – 7.1.1 – Fail Lampiran Pada Aplikasi Email Tidak DisulitkanMy Profile

  15. Kreatif. Susah sebenarnya nak buat wau ni. kalau guna buluh, kena mahir meraut.. sebab kita perlu bentukkan ia. Dari meraut buluh, melapik wau dan terbangkan..semua kena ada skill. 😉

    Sy doakan semoga adam diberi kesihatan yg baik. amin..

  16. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul semuga ALLAH permudahkan
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Turki aku datangMy Profile

  17. ALHAMDULILLAH, semakin sihat adam sekarang. Satu perkembangan yang bagus. Semoga terus menjadi insan yang berguna.
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Lawak Antara Lontong Dan TelurMy Profile

  18. Kreatif dan bijak…! Moga sentiasa sihat, Ku Adam Hakimi..
    Jom terjah post menarik dari ctfand ..Menjejak Coklat Daim Di KLIAMy Profile

  19. Wahhhh,7 tahun dah pandai buat wau..kami dulu umur2 macam ni layang-layang je reti..hihihi..papepun, semoga terus sihat dan ceria ye dik…
    Jom terjah post menarik dari maz jamal ..Bersama Keluarga Kecilku Di KL Birds ParkMy Profile

  20. Kak Jie…bila baca kisah Ku Adam Hakimi teringat kisah adik sendiri yg juga mengalami jantung berlubang semasa bayinya. Hospital menjadi rumah kedua mak sehingga arwah abah meninggal Allah perlahan2 pulihkan adik. Sekarang alhamdulillah dia hidup sihat dan berusia 37 tahun kini.

    Doa yang terbaik buat Ku Adam Hakimi agar terus sihat hendaknya.
    Jom terjah post menarik dari JuneAina ..Pesakit Asthma Saya Alah Pada KucingMy Profile

  21. Alhamdulillah..semoga sentiasa sihat sejahtera selalu yer dik..dah lama tak buat wau..nanti anak besar macam ni seronok sikit buat wau dengan dia..huhu
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Lagi Enam MingguMy Profile

  22. Pandai ku adam hakimi buat wau
    Jom terjah post menarik dari Nutri Bullet ..What Is A Nutri Bullet ?My Profile

  23. Teringat semasa dulu, buat wau berkertaskan poster pilihanraya dan bergamkan susu getah…
    Jom terjah post menarik dari Malaysia Tercinta ..Pindaan Kepada Garis Panduan Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2014My Profile

  24. Saya setakat layang-layang boleh tetapi kalau wau menyerah kalah. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Masjid terapung Masjid Selat MelakaMy Profile

  25. untungnya anak di kampung kak…anak saya seusia dengannya nak gunting kertas pun tak berapa yakin…baik..saya belajar sesuatu dr ini…terima kasih kak..
    Jom terjah post menarik dari rozita ..Wordless Wednesday # 55My Profile

  26. Budak2 yg duduk kampung mmg bertuah, sebab banyak aktiviti yg boleh meransang minda dan tumbesaran. Pernah buat wau mcam ni, mmg kena buat berkali2 sebab nak balance kan tu payah sikit, kalau tak balance wau tak mau terbang cantik hehehe…