Love Is Cinta

love1 Love Is Cinta

Mungkin ramai blogger yang pernah terlibat dengan cinta waktu sekolah. Ingatkah anda pada perasaan gembira yang anda rasai ketika mula-mula bertentang mata dengan orang yang anda minati? Bagaimana pandangan tersebut seterusnya menular ke hati dan membentuk perasaan yang paling agung di alam semesta ini? Segala rindu, resah, tangis, gembira dan tension yang anda hadapi ketika cuba memenangi hati orang tersebut?


Ingatkah lagi bagaimana anda set schedule agar bertembung dengan beliau ketika hendak ke sekolah? Ketika pass surat kita kepada seorang posmen buruk yang kebetulan kawan rapat beliau, dan apabila beliau membalasnya dan mengatakan beliau juga menyenangi anda? Bagaimana sebelum tidur anda sering “berhayal bila saat nanti hidup bersamamu”? Kemudian anda mula sedar yang dressing anda yang dahulunya selekeh tiba-tiba bertukar menjadi smart?

Atau betapa cemburunya anda bila ada pelajar lain menghampiri orang tersebut? Ingatkah pula bagaimana perasaan itu akan mempengaruhi apa saja yang anda lakukan, fikirkan dan cara berinteraksi dengan orang lain? Bagaimana kawan baik anda terpaksa tahan mata dan telinga mendengar “luahan hati” anda?

Kini, dalam kesibukan tugas dan komitmen, kita sering melupakan perasaan tersebut. Bagi saya ia lebih dari seberkas perasaan…. .it is what growing up is all about. Mungkin kita perlu revisit semula perasaan ini untuk mengingatkan di mana kita berada sebelum ini dan di tampuk mana kita sedang berada sekarang.

Bagaimana pun kisah cinta monyet yang bergayutan itulah menbuatkan kita boleh ketawa gelihati… Tapi bila melangkah ke alam cinta dewasa, banyak airmata yang tertumpah..kenapa ya?

Kerana komitmen atau semakin sukar bertolak ansur?

©Kujie ~ Find the one that makes your heart smile :oops:

p/s Artikel ini adalah antara koleksi yang saya masih simpan dalam My Folders di Yahoo Mail.

Post Lain Yang Berkaitan

50 Berkongsi Rasa

  • Pada 2009.12.25 10:38, zool menulis:

    Dah lupa zaman tu..

    • Pada 2009.12.25 10:54, denaihati menulis:

      Kak jie apa juga semua ujian ALLAH. Kekadang kita tidak akan dapat apa yang kita impikan tetapi bila kita REDHA dengan pemberian Allah pasti ada ganjaran SYURGA kelak…. senyum ni teringat kisah cinta monyet masa sekolah… ha ha ha gila betul lah.

      P/s : terima kasih atas bantuan tu…sedang diproses.
      denaihati´s last blog ..Gagal PMR bukan berakhir KEHIDUPAN My ComLuv Profile

      • Pada 2009.12.25 11:00, paeh menulis:

        hahaha… wktu zaman skolah rendah je ada. zaman tu selalu main2 dgn dia. then bila geram dgn die tarik rmbut die. die nangis. hahaha. zaman skolah menengah xde dah sbb skolah lelaki saja je ada… eheee
        paeh´s last blog ..handphone korang original ke tak My ComLuv Profile

        • Pada 2009.12.25 11:01, beliamuda menulis:

          masih lagi berada dalam zaman tu… :lol:

          tapi, keadaan beransur2 berubah seiring dengan usia. perbezaan persepsi dan tafsiran berubah seiring dengan usia. mungkin itu antara penyebabnya kenapa berbeza suasana…
          beliamuda´s last blog ..Pengalaman Mengambil Lesen Memandu (1) My ComLuv Profile

          • Pada 2009.12.25 11:02, Kujie menulis:

            @paeh, advance tu, sekolah rendah dah geram2 dgn awek… :lol:
            masa sekolah rendah, kalo baik skit dgn budak lelaki, kena ejek lah..

            mcm le esok lusa dah boleh kawen :lol:

            • Pada 2009.12.25 11:02, Kujie menulis:

              @zool, uik… tak berkesan kt hati langsung ke?

              • Pada 2009.12.25 11:09, Mr.Bintang menulis:

                hoho.. masa sekolah dulu rasanya x de kot perasaan CINTA kat rakan sekolah… SUKA ada tapi siapa la kita kan? Dengan gaya skema.. siapa yang nak? Hahahaha.. mmg free love la dulu… hehehe.. start belajar berCINTA pun 6 tahun lepas masa kat kolej jee.. tak lama.. 2-3 tahun pas tu putus.. Cinta Jarak Jauh la katakan… Ex pun dah kawen skrg ni..

                Sekarang pun masih CJJ gak… :P
                Ntah la.. kenapa saya selalu dapat yang jauh² erk? hihii..

                • Pada 2009.12.25 11:26, zaiMi menulis:

                  camtu la mase budak2.. sume indah je.. tengok pmpuan cntik sket tersipu2 malu macam la pmpuan tu bkenan kat die.. kna plak kalo pmpuan tu balas senyum.. mmg terawang2 la.. skang ni? konpem x sama cm zaman budak2..
                  zaiMi´s last blog ..Meet Uncle Hussein Kutuk Lan? My ComLuv Profile

                  • Pada 2009.12.25 11:38, Lan Bingka menulis:

                    hmm…sekolah laki takde semua tu…tapi tetap happy… :grin:
                    Lan Bingka´s last blog ..Avatar filem terbaik 2009 My ComLuv Profile

                    • Pada 2009.12.25 11:51, eiysya menulis:

                      xpenah lg kot..haha

                      • Pada 2009.12.25 12:04, naz menulis:

                        ingt zaman bcinta kat asrama, time prep digunakan utk mnulis srt cinta monyet, kamus dewan dijadikan perantara utk exchange surat cinta tu. adeh. agak sengal bile teringat blk. :roll:
                        naz´s last blog ..Digital wallpaper My ComLuv Profile

                        • Pada 2009.12.25 12:12, megat menulis:

                          cinta monyet!? banyak memori. banyak kenangan manis. banyak juga kenangan pahit. yang pasti cinta monyet tidak beri impak kecewa yang melampau berbanding putus ketika dalam pertunangan (hu3).

                          buka buku teks tiba-tiba ada surat. buka al-quran semasa pegi mengaji ada surat. dalam laci meja ada surat. siap dapat surat dari posmen tidak bergaji.

                          itu dulu. ketika fikiran belum matang. ketika masih kebudak-budakan. tidak fikir apa yang berlaku pada masa hadapan. paling dasyat pun ada orang tak puas hati awek dia kawan dengan kita (ha3).

                          tapi yang benar, “LOVE IS CINTA” (memang lah ha3)
                          megat´s last blog ..Saman Polis Trafik, Akhirnya Kena Juga! My ComLuv Profile

                          • Pada 2009.12.25 12:34, Akuro San menulis:

                            huhu~ saya dah masuk Universiti baru jumpa cinta monyet~ lambat gila kan? tapi itu pun tak ke mana~ :|
                            Akuro San´s last blog ..Ceramah Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi di PICC My ComLuv Profile

                            • Pada 2009.12.25 12:35, denaihati menulis:

                              Entri ni betul-betul beracun sehingga terbawa-bawa mengingat kisah silam ..kisah cinta monyet. Terganggulah emosi hari ni..kat manalah dia sekarang ya???
                              denaihati´s last blog ..Buat Duit dengan Sponsored Tweets My ComLuv Profile

                              • Pada 2009.12.25 12:47, Kreuger menulis:

                                mak dengan abah sangat garang masa zaman sekolah dulu.
                                saya memang anak mak. dan tak dibenarkan sesekali untuk
                                jatuh cinta dengan sesapa. meskipon ramai peminat wanita..
                                terpaksa lah depa gigit jari sebab saya ni jantan hangat dipasaran
                                ketika zaman sekolah. kiranya sapa dapat tackle.. untungnye badan..
                                ahhahahaha.. hensem tuh idak la.. tapi kacak tuh jer yang lebey
                                Kreuger´s last blog ..Info: Proses persenyawaan manusia My ComLuv Profile

                                • Pada 2009.12.25 12:50, mario menulis:

                                  @naz, sama lah kita.hahaha.
                                  tapi bila ingat balik surat tu je la sebagai penghubung.Nak dating2 ni kurang sikit.tak reti time tu :mrgreen:
                                  mario´s last blog ..Boyfriend Miley Cyrus Kaki Gaduh Ke? My ComLuv Profile

                                  • Pada 2009.12.25 13:40, kingbinjai menulis:

                                    oh saya tak pernah bercinta masa study :)

                                    • Pada 2009.12.25 14:19, Eriyza menulis:

                                      Tetiba jer sy tingat kat muka dak tuh
                                      tp dedua ego. Tetiba tejumpa kat satu
                                      majlis makan², rupa²nya umah kami tak
                                      jauh mana pun. Lastly, dia mai makan kat
                                      seblah sy. Pastuh br laa beckp kat skolah. :lol:
                                      Eriyza´s last blog ..Teknik Gambar Vektor Dengan Vector Magic My ComLuv Profile

                                      • Pada 2009.12.25 20:36, Kujie menulis:

                                        @Eriyza, boleh buat skrip drama nie… :lol:

                                        • Pada 2009.12.25 20:37, Kujie menulis:

                                          @kingbinjai, budak baik -
                                          salam king, lama tak berhubung
                                          segan nak singgah kat istana
                                          apa khabar queen dan putera mahkota :lol:

                                          • Pada 2009.12.25 20:39, Kujie menulis:

                                            @Kreuger, anak mak ni…. ikut cakap
                                            tapi statement ni macam boleh dipertikaikan lah
                                            masih diragui kesahihan ‘kemachoan’ tu :mrgreen: :lol:

                                            • Pada 2009.12.25 20:41, Kujie menulis:

                                              @denaihati, saja je
                                              cuti2 ni, alam cyber pun macam sunyi sepi je
                                              sesekali membangkitkan kenangan lama

                                              p/s – ada byk koleksi entri lama2…kt blogdrive dulu2 :lol:

                                              • Pada 2009.12.25 20:43, Kujie menulis:

                                                @Akuro San, kalau dah kat universiti tu bukan monyet lagi dah…. lebih besar kot – kingkong ke :lol:

                                                • Pada 2009.12.25 20:45, Kujie menulis:

                                                  @megat, sebenarnya apa katogari yg boleh di panggil ‘cinta monyet’
                                                  rasanya tak semestinya cinta di saman sekolah tu cinta monyet sebab ramai juga yang berjaya membaca cinta mereka hingga ke jinjang perkahwinan – itu bukan monyet kot..hehehe :lol:

                                                  • Pada 2009.12.25 20:47, Kujie menulis:

                                                    @naz, so..kat mana masangan ‘monyet’ tu skrg?

                                                    hehehe

                                                    • Pada 2009.12.25 20:49, Kujie menulis:

                                                      @mario, betul ke ada yg letak bedak2…

                                                      sbb kak jie tak buat mcm tu…. time tu pakai bedak sejuk je :lol:

                                                      • Pada 2009.12.25 20:49, Kujie menulis:

                                                        @eiysya, owh…… pengalaman cinta monyet boleh buat senyum sorang2…tapi kak jie tak ingat dah..ada ke tidak

                                                        memori low

                                                        • Pada 2009.12.25 20:54, Kujie menulis:

                                                          @Lan Bingka, cinta monyet selepas sekolah ada tak?

                                                          • Pada 2009.12.25 21:00, Kujie menulis:

                                                            @zaiMi, kadang nampak kawan2 tu rapat dgn sorang budak, terus di kenen2 dia orang..hehehe… yg kena usik pun sipu2

                                                            • Pada 2009.12.25 21:22, mario menulis:

                                                              @Kujie, bedak2 ni pompuan je rajin.
                                                              saya dulu lebih mementingkan content surat :mrgreen:
                                                              mario´s last blog ..Top 10 Artis Malaysia Favourite Aku My ComLuv Profile

                                                              • Pada 2009.12.25 22:22, ~mrs azmi~ menulis:

                                                                teringat dek kerana gosip chenta monyet zaman sekolah saya di serang oleh bekas aweks budak lelaki tu… sedangkan saye sendiri tatau ape yang berlaku..isk

                                                                tapi sudahnye sekarang masing2 sudah menemui chenta hati sejati :mrgreen:
                                                                ~mrs azmi~´s last blog ..wedding anniversary ~1 My ComLuv Profile

                                                                • Pada 2009.12.26 00:06, maza menulis:

                                                                  masa sekolah rendah maza kurang berkeyakinan…

                                                                  ada perasaan, ada hati tapi .. tak berani..

                                                                  tapi setelah ada keberanian, merasakan ianya satu halangan utk pergi lebih maju…

                                                                  skrg ini dek kerana cinta itulah yg benar2 ‘memajukan’ isteri maza.. perut isteri maza skrng sedang maju ke depan, lagi maju daripda perut maza sendiri…kami menantikan kelahiran anak ketiga!

                                                                  doakan isteri maza selamat melahirkan anak kami itu yea! huhuhu
                                                                  tgh tunggu dan saat lahir jerk ni.. heheheh

                                                                  pst: baby yg comel2 gitew.. sempurna sifat, fizikal dan mental! Rohaniah yg kukuh gitew.. hehehe

                                                                  :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

                                                                  • Pada 2009.12.26 01:28, Lan Bingka menulis:

                                                                    @Kujie, hmm…ada kot, masa keje kat carrefour dulu. tapi rasanya tu bukan cinta monyet, tu betul2 cinta pertama…tapi takde jodoh la, keluarganya ada pilihan lain… :roll:
                                                                    Lan Bingka´s last blog ..Avatar filem terbaik 2009 My ComLuv Profile

                                                                    • Pada 2009.12.26 01:46, titan menulis:

                                                                      masih terasa. Tapi nak wat camana..dah takde jodoh waktu tuh. haha.. terimalah seadanya.. :mrgreen:
                                                                      titan´s last blog ..Who says birds don’t have feelings? My ComLuv Profile

                                                                      • Pada 2009.12.26 02:15, AkuEmat menulis:

                                                                        ada orang sanggup gadoh kerana cinta..!

                                                                        Saya walaupun hensem tahap Rahim Maarof
                                                                        tapi saya tetap single…!

                                                                        Sebab saya x suka couple..!

                                                                        • Pada 2009.12.26 17:50, Abg Din menulis:

                                                                          kujie…. wah siap ada lagu said sobri lagi….hehehe…

                                                                          • Pada 2009.12.26 18:27, Kujie menulis:

                                                                            @Abg Din, ooo…zaman kite la tu…syed sobri tu
                                                                            masa sekolah dulu, dia selalu praktis kt Dewan sebelah asrama
                                                                            huhu :lol:

                                                                            • Pada 2009.12.26 18:36, Kujie menulis:

                                                                              @AkuEmat, mesti ade something wrong…hehehe :mrgreen:

                                                                              • Pada 2009.12.26 18:37, Kujie menulis:

                                                                                @titan, masih aku terasa – mcm lagu Gersang je :lol:

                                                                                • Pada 2009.12.26 18:59, Kujie menulis:

                                                                                  @maza, masa sekolah rendah tu tau ke apa self esteem?
                                                                                  kadang2 persekitaran kot – zaman skrg ni anak2 cepat membesar – mereka menjadi dewasa secara xpress

                                                                                  kami tunggu berita gembira ni :mrgreen:

                                                                                  • Pada 2009.12.26 19:00, Kujie menulis:

                                                                                    @~mrs azmi~, betul2 monyet tu… :lol:

                                                                                    • Pada 2009.12.27 00:41, tekkaus menulis:

                                                                                      Saya lain sikit kak! Waktu sekolah saya sudah mula nak cinta yang sejati. Sebab itu saya takde cinta monyet. Saya nak cita homo sapien yang serious.
                                                                                      tekkaus´s last blog ..3 Santas: My Christmas Gift From Hong Kong My ComLuv Profile

                                                                                      • Pada 2009.12.27 08:28, jun menulis:

                                                                                        huhuhu..jie…topik! hehe….pernah jd secret admirer kat someone masa skolah dulu…tp setakat gitu2 j la..sbb kita x pemes..kikiki…terfikir gak kalu jumpe lagi n diizinkanNya jumpe jugak after 20 yrs? hehehhe…n d feeling? kelako rasanya sbb minat giler2 tu dh x d..sbb rupa masing2 pon dah x mcm dulu kan? n yg pastinya apa yg jun minat kt dia dulu dh x d langsung..wahahahhaa….lg pon dh berjumpa centa hati..hehhehe
                                                                                        jun´s last blog ..Dark chocolate banana bread pudding My ComLuv Profile

                                                                                        • Pada 2009.12.28 02:55, Kak Long menulis:

                                                                                          Masa kat sekolah, mak dan ayah kata jangan bercinta… :razz:
                                                                                          Kak Long´s last blog ..Anda BERANI GAGAL? My ComLuv Profile

                                                                                          • Pada 2009.12.28 09:21, Kujie menulis:

                                                                                            @tekkaus, tahniah…tahu sbb dah dibuktikan
                                                                                            bukan mudah utk melihat orang sekarang yang punya komitmen terhadap cinta sejati

                                                                                            • Pada 2009.12.28 09:24, Kujie menulis:

                                                                                              @jun, wah jun……………. bila ingat balik mesti gelak sorang2 je
                                                                                              hahahaha… masa tu tak ingat nak fikir lebih2 jun :lol:

                                                                                              • Pada 2009.12.28 09:25, Kujie menulis:

                                                                                                @Kak Long, tapi
                                                                                                selalunya.. apa yg dilarang tu la yg seronok nak cuba :mrgreen:

                                                                                                • Pada 2009.12.28 09:40, tekkaus menulis:

                                                                                                  @Kujie, Yang orang zaman sekarang anggap cinta tu macam mainan je. ;(
                                                                                                  tekkaus´s last blog ..Funny Christmas Cartoons To Lighten You Up! My ComLuv Profile

                                                                                                  • Pada 2009.12.29 10:48, tpinky menulis:

                                                                                                    seronok baca topik ni… respon pun best2…. :smile:

                                                                                                    Teringat masa skolah dulu.. ada 1budak tulis surat chenta kt aku. takde nama pula tuh. ntah mcm mana cikgu blh jmpe surat tu then xpasal2 yg kena denda aku sorang sbb dlm surat tu ada nama aku jer.. pengirim takde nama. hampeh tul …bru2 ni, dlm facebook ada 1 mamat request jd kawan.. crita punya crita rupanya dia la secret admire aku time budak2 … siap ngaku lg dia la yg tulis surat tanpa nama tu. dia xberani nk ckp sbb tgk aku dah kena denda oleh cikgu disiplin huh… bile teringat pasal kena denda tu.. aku xberani nak bechinta2 time skolah walaupun ada gak senior laki jeling2 kt aku huhuhuh….
                                                                                                    tpinky´s last blog ..Jadi Pemerhati Jer dulu…………………….. My ComLuv Profile

                                                                                                    • Pada 2010.08.12 09:12, zulman menulis:

                                                                                                      kak jie…cinta monyet tu biasa jer…hehhee…. love is cinta..

                                                                                                      kak jie.., zul nak minta tolong sikit…zul ada blog sendiri gak, masih baru sangat2…so, nak minta tolong kak jie, bagi komen blog zul tu camne. ok ke tak…. kalau boleh, kak jie jadilah cikgu kpd zul, k kak jie… tq..
                                                                                                      Post terbaru zulman .. Jom baca..Ramadhan Bersama Yang TersayangMy ComLuv Profile

                                                                                                      (Diperlukan)
                                                                                                      (Tidak akan dipamerkan)
                                                                                                      CommentLuv Enabled
                                                                                                      Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                                                                                      Switch to our mobile site