Alasan Pelik Kenapa Rasa Letih
Artikel

Alasan Pelik Kenapa Rasa Letih

Pernah rasa letih dan lesu walaupun mendapatkan tidur yang secukupnya dan tidak mengalami gangguan emosi? Kadang-kadang kita rasa keletihan tanpa sebab yang jelas.

Saya membaca satu artikel yang dihasilkan oleh Dr Mehmet Oz mengenai beberapa sebab kenapa kita rasa lemah dan tidak bersemangat. Dr Oz adalah pakar kesihatan yang selalu muncul dalam rancangan tv The Oprah Winfrey Show selama lima musim.

Bakteria Jahat

Dua pertiga daripada penduduk dunia mempunyai bakteria buruk yang dikenali sebagai H. pylori di dalam perut mereka. Bakteria ini boleh menjadi punca utama keletihan. Lapisan dalam perut menghasilkan asid untuk menghadamkan makanan, pada masa yang sama menghasilkan mukus pelindung untuk menjaga daripada asid tersebut. Bakteria H.pylori menyerang perut, memusnahkan lapisan lendir perlindungan perut dan mendedahkan perut kita kepada ulser, atau rasa sakit kecil pada lapisan perut.

Ketika kita sedang tidur, asid dapat melepaskan diri dan mengalir ke dalam kerongkong sehingga menyebabkan sakit tekak dan merosakkan keupayaan kita untuk mendapatkan tidur nyenyak. Selain itu sekiranya terdapat darah dari ulser, ia boleh menyebabkan anemia, seterusnya mengurangkan tenaga kita sepanjang hari.

Jangkitan H.pylori boleh dikesan dan dirawat.Ujian nafas yang mudah daripada doktor boleh mengesan bakteria ini. Antibiotik boleh membunuh bakteria jahat dan acid-reducing boleh digunakan untuk merawat ulser.

Kahak

Pernafasan yang sihat menarik oksigen melalui hidung terus ke paru-paru, tetapi sewaktu kita tidur, kahak boleh terbina di dalam belakang tekak sehingga menyekat laluan oksigen dari hidung ke paru-paru.

Kita boleh mengatasinya dengan melalui mulut, tetapi satu kajian baru-baru ini membuktikan tahap oksigen dalam darah menjadi lebih rendah, yang boleh membawa kepada keletihan.

Berkumur setiap pagi, sama ada dengan ubat cuci mulut atau air garam, boleh membantu membersihkan kahak kerongkong.

Agaknya kerana ini saya lebih selesa tidur tanpa berbantal. Kalau guna bantal rasa macam saluran kerongkong tersekat.  Saya lebih selesa tidur dengan kepala selari dengan katil, bukan lebih tinggi.

Kopi

Ramai yang mengambil kopi atau teh untuk ‘morning pick-me-up’, tetapi ia boleh menjadi antara punca keletihan .  Kafein mempunyai kesan menyahhidratkan. Apabila bangun pagi, kita cenderung untuk menjadi dehidrasi kerana tidak meminum air selama bererapa jam. Jika tidak mengambil apa-apa minuman yang lain, kopi boleh menyebabkan kesan dehidrasi menjadi lebih teruk dan mengurangkan tenaga.

Baju

Pakaian tidur yang terlalu selesa sebenarnya membuatkan kita lebih letih. Pakaian gedoboh , longgar atau ‘memberi’ membuatnya lebih mudah untuk membongkok, menegangkan sendi-sendi dan otot-otot sehingga menyebabkan ianya terpaksa berkerja lebih keras untuk mengagihkan oksigen sepanjang badan sewaktu kita tidur.

Menurut Dr Oz, kombinasi yang pelik antara telur dan tembikai susu ( cantaloupe) boleh menjadi duo untuk menewaskan keletihan. Telur adalah sumber yang murah dan rendah kalori protein  tetapi ia menjadi lebih baik apabila dipasangkan dengan karbohidrat yang kompleks seperti tembikai. Protein dalam telur membantu memperlahankan penyerapan gula buah dan mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Musim-musim panas ni, elok pergi cari tembikai susu.

Caterpillar of a Monarch butterfly

Cordyceps Mushrooms  ialah satu kulat berparasit yang secara semula jadi tumbuh di kepala seekor ulat beluncas ( caterpillar ). Cordyceps membantu meningkatkan metabolisme, yang boleh mengurangkan keletihan dan meningkatkan ketahanan fizikal. Dalam 1993, dua atlet wanita China memecah rekod dunia untuk  larian 1500 meter, 3000 meter dan 10,000 meter dan mengakui kejayaan mereka disebabkan makanan tambahan cordyceps.

Ada sesiapa yang berani mencuba kulat kat kepala ulat beluncas ke?  Tengok pun ramai yang dah geli…hiks!

*Entri ini adalah terjemahan secara bebas oleh Kujie2.com dari The Weird Reason Your’re so Tired

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Alasan Pelik Kenapa Rasa Letih

  1. Selama nie Johny ingat letih sebab banyak pikir.. oo info yang menarik..

  2. Dulu ada orang bgtau, kopi juga menghalang penyerapan khasiat daripada makanan ke tubuh badan. Oleh itu, elakkan minum kopi sebelum dan selepas makan. Minum lah 2 3 jam selepas atau sebelum makan.
    Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..Gambar-gambar Aktiviti PLKNMy Profile

  3. Acid-reducing = alkali.
    hm… orang ramai yang tak sedar betapa kita sebenarnya terlalu banyak makan makanan yang berasid dan kurang makan makanan yang beralkali. Well, apa je pun makanan beralkali yang boleh dimakan untuk merawat ulser atau mengurangkan kadar pH natural kita ? Kalau ada pun, ia adalah sayur-sayuran dan buah-buahan yang sememangnya dibenci oleh masyarakat kita.. Betul tak kak Jie ?

    so, tak mustahil sekarang ni ramai yang mudah rasa letih sebab terlalu banyak asid dalam badan.. Kan ? hehehehe
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Geng Muka BukuMy Profile

  4. tembikai susu ? hmm..pernah dengar tembikai susu ni kurang baik untuk kaum lelaki..

    tapi bila terserempak kat pasar tu memang bedal jugak..hehehe..

    alhamdulillah agak jarang juga la sy menjadi keletihan dan kelesuan tanpa sebab..apa pun info ni sangat menarik dan berguna..cuma berapa banyak kulat kat kepala ulat tu nak kena kumpul untuk dimakan ? hehehe
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Bukan milik kitaMy Profile

    1. hehehe…terbayanglah masing² dok kutip kulat kt kepala ulat tu… :p

      tak pernah pula dengar bab tembikai susu ni tapi kalau cerita lawak real pernahlah kena

      kami anak beranak pi makan, anak sulung order air tembikai susu tapi dibagi tembikai merah + susu – ni real betul2 jagi
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tebu ditanam takkan peria yang tumbuhMy Profile

      1. kedai mana kak jie n family pegi tu ? kalo tembikai (merah) + laici tu biasa la jugak..kalo tembikai (merah) + susu, ni dah something new..
        Jom terjah post menarik dari pipoq ..Bukan milik kitaMy Profile

  5. Assalam..
    Patut la saya asyik letih je setiap hari…disebabkan anemia, darah tak pernah tinggi..dah pernah pengsan sekali…
    terima kasih atas info tu..
    Orang yang ada penyakit darah tinggi tak boleh makan garam.
    Kalau makan garam, agak2 darah boleh naik tak?hehe..
    Jom terjah post menarik dari iza ..Selamat Hari Tua.My Profile

  6. Tidak salah sarapan pagi dengan telur hancur atau telur separuh masa untuk mendapatkan tenaga.

    Kadang-kadang kegemukkan pun memberi masalah kerana saluran pernafasan menjadi sempit dan begitu juga tidur berdengkur kesannya adalah apabila bangun pagi terasa letih. Ini berlaku kerana kekurangan oksigen yang dipanggil apnea berlaku pada orang dewasa. Kalau ada pasangan yang berdengkur kuat macam kadang-kadang tercungap-cungap untuk bernafas ada kemungkinan ada masalah apnea memerlukan mendapatkan dianosis pakar samada perlu melakukan pembedahan atau mesin CPAP untuk pastikan oksigen mengcukupi ketika tidur

  7. tengok pun dah geli apatah lagi nak makan kulat kat ulat beluncas tu. rasanya tak kot. banyak lagi sumber alternatif lain yang boleh di makan. heheh

  8. kena suka dgn setiap apa yg kita buat..

    kalau tak suka masak tapi TERPAKSA masak..memang akan rasa masak tu memenatkan..kalau tak suka jogging tapi TERPAKSA nak jogging dengan niat nak kurus..pun akan rasa letih juga..

    cuba ajak pergi shopping ke pergi melancong ke siap offer untuk belanja lagi..kalau ikutkan kena banyak berjalan kan nak tawaf shopping mall, nak melawat tempat2 yg di pergi tu..lagi banyak langkahnya daripada jogging..penat buat keje rumah, masak, cuci kain, lipat baju, cuci tandas, urus anak..pin SANGGUP je kan pergi jugak..tak kisah la balik kul berapa pun..sebab memang SUKA shopping dan berjalan kan..=)

  9. orang sebelah semenanjung timur yg mkn ulat tuh mesti dia jarang letih kan 😀

Comments are closed.