Artikel

Bahaya antibiotik

Dalam keadaan tak berapa sihat ni, rajin pula kawan blogger berstatus doktor dan bakal doktor datang…terimakasih atas lawatan percuma itu…:p

Saya juga pembaca tetap blog seorang lagi doktor iaitu Dr.Azwan kerana banyak info yang menarik dan sarat dengan pengalaman sebenar beliau di dalam bidang perubatan. Banyak nasihat yang diberikan secara percuma yang merangkumi isu semasa yang berguna.

( saya suka blognya yang tulisannya terang, jelas dan kemas tak seperti blog saya yang semua benda hendak disumbat…kahkahkah)

Salah satu topik yang paling saya suka adalah mengenai antibiotik. Saya pasti setiap orang kenal dan pernah mendapatkannya. Ramai juga ibubapa terkeliru mengenai keperluan antibiotik kepada anak² mereka.

Menurut Dr. Azwan, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring?

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat sehingga antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya.

Antibiotik sebagai bom nuklear?

Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan “candida”, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Perlu diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makanlah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

  • Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.
  • Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
  • Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. “Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi”. atau “ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik”. Hilang seorang pelanggan…
  • Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.
Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Menurut beliau sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

“Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Ada banyak kisah menarik tentang pengalaman beliau dalam kerja amal, nasihat juga pengalaman sebenar dengan pesakit. Owh…ada juga iklan jawatan kosong di klinik beliau.

Kredit : Dr. Azwan

Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, namun menjadi orang yang diabaikan.
Kehilangan orang yang sangat kita cintai, yang berubah menjadi seseorang yang tidak peduli denganmu sama sekali.
Ketika orang yang sangat kau sayangi mengadakan pesta …. dan tidak mengundangmu sama sekali.
Ketika orang yang paling kau sayangi di dunia ….. dengan sengaja tidak mengundangmu menghadiri perayaannya, sehingga membuat orang berfikir kamu tidak peduli.
Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, namun menjadi orang yang dilupakan.
Menjadi orang yang dilupakan setelah kita memberikan yang terbaik.
Menjadi orang yang tidak mempunyai kawan, walau hanya sekadar untuk saling menyapa.
Ketika kau melihat orang yang ada dilubuk hatimu yang paling dalam mentertawaimu didepan wajahmu.
Ketika kau memerlukan seseorang untuk memacu semangatmu, tapi kau menyedari bahawa hanya seseorang yang masih peduli denganmu iaitu …….. kamu sendiri.
Hidup memang penuh penderitaan, tapi akankah ini membaik??? akankah semua orang saling peduli, dan menyediakan waktu untuk mereka yang memerlukan ?
Setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan di panggung yang besar yang kita sebut kehidupan.
Setiap orang punya kewajipan terhadap lingkungan sekitarnya untuk mengatakan bahawa kita menyayangi mereka.
Kau tidak akan mendapat hukuman jika kau tidak mempedulikan kawan-kawanmu.
Kau hanya akan diabaikan…… dilupakan….. seperti seperti yang telah kau perbuat terhadap mereka!!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

12 thoughts on “Bahaya antibiotik

  1. Look for whey protein supplements, glutamine and amino acids better.

    Although exercises may enable it to milk or eggs. Many times, like an Amazon at the
    reviews for you is impossible to achieve how to bodybuild your goals faster.
    Now that you have been obliterated due to a programme.
    Jom terjah post menarik dari canadian bodybuilding ..canadian bodybuildingMy Profile

  2. Saya kira mengkonsumsi antibiotik tu takkan ada masalah ternyata bisa berbahaya juga. Bakteri yang tidak termatikan oleh antibiotik tersebut akan menjadi kebal dan membahayakan kesehatan kita nie
    Terima kasih atas sharing yang bermanfaat ini..
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Meningkatkan Trafik BlogMy Profile

  3. salam akak..
    seorang kenalan saya pernah tiba2 sesak napas sebab mkn antibiotik dan dia tatau dia allergic kpd antibiotik.. dia tak leh nak cakap, masa tu dok dalam bilik sorang2, nasib baik sempat sms ayah dia yg dok kat luar bilik dia, masa ayah dia masuk bilik, dah tak sedarkan diri…syukur lepas tu semua selamat lepas masuk sepital..
    Jom terjah post menarik dari cikcloudy ..Hujung Minggu Yang Panjang Buat Warga PahangMy Profile

  4. selalu kalo sakit tu ala2 teruk baru diberi antibiotik. kalau tak bagi ubat demam biasa jek. (tu klinik yg zana selalu pegi la)

    Tapi ada satu klinik kat rumah mak zana (area selayang) mmg rajin bagi antibiotik. selalu tak sempat mkn abis dah baik pun. hehehe… tapi bagusnya klinik tu murah. hahahaha..(er..er.. leh terima ke nie)

  5. muadzlife

    bila dah besar² rasanya mmg tak perlukan antibiotik kot..mcm anak², bila dh lepas umo 9-10thn. dia org jarang sgt sakit selesema, demam gini..badan dia dah kuat utk melawan ganguan sistem pertahanan badan tu…

    suara

    iye..itu tetapi yang baik sekali , melawan dari dalam diri sendiri…

    terimakasih atas doanya…sebenarnya saya ada masalah dgn salah satu organ penting badan..eemmm…

  6. Bila saya rasa tak sihat je, teringat kata-kata my ex-boss; badan kita banyak di kawal oleh minda, kalau kita rasa macam nak sakit, maka sakitlah kita. Kalau minda kita kata kita tak akan sakit, insyaallah, sakit itu akan sembuh sendiri tanpa ubat, tanpa antibiotik, sbb ubat yg paling berkesan adalah apa yg ada dlm fikiran kita. Setakat ini alhamdulillah kalau setakat sakit biasa-biasa, rasanya itulah ubat yg sering saya gunakan dan ianya berkesan.Dengan izin Allah tentunya…. Saya doakan semoga k’jie pulih sepenuhnya secepat mungkin.

  7. apa2 pun mulai sekarang say tak nak to antibiotik…
    wakakakkaa..
    tp almost 99% clinic musti prescribe punyer…sebab nak tempa nama

  8. makcik combi

    hang ni mai nk bergossip la tu..kehkeh..mana gelang sekerat siku hang…:p

    tak de sapa lah…tak de bersangkut paut dgn yang hidup atau yang setengah hidup…:D

    jom..aku nk keluaq ni, pala pening2 tp nk kena memandu gak ni….

  9. bkn aku kan jie??

    ~ aku syg kt hg..

    ~ aku takecare kt hg..

    ~ aku mis hg..

    ~ aku really nak jd kwn hg..

    ~ aku aku aku ..hg bkn maksudkan aku kan kan 🙂

    hg nak ker kwn ngn aku??? 🙁

Comments are closed.