Kadar zakat fitrah 2008

Dah bayar zakat fitrah semua?

Kalau boleh, bayarlah awal supaya dapat disampaikan lebih awal kepada asnaf zakat. Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadan dan sunat membayarnya selepas fajar Aidilfitri hingga waktu solat hari raya, tetapi makruh membayarnya selepas solat terbabit dan ia tidak dikira zakat, sebaliknya sedekah, seterusnya jatuh haram membayarnya apabila berakhirnya satu Syawal.

Kita boleh ditunaikan zakat di kawasan kita mencari rezeki, tetapi tiada masalah kalau nak bayar di kampung tetapi janganlah ke tempat lebih murah dengan alasan berjimat, seolah-olah ada unsur berkira atau bakhil di dalam diri kita.

Lebih elok kalau baki wang beberapa puluh sen itu disumbangkan terus kepada amil atau masjid, boleh diniatkan sedekah.

Zakat ditunaikan ialah dengan niat dan ikrar berzakat, sama ada untuk diri sendiri dan orang bawah tanggungan atau sebagai wakil yang mewakili mana² pihak.

Berjabat tangan ketika ikrar itu adalah adab dan tertibnya saja.

Macam mana dengan membayar zakat secara internet banking/online?

Saya baca di sini , bahawa bayaran zakat online ini menepati syarat² yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu penyertaan niat kerana setiap pembayar zakat semestinya menyertakan niat untuk membayar zakat sewaktu menekan butang komputer yang menunjukkan bahawa ia bersetuju untuk membayar zakat.

Ketiadaan lafaz niat tersebut tidaklah memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran tersebut kenana ittifaq ulama’ menyatakan bahawa niat itu letaknya di hati. Ketiadaan lafaz aqad dari pembayar juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran zakat tersebut kerana aqad di dalam pembayaran zakat adalah perkara sunat sahaja.

Walau bagaimana pun Lembaga Zakat Selangor TIDAK menerima bayaran zakat fitrah serta fidyah puasa (klik untuk mengira kadar fidyah ) melalui internet banking. Pihak bank hanya menerima bayaran untuk zakat harta seperti zakat pendapatan, perniagaan dan sebagainya

Bayar zakat fitrah secara sms > Klik http://www.e-zakat.com.my

kadar zakat fitrah 2008 Kadar zakat fitrah 2008

Penentuan kadar zakat fitrah :

a) Harga zakat fitrah bagi negeri² di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60kg.

b) Harga zakat fitrah bagi Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.

EDIT : 19/08/2009

Bayaran zakat fitrah di Selangor bagi tahun 2009 naik kepada RM7 daripada RM5.20 tahun lepas.

Post Lain Yang Berkaitan

18 Berkongsi Rasa

  • Pada 2008.09.15 13:53, negaraku.net menulis:

    Kadar zakat fitrah 2008 | Hidup Biar Sedap…

    Dah bayar zakat fitrah semua?

    Kalau boleh, bayarlah awal supaya dapat disampaikan lebih awal kepada asnaf zakat. Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadan dan sunat membayarnya selepas fajar Aidilfitri hingga waktu solat hari raya, tetapi makruh me…

    • Pada 2008.09.15 14:28, muadzlife menulis:

      alhamdullilah…dah setel minggu pertama lagi… :smile:
      kalau dah lunaskan..baru ler sonok nak sopping raya..

      >>> itu yg sepatutnya…
      yang wajib dulu :lol:

      • Pada 2008.09.15 16:10, shaxx menulis:

        this week mesti nak kena settle zakat fitrah nih….

        >>>a’aha…. bayar awal supaya dpt diagih2kan pada yang berhak awal2

        • Pada 2008.09.15 16:26, smaelz83 menulis:

          Hoho.. mahalnya penang.. nasib la dah abis belajar kat USM.. nak setelkan pada nuzul quran lah

          >>> biasa tu,harga beras pun mahal , kan..cuma selangor je masih tak naik² dari tahun lepas… mungkin beras di selangor murah kot..

          • Pada 2008.09.15 23:56, arin menulis:

            minggu nih ..kene gak bayau..

            >>> cik abg lupa kot..sibuk sgt

            • Pada 2008.09.16 05:36, catzer menulis:

              esok mahu byr zakat..tadi tak sempat sbb nak cepat pergi bank..heheheheh..biasanya aku byr dua kali..satu di sini satu lagi balik kg nanti..semoga zakat tu akan membantu pembangunan islamiah.

              >>> insyaallah , Allah Maha Mengetahui

              • Pada 2008.09.16 06:38, ezad menulis:

                Salam Kak,dah ujung2 ti byar ler zakat nih..fulus lum masyuk..huhu
                Salam kenal kak.. :grin:

                >>> salam kenal
                jangan lupa sudah…
                wajib ni

                • Pada 2008.09.16 09:41, NieZearm menulis:

                  mahal……….

                  >>> Apa yg mahal? baju raya ke biskut raya?

                  • Pada 2008.09.16 09:51, nuaeman menulis:

                    Alhamdulillah.. minggu lepas dah selamat membayar semuanya..

                    >>> Alhamdulillah…. bila dah selesaikan yang wajib …leh la pergi shopping.. :lol:

                    • Pada 2008.09.16 23:59, Adry menulis:

                      huhu.. dah bayar da…

                      >>> wajib dah selesai , lepas ni boleh lah bersoping sakan lahhh pulak… :lol:

                      • Pada 2008.09.19 08:08, am menulis:

                        kakjie.. yang ikut harga beras siam pelbagai tu kakjie tambah2 ker memang dia keluarkan gitu.. confuse la..

                        >>> penentuan harga zakat fitrah tu kan Kak Jie link sumbernya ke http://www.e-fatwa.gov.my/jakim
                        Benda² mcm tu mana boleh main suka² cakap Am, mesti rujuk pada pihak yang sepatutnya.

                        • Pada 2008.09.24 18:50, afham menulis:

                          menarik artikel ini…tq for sharing..

                          afhams last blog post..Elaine Teoh – my coach

                          • Pada 2008.09.25 05:31, Kujie menulis:

                            Terimakasih afham.
                            Sebenarnya saya juga keliru mengenai segantang baghdad tu kerana Pusat Pungutan Zakat kadar segantang baghdad = 2.8kg dan mengikur Lembaga Zakat Selangor = 2.7kg dan kat Portal e-fatwa = 2.6kg pun ada 2.7kg pun ada. bagi saya ikut yang lebih banyaklah kalau kita ragu².

                            Wal’lahualam

                            • Pada 2008.09.28 15:46, afham menulis:

                              aah…beza pn tk banyak sangat..masih mampukan? link sy disebelah tue lame la kujie.. :P

                              afhams last blog post..Mohon maaf pada 1 Syawal

                              • Pada 2008.09.28 21:45, Hari Raya Aidilfitri menulis:

                                [...] seterusnya jatuh haram membayarnya apabila berakhirnya satu Syawal(dipetik dan diubahsuai dari http://www.kujie2.com/artikel/kadar-zakat-fitrah-2008.html ). Tak tahu kadar zakat fitrah tahun ni… rujuk gambar di bawah .Juga dipetik dari link di [...]

                                • Pada 2008.09.29 11:15, adminDBHB menulis:

                                  tengahari ni baru nak gi bayar….

                                  adminDBHBs last blog post..All That You Need to Achieve Financial Independence

                                  • Pada 2009.07.06 17:01, white rose menulis:

                                    @arin, jangan asyik lupa itu wajib

                                    • Pada 2009.07.06 17:03, white rose menulis:

                                      @nuaeman, saya nak tanya awak apa maksud zakat tu kalau boleh bagi lah tahu..sayase3lalu menunggu jawapan itu..

                                      Switch to our mobile site