Darahku bukan kuning…

By Kujie, 08/07/2008 8:25 am

dsc012351 300x225 Darahku bukan kuning...

Kenal tak ini buku apa?  Bukan buku 555 ye.. :D sesiapa yang pernah menderma darah mesti akan dapat buku ini. Kalau sepuluh kali menderma dan tidak bawa buku lama, dapatlah 10 buah buku untuk simpanan. ( buku ini dipanggil SIJIL/CERTIFICATE )

Ini kepunyaan suami saya, dia memang penderma darah yang aktif tetapi bukan penderma yang merancang untuk menderma. Tiap kali melawat ekpo atau bersantai di shopping komplek dan terjumpa program menderma darah, dia mesti menderma. Masalahnya setiap kali menderma mesti dapat buku yang baru, rekod yang baru.  Dia ada lebih dari 4 tetapi mungkin sudah tercicir kerana saya berpindah rumah lebih dari 10 kali sebelum menetap di sini.

Pernah kami ke Giant Shah Alam dan melihat ada program menderma darah   Seorang jururawat senior bertanya ..

" Encik tak bawa buku rekod derma darah?"
" Saya datang beli sayur beli ikan , misi….."

Tak kan nak bawa buku tu setiap hari…kad pengenalan kita yang bermutu tinggi itu pun kalau terperok dalam beg duit terselit dalam poket seluar boleh lusuh dan terkopak sana sini, apalagi buku secomel itu .

Saya cadangkan ahli cerdik pandai Pusat Darah Negara memikirkan satu sistem pengkalan data untuk menyimpan rekod penderma darah yang seragam dan mudah.

Keistimewaan untuk penderma² darah

Kekerapan Menderma  Darahku bukan kuning... Keistimewaan Rawatan
1 Kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan peruabtan (tidak termasuk bayaran x-ray dan pembedahan)
2 kali
(dalam tempoh 12 bulan)
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2-5 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 4 bulan
6-10 kali Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan
11-15 kali Percuma rawatan pesakit luar 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun
16-20 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun
21-30 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun
31-40 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 tahun
41-50 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun
lebih dari 50 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun

Kredit : Hospital Raja Perempuan Zainab II

Soalan maut : kenapa saya tidak menderma darah? :D

  • Pada tahun 1986, saya pengsan bila setitis darah saya di mbil di hujung jari hanya untuk membuat ujian penentuan kumpulan darah (akhirnya saya tahu juga saya dalam kumpulan darah AB )
  • Pada tahun 1990, saya pengsan di Klinik Pergigian Klang hanya selepas doktor menyuntik ubat bius sebelum gigi saya di cabut… ( masa tu saya belum kahwin, doktornya handsome giler, kalau pengsan patlima kali pun tak pa….hahaha )
  • Setiap kali mengandung dan proses mengambil darah setitis pun, saya akan mula loya, mabuk² dan pening.  Kalau pun jari saya hanya luka satu cm dan hanya setitis darah yang meleleh , saya perlu baring ….
  • Saya memang kedekut, biasalah saya dalam kumpulan darah AB :D
  • *** Along memang ikut saya, pening² dan mabuk bila diambil darah & Intan pula kuat macam abah dia… saya bawa dia untuk diambil darah, saya yang mengintai dari luar bilik..dia selamber hulurkan tangan …. :D

    Random Posts

    25 Responses to “Darahku bukan kuning…”

    1. [...] Mabuk darah – pernah pengsan hanya disuntik ubat bius sebelum gigi di cabut [...]

    2. [...] by Kujie at 11:38 am under Uncategorized Derma darah biasa kita dengar tetapi menderma tali pusat anak memang ramai yang tidak mengetahuinya. Saya [...]

    3. Kasawari says:

      Betul tu. buku derma darah ni simpan kat rumah..
      kasawari dah 4 kali derma.. tapi semua terancang.. he he..
      so ada satu buku jer lah.. :cool:

      Kujie ~ kena bawa gak kot..
      kalau2 jadi emergency kes..mana derang tau kasawari dah menderma
      mcm mana nk dpatkan keistimewaan tu, kalau tak de buku merah tu..
      tu arr pasal kakjie rasa kena ada data tersimpan yg sistematik..

    4. yOnnA says:

      laaa!!
      mama takut darah ke rupenye!!
      ahahha..
      sangat comel :p

      yonna x takut drh…
      tp x menderma darah pun..
      err
      macam seram sejuk lak :p

      Kujie ~engehhh…awak tu..cakap je..
      entah2 lagi teruk pengsannya… :lol:
      kalau berani
      pergilah derma darah…hehehe

    5. mad redo1 says:

      sama jugak dengan kes mad redo1, entah berapa banyak buku ‘akaun’ darah yang telah dibuka… tapi memang betul pun kan,

      kita pergi membeli-belah,
      bukannya nak derma darah,
      cuma kebetulan jelah,
      ada permintaan isi bank darah…

      hehehe…

      Kujie ~mmg saya tak bersetuju cara penyelesaian mcm tu
      patut zaman dah canggih mcm ni
      teknologi yang hebat mcm ni
      ada sistem pengkalan data yg lebih mudah…

    6. pokcik says:

      pokcik pernah sekali dalam idup menderma darah itu pun secara ‘paksa rela’…singat pokcik sekitar tahun 1989…lama betul tuuu…!!! :mrgreen:

      …tapi buku merah kecil tu masih elok tersimpan lagi,manalah tahu kot kot ‘ter’guna lagi…

      Kujie ~ ngape berenti menderma?
      org sihat aktif mcm pakcik..darah berqualiti… :lol:

    7. Ziana says:

      kakdik takot darah
      :(

      kene pisau pon dh pitam..
      or x pon sure pengsan…
      :(

      Kujie ~ kita leh geng lah…hehehe….kalo potong bawang, kena guris sikit je…dah pening² :lol:

    8. Ziana says:

      kakdik takot darahhh
      :(

      sure pengsan
      :(

      Kujie ~ tgok orgnya bukan main semangat…. :lol:

    9. muadzlife says:

      hahahahah sama lar kita darah AB….

      sama gak le suami saya..dok kumpui buku merah tuh..cuma satu je kat opis..kalo2 nak derma darah dekat ngan opis…

      sejak kawin pun dah lebih berbelas kali tapi x pernah pun utilise keistimewaan tuh..rugi jer kan..

      Kujie ~ hah….group AB juga?
      sama la kita ye…penakut!
      itulah… dok kumpul buku merah..sampai ada yg dah hilang…
      asik berpindah randah…

    10. kriesz says:

      agaknye org yg berdarah AB nie mmg penakut dgn darah kot..sy pun x pernah derma darah seumur idup..dulu2 x layak sbb x cukup berat bdn..skarang terlebey layak tp still x bleh sbb dikesan trauma dgn darah.. :oops:

      Kujie ~ Ramainya group AB, kena ambek no tel ni..kot2 ada apa2
      kita p tadah je darah dia..hehehe :lol:

    11. Ayu says:

      kak … kite samaaaaaaaaaaaaaaaaa
      saya arituh siap doktor suh pandang tempat lain masa nak amik darah heheheeheh

      Kujie ~ ramainya penakut..hehehe

    12. arsaili says:

      salam..tahniah ke rumah baru ehehehe…isk2 takut ambik darah ker? nasib la sihat walafiat, cam saya kena ambik setahun beberapa kali…nasib badan. Nak derma darah lak tak cukup sihat..ahaks….

      Kujie ~ sama-sama …huhu..nasib baik tak sesat dtg rumah kakjie ye…

    13. intan says:

      Intan pun sama…penakut. Mcm x caya je anak misi pencen :P

      Org yg selalu menderma darah lebih sihat drpd kita yg penakut ni… Pahala pun dapat!

      Kujie ~ niat ade..agaknya kita ni dpt pahala niat je la kot..hehehe
      teruk tul anak misi ni :lol:

    14. Neeza says:

      err.. neeza pun takut nak ambik darah.. pernah dengar orang kata, sape selalu derma darah, badan gemuk… ish ish.. boleh caya ke? tapi sebab tak nak gemuk, neeza tak derma.. hahaha!! memang nak kena marah dengan hospital cam ni..

      patutnya kena buat rekod kot.. guna IC je boleh detect rekod derma darah.. tak payahlah nak kena bawak buku tu.. bukannya kecil hal nak bawak buku.. lesen memandu pun kadang2 tertinggal kan.. hehehe..

      Kujie ~ tak pernah dgr pula..tapi katanya kalau selalu derma , badan lagi sihat…
      itulah ….patut ada pengkalan data yg simpan rekod2 berapa kali kita derma..sbb org yg selalu menderma ini dapat beberapa keistimewaan..kalau terjadi kes kecemasan..kita pun tak ingat mana kita letak kad merah tu…
      kalau ada sistem yang lebih baik, masukkan no kad pengenalan dah selesai, seluruh hospital dapat maklumat yang sama….

    15. OD says:

      OD lupa lak nak cakap. OD pun tak boleh derma darah sebab nilai hemoglobin OD kurang daripada jumlah yang sepatutnya. Sendiri pun tak cukup, camana nak bagi orang kan? Bukan kedekut tapi out of my hand, maa…

      Kujie ~ hahaha..tak kedekut aihhhh….tak cukup ada org lain yg sudi derma…. :lol:

    16. OD says:

      Ek eleh… sebelum pengsan, sempat lagi dia tengok doktor gigi tu hensem ke tidak. Sabor aje aku… he he he. Jie… dah cerita pasal mimpi. Tak ada yang noti-noti.

      Kujie ~ :lol: dah baca dah mimpi tu…mcm filem tamil…dr Kl golek2 sampai ke Penang

    17. BaniHassim says:

      Terrringin sesgt nak derma darah ni..
      Tapi sye ade sejarah Hepatitis A, lupekan jee…

      Byk pahale kalau derma darah nih…

      Kujie ~ ooo..hepatitis A ye.
      dah tak boleh, bagi org lain yg menderma..
      takut2 nnt berjangkit pula org lain…

    18. suealeen says:

      sejak syafiah lahir, entah berapa puluh kali kena ambik darah dia dan darah saya. di hospital ada satu teknik mencampurkan darah anak+ibu. macamana & untuk apa depa buat pun saya tak tahu. saya tak takut tengok darah tapi saya tak suka bila jarum tu disuntik & ditarik dari kulit saya. saya tak layak derma darah (hameoglobin rendah)… orang derma kat saya pernah la… tu pun sebab denggi.. hehehe

      Kujie ~ ooo..utk perubatan tak pe la… kita rela je bagi darah tu..
      eee..sapa yg suka jarum ceq oiii

    19. jiji says:

      Kita darah O. Sungguh bangga@!~ Derma 4 kali sudah. tak takut darah. Tapi takot jarum. Selalu baca komik Conan, Dragon ball atau apa saja komik untuk melupakan bentuk jarum.

      *Oh Skema*

      Kujie ~ :lol: ooooOOo darah O…senang lah mcm tu..bagus jiji..banyak pahala tu…skema tak skema…tak de sorang pun lagi yg dt komen derang pernah derma darah…bravo..bravo girl! :lol:

    20. Umimia says:

      Ishk..ishk..ishk…apalah ketinggalan betul saya ni..baru ni lah sy tau rupanya ada keistimewaan utk penderma darah…tapi..malangnya sy ni mmg penakut kat jarum (kecuali demi Mia)

      Kujie ~ baguslah utk penderma..sbb darah tu mmg penting…utk semua org..
      kiranya berguna gak info kakjie ni walau kakjie sendiri takut nk derma darah… :eek:

    21. ibukumbang says:

      Ngeh2 saya pun AB+ jugak, so saya adalah org yang tamak untuk menderma darah.. Selalu berazam untuk menderma. tapi bila sampai tempat menderma tu.. tetiba hati berdetik “Alah lain kali la, belum bersedia” :mrgreen:

      Kujie ~ yelah ..samalah kakjie pun AB+.
      ramai sgt yg takut kalau bab2 darah ni..sedangkan ramai lagi juga yang amat memerlukan…

    22. arin says:

      saya pon penakut ngn darah..nasib baik waktu beranak dulu setitis darah saya tak nampak..kalau tak mau pengsan 10 kali kat situh gak..

      Kujie ~ dah tak larat nk pengsan dah Arin..sbb mmg dah sedia lemah..hehehe

    23. ita.itu says:

      sy derma darah sekali jek..pastu takut nak derma lg…derma dara selalu..tiap2 malam..tang tuh tak takut..kah..kah.kah

      Kujie ~ :lol: :lol: :lol: tang tiap2 mlm tu yg tak tahan tu…. mcm de ade balik lepas hilang…dasyat sungguh…

    24. mz says:

      kata org kedekut dia lagi kedekut :) ) ekekekeke

      Kujie ~ bab2 dara ni mmg patut kedekut pakci…
      oppsss….. darah… :lol:

    25. combi says:

      tamaknyer..A nak B pun nak :p

      aku B+ susah nak dpt darah mcm kita kat bank tau :(

      bersiap sedia awal2..hehe

      psttt.. aku paling penakut ambek darah kat ujung jari..kat part lain silakan..no sweat laa !

      Kujie ~ itulah jenis darah org tamak…A dia nak B pun dia nak…..tapi org lain tak boleh guna yg dia punya…heheheh ..kedekut punya olang…….. :lol:
      eeee..aku kena luka sikit pun dah pening2…terbaring..tergolek dog :lol:

    Panorama Theme by Themocracy