Artikel

Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi

RAMAI orang minta orang lain berubah. Anak-anak mesti berubah. Remaja sering ditanya kenapa berdegil tidak mahu berubah-ubah? Malah, ada juga orang bertanya kenapa ekonomi tidak berubah, politik pun macam dulu tidak berubah². Pendek kata, semua kena berubah.

Sebenarnya rahsia perubahan bermula dengan mengubah diri sendiri. Jika mahu ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat berubah, malah hendak ubah negara pun ubahlah diri sendiri.

Jika hendak ubah orang lain tetapi kita tidak ubah diri kita, orang akan ketawakan kita. Maksudnya asyik memikirkan kesalahan orang, keburukan orang, kelalaian orang tetapi lupa untuk membetulkan diri.

Kita berani membuka keaiban orang, membincangkan keburukan orang tetapi jarang berani melihat keaiban diri sendiri. Tidak ramai orang berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit orang berterima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan agama Islam didasari dengan saling nasihat menasihati.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya agama Islam itu nasihat.”

Kita perlukan remaja dan pemuda yang hebat untuk mewarisi negara dalam menghadapi cabaran global yang kompleks. Remaja yang berjiwa besar ialah remaja yang boleh menerima dan berkongsi kekuatan dengan orang tua berpengalaman.

Orang tua yang hebat juga ialah mereka yang memahami dan menghormati perasaan remaja. Pendek kata, mereka yang berjiwa besar menjadi ejen pengubah dan perubahan datang daripada diri sendiri. Inilah calon orang-orang besar.

Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan orang lain melihat dan merasakannya, malah memberi pengaruh pada orang di sekitarnya. Dia menjadi dorongan serta simpati juga untuk berubah.

Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan orang pun susah untuk menguasai diri kita. Paling penting kita menggunakan kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan orang yang rapat dengan kita.

Mula-mula ubah diri kita, isteri kita, anak-anak kita. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu.

Ramai orang berkata “susahnya hendak ubah remaja” , “isteri degillah” , “pekerja keras kepalalah.” Jawapan sebenarnya ada di dalam diri kita, asalkan jangan terlebih dulu menyalahkan orang lain.

Memang mereka pun ada salah, tetapi kita pun ada silap juga. Mungkin cara penyampaian yang tidak kena. Kekuatan mengajak memang disuruh tetapi jangan lupa kekuatan contoh amat penting. Rasulullah diutus untuk mengajak dan memberikan contoh baik. Kita pula banyak mengajak tetapi kurang contoh yang baik.

Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan. Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi. Sayangilah jangan membenci. Perubahan bermula dari diri sendiri.

Artikel lama saya di SINI

arsaili said…

sangat setuju, perubahan kena mula dengan diri kita sendiri…dan kemudian baru la mengajak org lain berubah kepada kebaikan. Kekadang org tidak mahu berubah, tapi kita pula yang harus berkompromi, barula kehidupan di dunia ni aman dan damai. Dan Jadila seperti ikan, walaupun hidup di lautan masin, isinya tetap tidak masin, maksudnya menyesuaikan diri mengikut keadaaan yg memerlukan kita berubah, tapi berubahlah untuk kebaikan…masih ada prinsip

The Official Hidup…
Kembalikan cahaya,
Nyawakan semula impian yang telah dibina

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

5 thoughts on “Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi

  1. kak jie,
    arin cukup kagum ngn apa yang kak jie tulis..when u express it in words..it flows..the words ..the statements comes out so beautiful..and bila baca blog kak jie,ader je benda baru yang arin dapat..thank YOU!

  2. saya setuju 200%…

    mmg benar bagai dikata
    semua telah nyata di mata
    skarg hanya tanya selera
    menjadi hina atau mulia

    titiplah pengalaman di lembar kehidupan, nescaya terlihat beda warnanya..dan pilih yg terbaik ke mara kehidupan.

Comments are closed.